Julai. Separuh tahun sudah berlalu. Bagaimana?
Masih tenang dengan situasi kewangan anda?
Simpanan semakin bertambah atau berkurang?
Pinjaman semakin berganda atau menyusut?
Perbelanjaan bulanan makin menghimpit?
Beberapa minggu ini, saya dan suami kerap berbincang tentang situasi kewangan kami. Merancang dan berkira-kira. Ingin menambah aset, namun situasi masih belum memberi ruang.
Apabila ke kedai buku Sabtu lepas, suami saya mencapai buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Karya Tuan Shamsuddin Kadir. Membelek isinya dan terus membeli. Kali pertama saya melihat suami saya membeli buku dengan penuh yakin. Selalunya, saya yang suka mencapai buku dan terus beli.
Sewaktu singgah di surau berhampiran, sementara menunggu waktu Maghrib, suami saya sudah tidak sabar-sabar membaca buku ini. Sambil tergelak-gelak dan tersengih-sengih dia membelek-belek bab demi bab.
"Kenapa tergelak?" Soal saya sambil membelek Solusi isu 33.
"Hehe... Kisah ini. Sama dengan situasi Abang. Mula-mula tidak mahu kad kredit, kemudian ambil sebab ia percuma. Simpan lama sebelum digunakan. Tapi sekarang dah guna dengan kerap."
"Terkena batang hidung yek?"
Jika anda pun mengalami situasi ini, elok sangatlah dapatkan buku ini. Semoga hidup kita tenang sentiasa.
Antara bab dalam buku ini?
-Tidak Banyak Hutang
- Kenapa Kita Berhutang?
- Jenis2 Pinjaman
- Kenapa Hutang Tidak Habis?
- dan pelbagai tips untuk mengelak dari hutang-hutang.
No comments:
Post a Comment