28 September 2011

Akhirnya konvo juga ~Part 2~

9.00 pagi:
Saya melangkah masuk ke Dectar sewaktu perarakan masuk Canselor, NC dan semua VIP. Saya menyelit meminta laluan daripada pegawai-pegawai dan graduan untuk menuju ke kerusi. Sampai di kerusi, lagu Negaraku dan lagu Negeri Sembilan dinyanyikan. Tidak sempat memakai jubah. Saya meminta Fiza berdiri di depan saya, melindungi baju biru saya. Lagipun kami berada di barisan paling hadapan graduan. Saya menyanyikan lagu Negaraku yang sudah bertahun-tahunn tidak dinyanyikan dengan semangat dan 1 perasaan -->lega.
"Fiza, fuh, lega dapat tukar kasut. Tapi peristiwa depan pintu tadi akan aku kenang sampai bila-bila." Saya berbisik kepada Fiza sambil menunjukkan sandal kesayangan.
"Hahaha... Kalau aku ada kat situ, aku akan gelakkan sahaja." Fiza ketawa besar selepas mendengar cerita panjang saya.
"Nanti aku tulis dalam blog, baca ye." Balas saya.

Pengisytiharan sambungan Majlis Konvokesyen oleh Canselor, ucapan NC, dan penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana (Kebudayaan) kepada Mrs Te Ripowai Higgins, dari suku kaum Maori, New Zealand.
Kemudian, barulah majlis penganugerahan Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda kepada graduan FST.
Kami antara orang terawal naik ke pentas.
Naik pentas, langkah mengikut nombor 1,2,3,4 dan 5. tunduk hormat dan ambil skroll.
"Jangan lupa pandang kamera dan senyum." Itu pesan suami. Tapi saya lupa pandang kamera. Senyum sahaja.
Turun dari pentas dan kembali ke kerusi.
"Ok, dah setel. Haha..." SMS kepada suami.
"Ya, Abang nampak kat TV. Hehe..." Balas suami dari Panggung Seni.


Seterusnya kami duk melangut sambil melihat skrin. Seorang demi seorang melangkah ke pentas mengambil skroll. Jika ada orang yang dikenali, bisinglah Fiza mengomel dan mengomen tentang orang itu. Fiza, Fiza..

"Adoi, aku faham perasaan Canselor." Saya mengeluh bagi pihak Canselor ;). Setelah 4 lagu dinyanyikan bagi memberi peluang kepada Canselor berehat.
"Ya, nasib baik aku jadi RO. Kalau aku jadi Canselor, jenuh aku nak bagi skroll kepada beribu-ribu orang ni." Balas Fiza. Graduan sebelah kanan kami pun tergelak sama.

Hampir jam 12 tengahari, selesai penganugerahan ijazah. Kami menarik nafas lega dan bahagia.
Kemudian majlis Anugerah Pelajaran Diraja kepada pelajar terbaik keseluruhan UKM. Menitis air mata apabila biodata beliau dibacakan. Bahagianya ibu bapa beliau mendapat seorang anak yang cemerlang akademik, aktif berpersatuan dan disenangi ramai. Beliau satu satunya anak yang dapat menjejak kaki ke universiti dari keluarga peneroka felda yang susah dan miskin itu. Semoga adik Ainul Basirah terus cemerlang dunia dan akhirat.

Akhirnya jam 12.35 tengahari, kami melangkah keluar dari Dectar. Cepat-cepat saya mencari Ahmad. Dalam dewan tadi, entah berapa SMS saya bertanyakan keadaan Ahmad. Risauu betul. Ini kali pertama saya meninggalkan Ahmad lebih dari 2 jam.

Ahmad ok sahaja. Gembira dapat pusing-pusing Dectar dan bermain dengan papanya.
"Ok, Amad, jom pulang." Melihat kesesakan yang teruk dan ditambah dengan faktor utama--> perut yang lapar, kami terus melangkah pulang. Membatalkan hasrat untuk bergambar.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya selamat menjadi graduan UKM buat kali ke 2. Namun graduan ini masih menganggur! Ops, suri rumah ;)


No comments: