09 May 2011

Pengalaman Ke Pesta Buku

Hehe, tajuk karangan sekolah..

Alhamdulillah... dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku di PWTC minggu lepas. Ahad, 24 April 2011. Pada awalnya saya cadang nak pergi bersama En Suami. Tapi En Suami sangatlah sibuk nak kejar date line assignment dan exam pada 30hb pula. Jadi saya menghubungi Cik Puan Put. Put sangatlah setuju untuk pergi bersama-sama. Hooreyyy!

Jam 8.30 pagi, kami berjumpa di stesen minyak Shell. oh ya, lawatan ini juga disertai oleh Ain AR. Dia akan bertugas di booth Pelima Media (harap-harap betul nama ini) dan juga En Ahmad Nasih (sebagai pemantau mama bagi pihak papa). Setelah memenuhkan dompet masing-masing dan mengurangkan kuantiti
simpanan di bank berhampiran, kami bertolak ke PWTC.

Lebih kurang jam 9.15pagi, kami sampai ke destinasi dituju. Kawasan parking agak penuh. Kalau ikutkan jadual, booth2 akan mula dibuka pada jam 10pagi. Tapi kebayaKkan booth sudah mula dibuka dan orang sudah mula ramai. Tapi masih agak senang menyorong stroller Ahmad. Ahmad begitu teruja sekali. haha..

Kami berlegar-legar di ruang legar. Menjenguk-jenguk buku-buku yang diminati. Oleh kerana orang masih tidak ramai, senanglah memilih dan membelek buku. Saya tertarik dengan majalah Anis di booth Galeri Ilmu. RM10 dapat 3 buah dan beberapa merchandise mereka. Majalah yang lama ok. Hajat di hati ingin mendapatkan buku resepi mereka, tapi apabila melihat buku itu terlalu tebal dan berkulit tebal pula, hajat terpaksa dibatalkan. Saya fikir, kalau berubah fikiran, boleh datang sekali lagi ke gerai ini. Put begitu teruja di booth Telaga Biru. Mencari buku yang dihajat. Tapi misinya gagal. Sesekali Amad berdiri di atas stroller. Tolong kemas buku di meja booth yang kami lawati! Haish, hobinya di rumah diteruskan juga di sini walaupun ramai orang ;)
Ahmad di booth Telaga Biru. Letak dekat area kitab tebal-tebal agar dia tak larat angkat buku itu.

Stroller Amad bertukar menjadi troli kami.

Sewaktu merayau-rayau di ruang legar tersebut, seorang petugas Grolier Sdn Bhd menggamit saya. Saya pun terpaksalah mendengar. Sejam juga saya mendengar. Hehe... Dalam hati memang berminat, dah siap isi borang, tapi kena tanya bos kat rumah dulu. Bahan untuk pendidikan anak.

Langkah diteruskan ke tingkat atas. Mencari buku-buku yang berkenan di hati. Tapi kebanyakan booth-booth yang kurang berkaitan.

Kami ke booth PTS dan Ana Muslim di Dewan Tun Hussin Onn. Huish, sangat sesak dan padat. Amad sangat rimas dengan keadaan tersebut. Saya pun tak dapat buku yang dihajati. Buku Khalifah-khalifah yang Benar berjaya saya dapat. Barisan untuk bayar pun ramai orang. Put tolong bayarkan. Saya mencelah keluar dengan Amad. Berehat di luar dewan sambil makan. Bagus juga bawa bekalan.

 Semasa berehat, saya menegur seorang adik yang khusyuk membaca Komik Ana Muslim. Ibunya menjelaskan, harganya RM1 senaskah. Saya dengan nekadnya mencelah ke dalam dewan sekali lagi. Menggunakan pintu keluar yang agak kurang sesak. 11 buah komik Ana Muslim saya capai cepat-cepat. Khusus untuk anak-anak buah di kampung.

Hampir jam 12 tengahari, kami mula menyorong troli buku dan Amad keluar ;)

Jam 1 tengahari selamat sampai di Bangi. Alhamdulillah...
Terima kasih Put,. Tahun depan kita p lagi ek?

P/s: laporan ini sudah lama ditulis. Baru berkesempatan mengpostkan ia. Harap maklum.

2 comments:

Xara said...

Ada gambar stroller ahmad yang dah bertukar menjadi troli?

MamaNasih said...

tak dak gambaq la k suri... kamera henset jenama cokia je, x cantik pun kalau ambik gambaq..