01 April 2011

Kuasa Air

Post ini bukan berkaitan dengan tsunami yang baru berlaku di Jepun ok!

Dua, tiga hari ini saya asyik kebingungan sedikit. Perbincangan ilmiah (cewah) bersama suami belum menemui konklusi. Ada juga meluahkan perasaan kepada beberapa sahabat dan merenung ke dalam diri sendiri. Muhasabah la tu.

Tiba-tiba saya teringat, ceramah motivasi pagi beberapa hari lepas. Tentang kuasa air. Saya terus ke water filter, menadah segelas air dan menenangkan diri. Membaca Bismillah, mengungkap niat di hati, fokuskan minda kepada tujuan hidup. Menarik nafas dalam-dalam. Meneguk air dalam gelas tersebut, sedikit demi sedikit, sehingga habis. Alhamdulillah. Dapatlah menulis di sini. ;)

Dalam motivasi pagi itu, penceramah menerangkan tentang kuasa air yang dapat mengawal minda, pemikiran kita. Kerana sifat air boleh berubah, mengikut keadaan sekelilingnya. Jika kita bercakap kepada air,
"Wahai air, tenangkanlah hatiku, mudahkanlah segala urusanku." bla..bla..

InsyaAllah, air akan memberikan ketenangan. Sebab itu, air digunakan secara meluas dalam perubatan. Orang mandi bunga, tolak bala guna air. Orang sembahyang hajat, letak air di depan, kemudian minum air itu.

Oleh itu, jika ada masalah, bercakaplah kepada air. Cakap perkara-perkara positif, hajat kita, atau apa sahaja terlintas di hati kita, kemudian minumlah.

Saya selalunya memasang lagu-lagu positif, radio IKIM yang menyiarkan perkara-perkara baik, ceramah-ceramah agama, atau bacaan al-Quran yang dilagukan oleh adik Ahmad Saud. Salah satu tujuannya, untuk pendengaran Ahmad Nasih dan saya, dan tujuan lainnya, supaya molekul-molekul air dalam rumah saya mendengar, dan ia sentiasa dalam keadaan positif, untuk kebaikan kami sekeluarga.

Pernahkah anda melihat satu bangsa di Malaysia ini, sentiasa membawa air ke majlis-majlis ilmu, kemudian meminum air itu? Ya. Bangsa CINA. Mereka tahu konsep ini.

4 comments:

Anonymous said...

Salam cik puan nat,

Akak rasa, bukan air sahaja tapi benda2 fizikal lain pun turut bereaksi terhadap apa yg kita ucap.. cuma mungkin susah sikit kita nk lihat reaksi tu berbanding air yang sudah terbukti melalui kajian prof jepun tu hehe
-sisaflah-

NabilaHasyim said...

Subhanallah, hebat kuasa air.
saya perlukan air minuman di pejabat, kalau tension2 ni, boleh la sambil berniat masa minum air ni..
saya nak sembuh dari ulser, wahai air..hehe Amin =)

MamaNasih said...

K Dilah, yup, saya setuju. Tapi saya kagum dengan bangsa Cina, mereka membawa air dari rumah ke kelas2, letak atas meja. Lepas guru mengajar, minum air tersebut. Maksudnya, apa2 yg telah diajar oleh guru sudah meresap ke dalam air... patutlah...

MamaNasih said...

Nabilah, kami selalu jadikan air sebagai terapi... hehe... kadang2 tidoq pun dijadikan terapi jugak.. ;)