14 December 2010

Khasiat Daun Stevia

Daun stevia digunakan di dalam produk Kopi Radix Diet. Daun stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis.

Daun stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.


Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang.

Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam.

Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka.
Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus.

Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun.

Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Sekian sahaja, artikel ini dipetik dari sini
Hendak dapatkan produk-produk yang menggunakan daun Stevia?
Jom klik di sini

12 December 2010

Uda dan ...

Cerita ini saya dapat dalam satu forum. 
Jom layan...

Pada suatu ketika, hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Uda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu sangat cerewet.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Uda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Uda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Uda pun termakan oleh kata-kata tetangganya. Dia memikirkan cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Uda mengajak isterinya berjalan-jalan ke dalam hutan. Ketika melalui bahagian belakang sebuah kuil tua, Uda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka dia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar berdekatan perigi itu. Lantas dengan pantas Uda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Isterinya jatuh ke dalam perigi tersebut.

Sepuluh minit pertama Uda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini dia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Uda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Uda kembali menuju perigi buta tersebut. Dia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Uda kerana yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Uda lantas bertanya, "kenapa kamu yang naik?"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

p/s:  Uda adalah nama rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa yang digelar Uda ;-)

09 December 2010

6 bulan

Alhamdulillah...
Anak bujang saya sudah genap 6 bulan hari ini. Syukur...
Membesar dengan sihat. Rasa macam baru je lahirkan dia.
Jom layan gambar.
Hari pertama Amad mengenal dunia. Hati mama berbunga riang.

7 hari. Majlis cukur jambul. Cukup suka tidur.

Amad dan papa. Amad memang tak suka tengok kamera. Haha..

Umur 2 bulan. merenung masa depan. Tengah fikir kerjaya akan datang.

Amad nak pi jejalan.
5 bulan. Masa program seminar 3K. Muka boring dengar ceramah yek?
Sekarang Amad dah pandai merangkak. Jenuh mama nak mengutip dia. Haha...
Semoga Ahmad sihat sokmo.
Semoga mama tabah dan teguh dengan pendirian.
No solid food yet. Just BF for Ahmad Nasih.
InsyaAllah...

08 December 2010

Bertukar...

Semalam, semua orang cerita pasal hijrah...

Oh, Selamat tahun baru 1432H. Semoga dalam kasih sayang Allah SWT sokmo.

Awal hijrah saya tahun ini dimulakan dengan perubahan nombor telefon dan telefon bimbit. Sebabnya, telefon bimbit saya tercicir ahad lepas. Terpaksa beli telefon baru dan nombor baru. Sebab ada program urgent yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Jadi perlukan satu nombor untuk berhubung. Tapi nombor lama akan digunakan juga. Nanti akan dikhabarkan. Kepada sahabat-sahabat yang masih belum ketahui nombor saya, sila berhubung dengan saya melalui FB. heheh..

Ramai yang bertanya, macam mana boleh hilang atau tercicir, bila hilang etc..

Suami saya suruh jawab, "Ore Kelate ambil."

Sebab yang mengambilnya adalah orang Kelantan. Hakikat. Suami saya telefon berkali-kali selepas didapati telefon itu hilang, yang menjawab adalah suaranya. Pemandu teksi yang membawa kami dari Bukit Jalil ke Bangi. Tapi 'beliau' memutuskan talian. Kemudian, tidak dapat dihubungi lagi.

Bukannya saya sayang sangat dengan telefon itu, tetapi kesal dengan sikap 'beliau'.

Doa saya agar telefon itu digunakan untuk ke arah kebaikan. Bagi pada orang susah yang betul-betul memerlukan pun ok juga. Pahalanya saya dapat.

Cadangan saya, sebelum anda menaiki teksi, tanya dulu dengan soalan,
"Pak cik, pak cik solat tak?"

25 November 2010

Lelaki atau perempuan?

Tajuk entry ni bukan pasal jantina anak sesiapa yang bakal dilahirkan... hehehe...
Saya rasa sangat tertekan dua tiga hari ni. Mencari sesuatu sebagai hiburan. Line internet selalu buat hal. Full Moon Syndrome kah?

