23 September 2011

Celik Mata dan Jiwa

Buku pertama dari Prof. Dr Muhaya Muhammad

Buku ini saya dapat percuma. Dari penulisnya sendiri. Alkisahnya, kami diundang berbuka puasa di rumah beliau pada tanggal 14 Ogos dulu. Dengan sangat teruja saya dan keluarga pergi. Maklumlah, tak pernah bersua muka walaupun setiap hari rabu saya mendengar coletah dalam radio IKIM.
Sewaktu berbuka puasa sempat juga saya berbual mesra dengan Prof. Beliau hanya tergelak apabila saya menyatakan, "Saya pendengar setia slot Islam Itu Indah dalam radio IKIM setiap pagi rabu."

Selepas solat terawih, Prof Muhaya memberikan sedikit perkongsian kepada kami. Tentang tips mendidik anak dan pergaulan dengan orang sekeliling. Beliau menghadiahkan kami, buku Celik Mata dan Jiwa ini sebelum kami melangkah pulang, disamping nasi Arab yang enak ;)
Kami adalah antara yang pertama menatap buku ini kerana ia baru sahaja siap dicetak.

Sebenarnya buku ini adalah kompilasi soal jawab persoalan yang sering ditanya kepada Prof. Persoalan mengenai permasalahan kehidupan, keluarga, perkerjaan, konflik diri dan pelbagai lagi. Sangat bagus dimiliki untuk dijadikan panduan kehidupan.
Bagi yang sentiasa mengikuti slot Prof samada melalui radio, TV atau media lain, pastinya biasa mendengar persoalan dan jawapan dari Prof ini.

2 comments:

Anonymous said...

salam..
cmner nk dptkn buku ni?

Anonymous said...

bertuah nyer mama nasih... :)