Isnin minggu lepas kami sempat berjalan-jalan ke Kuantan, Pahang. En Suami kena outstation. Saya pun mengekor. Kami bertolak jam 11 pagi. Berkonvoi dengan officemate En Suami. Alhamdulillah, jam 2 lebih kami sampai ke hotel The Zenith.
Setelah check in bilik, En Suami bergegas ke meeting dengan lawyer di bangunan TNB Kuantan. Saya dan Ahmad lepak-lepak sambil menonton TV di bilik. Ahmad sangat la excited. Sebab boleh melompat atas katil sambil menonton TV.
Jam 5.30 petang, En Suami balik dari meeting. Kami bersiap-siap ke Pantai Telok Cempedak. Bersama K Oshin (officemate En suami) dan keluarga.
Pertama kali Ahmad bermain di pantai. Takut betul dia tengok ombak. Memang tak nak lepas tangan saya pun. haha.. Tapi kami paksa juga Ahmad masuk dalam air. Macam nak nangis muka dia.
Takut tengok ombak. |
Muka cuak. haha |
Kemudian, kami terus makan malam bersama dua lagi officemate en Suami. Makan ikan bakar, fresh dari laut.
Esoknya, en Suami keluar untuk meeting. Saya dan Ahmad lepak-lepak sambil makan, berjalan-jalan di Parkson bersama keluarga K Oshin dan tidur di bilik.
Ahmad menyuap makanan kepada kawan baru, Alia. ;) |
Jam 5 petang, suami tamat meeting, balik ke bilik. Saya sudah siap berkemas. Setelah suami siap solat asar dan membersihkan diri, kami ckeck out. Kawan-kawan suami sudah menunggu untuk 'makan-makan' dan bertolak balik KL.
Kami mengikut saja. Rupanya, 'makan-makan' durian di tepi jalan. Saya makan 2,3 ulas sahaja.
Selepas makan, kami bertolak balik. Singgah di RnR Gambang, tunaikan solat Maghrib dan Isyak serta makan. Kami meneruskan perjalanan. Hampir 11.30 malam sampai di Bangi. Tapi sempat singgah di Sate Kajang Haji Samuri untuk mengalas perut.
Alhamdulillah, jam 12 malam lebih sampai di rumah.
Suami membuka bonet kereta untuk mengambil bagasi.
"Hah, mana beg pakaian kita?"
"Alamak, tertinggal di lobi hotel."
huhu... itulah ceritanya... sekian.
No comments:
Post a Comment