Saya menggodek-godek di desktop dan jumpa ini.
Gambar contoh sahaja. Di dekstop saya berlambak dengan ikon lain.
Itu adalah ikon bagi mengetahui jantina PC atau laptop masing-masing. Mari saya ajar cara nak ketahui jantina laptop anda.

1. Buka notepad dan taip atau paste ayat ini dalam notepad:    CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


Macam ini.
 
2. Kemudian, savekan. Ubah save as type kepada All Files. Lebih baik save di dekstop untuk mudah mencarinya nanti.

  Namakan fail tersebut sebagai love u.vbs


3. Tutup  notepad apabila siap save. Lepas itu,  double click file tadi (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar betul-betul suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

hehe...Sila mencuba bagi mengisi masa lapang.
Laptop saya? Sukar dikenalpasti, khunsa kot...

24 November 2010

2 minit atau 20 sen?

Malam tadi kami pulang dari suatu destinasi melalui tol Bangi. Jam dashboard kereta menghampiri ke angka 12 tengah malam. Saya meminta suami memperlahankan kereta bagi menikmati diskaun 10%. Boleh jimat 20 sen.
Suami saya bertanya,
"Hendak jimat masa atau jimat duit?"

Spontan saya menjawab.
"2 minit atau 20 sen yek?"

Saya cepat-cepat membuka radio bagi memastikan masa sebenar. Sementara kereta sedang beratur menunggu giliran di lorong tunai. Ada 4 kenderaan sedang beratur di lorong tersebut. Dalam hati saya berdoa, agar kami sempat menikmati potongan tersebut. Haha...

Kebetulan kad Touch n Go sudah kehabisan nilai, jadi masa 2 minit itu dihabiskan dengan beratur menunggu giliran.

Namun, apabila tiba giliran kami, jam di dashboard kereta sudah melepasi angka 12 tengah malam. Tapi kami masih perlu membayar tanpa diskaun. Huh.

Apabila suami saya menekan minyak memecut melepasi kaunter tol, radio IKIM.Fm yang kami pasang memainkan lagu NegaraKu...

"Alahai, beberapa saat sahaja", ujar suami saya.
"Rugi 20 sen", balas saya.

23 November 2010

Nasi Belauk

Pagi-pagi macam ni, selapas minum air milo semug, teringat dan teringin pula hendak menjamah nasi belauk. Bagi memenuhi keperluan Sarapan Umpama Raja.
Nasi Belauk?
Ni gambar nya
Nasi dua senduk, gulai ayam seketul dan timun sehiris

Oh, rindunya ingin menikmatinya...
Orang Kelantan panggil nasi belauk. Makan di waktu pagi, sebelum memulakan kerja.
Harganya, sekarang ni dah RM2 se mmecok (sebungkus). 
Dulu, sewaktu saya sedang menjalani LI di Kuala Krai pada tahun 2006, saya sering dapatkan nasi belauk dari kedai kopi berhampiran rumah. Sebelum ke tempat kerja, singgah sekejap di kedai tersebut dan membeli nasi belauk sebungkus. Lauk dan kuah dimasukkan dalam plastik, jadi nasi tak bengkak dan lambat basi.
Oleh sebab sudah bersarapan di rumah, saya akan makan nasi ini pukul 11 pagi, selepas rutin melawat kawasan. Makan separuh sahaja. Separuh lagi disimpan dan akan dihabiskan pukul 3 petang.
Jimatkan? 
Lagipun saya malas hendak pergi makan atau menyertai pekerja lain makan di kedai berhampiran. 
Oh ya, nasi belauk masa tu harganya RM1 sebungkus! Murah dan berbaloi kan?
 
p/s: Berhampiran rumah saya ada kedai makan namanya Belauk... Jemput datang...

01 November 2010

Penyakit Cacar: apa yang kita tahu?

Terlebih dahulu, kita kena tahu, Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 disyaki emnghidap penyakit cacar. Disyaki sahaja... Kerana ada simptom2nya. Oleh itu, saya pun terpanggil untuk mencari maklumat tentang penyakit ini. Sumber artikel ni saya ambil dari sini. Mari kita ketahui tentang penyakit ini pada pagi Isnin yang ceria ini.

Penyakit Cacar atau yang disebut sebagai 'Herpes' oleh kalangan medis adalah penyakit radang kulit yang ditandai dengan pembentukan gelembung-gelembung berisi air secara berkelompok. Penyakit Cacar atau Herpes ini ada 2 macam golongan, Herpes Genetalis dan Herpes Zoster.

Herpes Genetalis adalah infeksi atau peradangan (gelembung lecet) pada kulit terutama dibagian kelamin (vagina, penis, termasuk dipintu dubur/anus serta pantat dan pangkal paha/selangkangan) yang disebabkan virus herpes simplex (VHS), Sedangkan Herpes Zoster atau dengan nama lain 'shingles' adalah infeksi kulit yang disebabkan oleh virus varicella-zoster yang menimbulkan gelembung cairan hampir pada bagian seluruh tubuh.

Herpes zoster juga dikatakan penyakit infeksi pada kulit yang merupakan lanjutan dari pada chickenpox (cacar air) karena virus yang menyerang adalah sama, Hanya terdapat perbedaan dengan cacar air. Herpes zoster memiliki ciri cacar gelembung yang lebih besar dan berkelompok pada bagian tertentu di badan, bisa di bagian punggung, dahi atau dada.

  • Cara Penularan Penyakit Cacar (Herpes)


  • Secara umum, seluruh jenis penyakit herpes dapat menular melalui kontak langsung. Namun pada herpes zoster, seperti yang terjadi pada penyakit cacar (chickenpox), proses penularan bisa melalui bersin, batuk, pakaian yang tercemar dan sentuhan ke atas gelembung/lepuh yang pecah. Pada penyakit Herpes Genitalis (genetalia), penularan terjadi melalui prilaku sex. Sehingga penyakit Herpes genetalis ini kadang diderita dibagian mulut akibat oral sex. Gejalanya akan timbul dalam masa 7-21 hari setelah seseorang mengalami kontak (terserang) virus varicella-zoster.

    Seseorang yang pernah mengalami cacar air dan kemudian sembuh, sebenarnya virus tidak 100% hilang dari dalam tubuhnya, melainkan bersembunyi di dalam sel ganglion dorsalis sistem saraf sensoris penderita. Ketika daya tahan tubuh (Immun) melemah, virus akan kembali menyerang dalam bentuk Herpes zoster dimana gejala yang ditimbulkan sama dengan penyakit cacar air (chickenpox). Bagi seseorang yang belum pernah mengalami cacar air, apabila terserang virus varicella-zoster maka tidak langsung mengalami penyakit herpes zoster akan tetapi mengalami cacar air terlebih dahulu.

  • Tanda dan Gejala Penyakit Cacar (Herpes)


  • Tanda dan gejala yang timbul akibat serangan virus herpes secara umum adalah demam, menggigil, sesak napas, nyeri dipersendian atau pegal di satu bagian rubuh, munculnya bintik kemerahan pada kulit yang akhirnya membentuk sebuah gelembung cair. Keluhan lain yang kadang dirasakan penderita adalah sakit perut.

  • Penanganan dan Pengobatan Penyakit Cacar (Herpes)


  • Pada penderita penyakit cacar hal yang terpenting adalah menjaga gelembung cairan tidak pecah agar tidak meninggalkan bekas dan menjadi jalan masuk bagi kuman lain (infeksi sekunder), antara lain dengan pemberian bedak talek yang membantu melicinkan kulit. Penderita apabila tidak tahan dengan kondisi hawa dingin dianjurkan untuk tidak mandi, karena bisa menimbulkan shock.

    Ubat-ubatan yang diberikan pada penderita penyakit cacar ditujukan untuk mengurangi keluhan gejala yang ada seperti nyeri dan demam, misalnya diberikan paracetamol. Pemberian Acyclovir tablet (Desciclovir, famciclovir, valacyclovir, dan penciclovir) sebagai antiviral bertujuan untuk mengurangi demam, nyeri, komplikasi serta melindungi seseorang dari ketidakmampuan daya tahan tubuh melawan virus herpes. Sebaiknya pemberian obat Acyclovir saat timbulnya rasa nyeri atau rasa panas membakar pada kulit, tidak perlu menunggu munculnya gelembung cairan (blisters).

