20 April 2011

Wajah baru...

Hentian Puduraya ialah terminal utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1976 oleh bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn. Setelah ditutup selama hampir setahun untuk kerja-kerja penambahbaikan dan pemodenan, kini Hentian Puduraya akan beroperasi semula mulai Sabtu ini bersamaan 16 April 2011.

Wajah Hentian Puduraya sebelum kerja-kerja penambahbaikan
Wajah baru Hentian Puduraya...

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan:
  • Mempunyai 3 kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu pada April 2010 yang lalu.
  • Selain itu, dua tempat menunggu yang baru di tingkat satu turut disediakan iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin. Dahulunya tingkat satu ini menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
  • Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. (pengurangan). Hal ini kerana syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
  • Terdapat penambahan mobiliti untuk untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan 2 unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
  • Ia kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoren-restoren. 
  • Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
  • Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.

Lagi gambar-gambar menarik (kredit to mstar):

 






 Harapnya dengan wajah yang baru ini, keindahan Hentian Puduraya ini dapat di jaga dengan baik dan sempurna untuk keselesaan semua orang.


No comments: