Novel ini sambungan dari novel Hijab Sang Pencinta. Buku ke empat. Semuanya telah saya baca. Tapi buku cinta sufi ini agak terlewat baca. Kekangannya? hehe... Ongkos untuk membeli bahan bacaan telah dicatu. Hanya yang bermanfaat untuk kami bertiga sahaja dibenarkan. Tapi sungguh. Jika anda membaca buku ini. Anda rasa tidak rugi. Hampir setiap muka surat diingatkan untuk mengingati Allah.
Buku ini sangat mengujakan bagi saya. Gabungan elemen sejarah sewaktu kejatuhan empayar Melaka diselitkan dalam plot-plot yang begitu menarik. Seolah-olah peristiwa itu betul-betul wujud dan berlaku. Tabik hormat kepada Tuan RAM.
Namun, apa yang saya tidak suka adalah, demi mengislamkan seorang, ramai nyawa yang terkorban. Bagi saya, biarlah mereka yang lain itu terus hidup, sempat menikmati keindahan Islam dan dapat menyebarkan Islam ke seantero dunia. Itu pendapat saya sahaja. Yelah, yelah. Ini hanya cerita. teremosi pula. hehehe..
Bagi yang belum mendapatkan novel ini, jom dapatkan. Boleh berjumpa dengan Hang Tuah, Hang Kesturi, Panglima Awang Bagan dan ramai lagi selain dari Yang Mulia Catalina dan Laksamana Sunan. Eh, macam promoter pula. ;)
No comments:
Post a Comment