    Pada kondisi serius dimana daya tahan tubuh sesorang sangat lemah, penderita penyakit cacar (herpes) sebaiknya mendapatkan pengobatan terapy infus (IV) Acyclovir. Sebagai upaya pencegahan sebaiknya seseorang mendapatkan imunisasi vaksin varisela zoster. Pada anak sehat usia 1 - 12 tahun diberikan satu kali. Imunasasi dapat diberikan satu kali lagi pada masa pubertas untuk memantapkan kekebalan menjadi 60% - 80%. Setelah itu, untuk menyempurnakannya, berikan imunisasi sekali lagi saat dewasa. Kekebalan yang didapat ini bisa bertahan sampai 10 tahun.

    29 October 2010

    Mamat dan pelanggannya...

    Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

    Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh.

    Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

    Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

    Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

    Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

    Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

    Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

    Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

    “Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

    Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

    Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”! 

    p/s: Cerita ni dah lama berada dalam kotak inbox saya... Saya post kat sini untuk kita belajar Bahasa Terengganu. Saya senang faham cerita ini sebab masa sekolah dulu, berkawan dengan orang Terengganu.

    28 October 2010

    Pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF

    Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.
    • Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam.
    • Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya.
    • Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.
    • Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam?Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.
    • Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.
    TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan...adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!! 

    Diri ini mencari jam tangan yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan.
    ~Terima Kasih~

    27 October 2010

    makan ikut sunnah, bukan makan ikut suka

    dipetik dari sihat ikut sunnah. 

    Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

    Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

    Jangan makan SUSU bersama DAGING
    Jangan makan DAGING bersama IKAN
    Jangan makan IKAN bersama SUSU
    Jangan makan AYAM bersama SUSU
    Jangan makan IKAN bersama TELUR
    Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
    Jangan makan SUSU bersama CUKA
    Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

    CARA MAKAN
    * Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
    * Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
    *Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
    * Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

    Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

    1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

    2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

    3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

    4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

    Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

    Sarapan Umpama Raja

    Salam pagi Rabu buat semua. Semoga kesejahteraan milik kita semua.
    Alhamdullillah.... marilah kita mulakan hari kita dengan syukur dan pujian kepada Allah.
    Di sini saya titipkan doa pagi.
    Jom amalkan

     doa pagi


    Alhamdulillah...
    Mulakan pagi anda dengan sarapan yang sihat lagi menyihatkan. Bagi saya, secawan kopi Radix HPA dan dua keping roti wholegrain fibremeal sudah cukup. Mungkin akan goreng nasi sekejap lagi. Itu niat di hati, moga berjaya. Keadaan sebagai suri rumah yang menyusukan anak kecil memerlukan makanan dalam kuantiti tinggi. Anda bagaimana? Jika anda pekerja yang perlu keluar awal-awal pagi dan menggunakan tenaga yang banyak, eloklah perbanyakkan lagi jumlah hidangan untuk sarapan itu.

    Bak kata Chef Sabri, bersarapanlah umpama seorang raja. Maksudnya, makan sebanyak-banyaknya. Tapi kalau makan benda tidak berkhasiat atau tinggi kandungan lemak, garam dan gula, tidak ada gunanya juga. Malah menambahkan lagi beban di masa depan.
    Maksud saya, sarapan itu perlu mempunyai kandungan karbohidrat kerana yang tinggi contohnya nasi atau roti. Ini kerana, selama lebih kurang 10 jam (jika makan kali terakhir jam 10 malam) perut kita berpuasa. 

    Biasanya, apabila bangun pagi, sebelum solat subuh, saya minum segelas air masak dan beberapa biji kismis. Sebab stok kurma sudah habis. Kurma adalah makanan terbaik yang perlu menerjah perut kita sebelum makanan-makanan lain mengambil tempat, kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Bagus untuk penghadaman. Lagipun perut yang kosong perlu diisi dengan makanan manis dahulu.

    Kemudian eloklah ditambah dengan buah-buah lain, tapi jangan buah yang masam seperti oren kerana ia menyebabkan sakit perut. Yelah, perut kosong mengandungi asid, kita tambah lagi kandungan asidnya, lagi la suka bakteria dalam perut bekerja.  

