Memandangkan kita kehilangan
banyak darah sewaktu melahirkan maka perlulah memastikan pengambilan
makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang
keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel
darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih ,
lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah
memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran
anak adalah sangat baik.
2. B
Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan
sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia.
Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami
gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting
membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih
seimbang.
3.
Vitamin C
Vitamin C Shaklee adalah
berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi
sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin
larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita
sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin
C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses
kelahiran.
(Disebabkan sekarang stok vitamin C biasa tiada, saya ambil yang Chewable Vitamin C. Kemam atau kunyah sahaja)
4. Zinc
Ianya adalah antara galian yang
sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan
proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan
zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di
mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf
pembesaran bayi