    Mama saya begitu mengambil berat perihal sarapan ini. Setiap pagi kami dipaksa makan dengan banyaknya. Menu pagi kami selalunya nasi goreng, bihun, mi, nasi lemak dan nasi kerabu. Menu tambahan yang selalu mengiringi menu ini setiap pagi adalah cekodok atau pisang goreng.   

    Mama saya selalu mengingatkan kami agar bersarapan sehingga kenyang di rumah sebelum keluar ke mana-mana seperti sekolah atau berjalan-jalan. Rutin beliau setiap pagi adalah bangun seawal pagi. mengerjakan ibadat sunat sebelum subuh, kemudian selepas solat subuh, beliau sibuk bertukang di dapur (masak la tu). 

    Itulah yang dilakukan sejak dulu, sehingga anak-anaknya mencecah usia dewasa. Sampaikan anaknya yang seorang ini tidak mahir memasak untuk sarapan. Ye lah, setiap pagi, buka mata, sarapan sudah disediakan.
     
    Ok, selamat bersarapan dan berbahagia...

    22 October 2010

    Cerpan: HOME ALONE ~part 2

    **Cerpan: Home Alone bahagian 1 boleh dibaca di sini.  Ikuti sambungannya...

    Daniel semakin cemas. Orang itu masih tidak berganjak dari depan rumahnya. Mundar-mandir. Mungkin sedang memikirkan lokasi untuk meletakkan kotak berisi bom itu. Lokasi yang sesuai supaya rumah itu hancur lebur.
    Nyawa Daniel dalam bahaya!

    *****bersambung*****


    Dia perlu bertindak. Nyawanya dalam bahaya. Rumah itu bakal diletupkan.

    “Telefon mama jika ada apa-apa berlaku ya.”

    Itu pesanan ibunya sebelum keluar tadi. Dia tidak lupa. Tapi ibunya lupa. Ya, Daniel tiada telefon bimbit. Rumah itu tiada telefon talian tetap. Telah dipotong dua minggu lepas. 

    Daniel bingung. Apa perlu dibuat? Dia berlari ke dapur. Mencari senjata. Atau apa-apa sahaja yang boleh menghalau lelaki itu. Menyelamatkan rumah dan nyawanya.

    Jangan main pisau.

    Jangan main api.

    Oh, pesanan ibu perlu dipatuhi. Dia perlu bertindak tanpa mencederakan sesiapa. Hati ibunya juga. Dia berlari ke tingkat atas. Mahu menjenguk dari biliknya. Kedudukan lelaki itu. Apa senjata yang dibawanya. 

    Sewaktu melintasi bilik stor, dia terfikir. Mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan senjata. Pintu bilik stor dibuka. Gelap. Suis tepi pintu dipetik dengan menjinjing sedikit badannya yang masih kecil itu. Pelbagai barang antik, kotak-kotak kosong, peralatan yang sudah hidup segan mati tidak mahu memenuhi ruang sempit itu. Matanya melilau. 

    Salur paip getah.

    Dia menarik keluar salur getah yang bergulung kemas itu. mendaki tangga dengan susah payah. Beberapa titis air yang masih berbaki dalam salur itu membasahi karpet di atas tangga. Ke tingkat atas. Masuk ke bilik air dan menyambung salur getah ke paip air. Membuka pintu yang menghubungkan bilik air dan biliknya. Menarik salur itu keluar, menghala ke tingkap.

    Daniel melompat ke atas katil. Air dari salur getah sudah membasahi katil bujangnya. Dia mengintai kedudukan lelaki bertopi itu melalui tingkap biliknya. 

    Lelaki itu sedang berbual di telefon bimbit. Membelakangi rumah itu. Mungkin sedang menerima arahan dari bosnya. Kotak yang dibawanya diletakkan di tepi pagar. Daniel berkira-kira. 

    Lelaki bertopi atau kotak berwarna coklat?

    Daniel menarik salur getah itu sehingga ke tingkap biliknya. Ya, sampai.  Air memancut ke arah lelaki itu. Belum sempat dia mengelak, bajunya telah basah. Membasahi seluarnya, hingga ke kasut. Lelaki itu menggawang-gawang tangannya ke arah Daniel. 

    “Jangan,” Jeritnya dengan kuat. 

    Daniel terus menghala muncung salur getah ke arah lelaki itu walaupun pelbagai gaya dilakukannya untuk mengelak. 

    “Adik, jangan sembur. Abang nak hant...”

    Tapi air paip menerjah mulutnya. Gagal menyambung ayat. Dia bersembunyi di sebalik pagar batu. Daniel tersenyum. Lelaki itu penakut. Dengan hanya terjahan air pun takut.

    Daniel menghalakan salur getah itu ke arah kotak sebesar kotak kasut itu pula. Dia yakin. Bom dalam kotak itu akan rosak jika terkena air. Kotak itu basah kuyup. Namun Daniel tidak berpuas hati. Air terus menyembur ke kotak itu. Ruang matanya membayangkan wajah Hasif yang penuh dendam.

    Tiba-tiba menderu bunyi enjin kereta. Kereta Avanza milik ibunya berhenti di hadapan pagar. 

    Alhamdulillah.

    Bisik hati Daniel. Ibunya sudah pulang. 

    Dia berlari turun ke tingkat bawah. Mahu melaporkan kepada ibunya tentang kejadian sebenar. Pasti ibunya bangga dengannya. Juga mahu mengingatkan ibunya nombor talian kecemasan. 999.

     “Daniel!!!”Jeritan nyaring dari ibunya. Dari muka pintu rumah itu.

    Seorang lelaki yang basah kuyup berdiri di sisi ibunya. 

    Kotak yang telah basah itu dipegang ibunya. 

    Mulut Daniel ternganga. Tercegat di hujung tangga. Memerhatikan wajah ibunya yang berulang kali memohon maaf dari lelaki kurus bertopi itu.

    Lelaki dari Syarikat Pos Laju National Courier itu melangkah meninggalkan rumah Daniel. Meninggalkan kotak berisi ikan masin yang ditempah ibu Daniel. Dan juga Daniel yang sudah terjelepok di tangga.

    Tiada lagi bayangan wajah penuh dendam Hasif. Hanya wajah menyinga ibunya.

    *****TAMAT*****

    p/s 1: jangan tinggalkan anak anda sendirian.
    p/s 2: Daniel: Nama anak saudara saya yang tersayang. Hasif: Nama budak comel tepi rumah lama.

    18 October 2010

    Roselle: Apa yang kita perlu tahu

    Salam ukhwah,

    Product Knowledge: ROSELLE

    Roselle adalah sejenis tumbuhan dari spesis bunga raya atau dikenali dengan nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa. Di Malaysia tumbuhan ini dikenali dengan nama "Asam Paya" dan di negara-negara barat ia dikenali dengan nama "Florida cranberry". Di negara-negara arab pula tumbuhan ini sangat terkenal dan digunakan sebagai pemakanan harian dan dikenali dengan nama "Karkadeh".

    Mengikut kajian yang telah dibuat, Roselle secara semulajadinya mengandungi Asid Hidroksi Citrit (HCA). Bahan aktif ini bertindak bertindak melalui 2 cara:

    1. Merencatkan pembentukan lemak baru.
    2. Meningkatkan kadar penghasilan hormon serotonin yang akan merangsang sel T mengeluarkan hormon melatonin iaitu hormon keceriaan untuk mendapatkan deep sleeping.

    Roselle juga mempunyai kandungan mineral, vitamin C (L-Ascorbic acid) dan antioksidan. Antara bahan antioksidan yang banyak terdapat dalam roselle ialah "Anthocyanins" sebagai agen anti penuaan dengan mengawal dan menyingkirkan zarah radikal bebas dari badan. Antioksidan ini juga bertindak memperkukuhkan ketahanan sel, membantu merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.

    Minuman Roselle HPA

    Minuman Roselle HPA merupakan penyediaan roselle dalam bentuk uncang teh. Setiap uncang mengandungi 2gm kelopak halus (calyx) bunga roselle. Penyediaan produk dalam bentuk uncang teh adalah lebih alami dan juga membolehkan pengguna mengawal sendiri jumlah pengambilan gula atau menggantikannya dengan madu asli HPA.

    Penghasilan produk ini adalah melalui proses yang terkini. Pengeringan kelopak roselle dilakukan dengan dua peringkat. Pertama ia dikeringkan secara semulajadi (penjemuran) dan kemudiannya dikeringkan melalui mesin pengeringan dalam tempoh waktu dan suhu yang terkawal. Ini memastikan kualitinya terjamin. Kemudian proses pembungkusan ke dalam uncang dan bungkusan siap dilakukan dikilang yang bertaraf GMP sekaligus menjanjikan produk ini selamat, bersih dan berkualiti.

    1 kotak mengandungi 35 uncang

    Harga pengguna RM20.00
    Harga pengedar RM16.00 dengan 7NM.

    Jadikanlah ia sebagai minuman rasmi di rumah. InsyaAllah ianya dapat menguatkan DAYA KETAHANAN TUBUH dari serangan RADIKAL BEBAS.

    Selain Minuman Roselle (teh uncang), produk HPA lain yang menggunakan roselle ialah Roselle kapsul, Kordial Roselle, RTD Roselle, Halwa Roselle, Sos Cili Roselle, D DEU, Aiskrim Toyyibah (perisa Roselle Ripple), Jem Roselle.

    Berminat menjadi menyertai HPA? klik di sini:
    http://www.DuniaHerba.net/natrah

    15 October 2010

    Cerpan: HOME ALONE ~part 1

    ** cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang masih hidup atau telah pergi atau anak sesiapa**

    Daniel cepat-cepat lari ke arah tangga. Memanjat tangga ke tingkat atas dengan segera. Daniel mengurung diri dalam bilik. Pintu bilik dikunci dari dalam. Daniel yakin ibunya tidak dapat menembusi biliknya. Kuncinya sudah Disimpan awal-awal. 

    Ibunya mengetuk pintu kayu setebal buku novel cinta remaja itu. Tiada tindakan. Daniel nekad.
    “Daniel tidak mahu ikut,” laungnya dari atas katil.
    “Tapi mama hendak pergi lama. Selepas jumpa kawan mama, kita ke kedai mainan.” Umpan ibunya.

    Kedai mainan 

    Hatinya mula goyah. 

    “Kereta kawalan Daniel yang sudah tercabut tayar itu mama akan gantikan. Yang lebih canggih,” Umpanan ibunya semakin menarik. 

    Daniel menoleh ke kotak besar yang menghimpunkan semua koleksi mainannya. Kereta kawalan jauh berwarna merah terletak di tepi kotak itu. Sudah seminggu tersadai di situ.

    Tidak. Mengikut mama ke rumah kawannya sangat membosankan.

    “Tidak mahu,” laungnya. Yakin. Daniel boleh meminta mainan Dari ayahnya. Ayahnya lebih bermurah hati. 

    “Baiklah. Jika begitu, Daniel tinggal seorang. Boleh tak?” 

    “Boleh,” Jawapan yakin dari Daniel. Sepatutnya dia mengungkapkan InsyaAllah, seperti yang diajar oleh gurunya.

    Seterusnya Daniel menadah telinga mendengar pesanan-pesanan ibunya.

    Jangan main api.
    Jangan main pisau.
    Jangan mandi lama-lama.
    Kalau lapar, makan di dapur. Jangan sepah-sepahkan.
    Jangan lupa tutup saji lepas makan.
    Jangan lupa tutup pesi ais lepas ambil minuman.
    Jangan buka pintu jika ada orang yang tidak dikenali datang.

    Daniel menyahut dengan patuh setiap pesanan itu.
    “Ya, mama,”

    “Ok, mama pergi dahulu. Jangan lupa ya pesanan mama tadi,”

    Daniel melompat dari katil. Membuka pintu biliknya. Ibunya masih tercegat di situ. Tersenyum.

    Daniel menghulur tangan. Menyalami ibunya Dengan santun. Itulah yang dipelajari dari sekolahnya. Hormati ibu bapa. Dengar kata-kata ibu bapa. Walaupun tindakannya tadi dikira tidak menghormati ibunya, tetapi Daniel cepat-cepat bertindak bagi menyenangkan hati ibunya semula.
    “Telefon mama jika ada apa-apa berlaku ya.” Ujar ibunya sambil mencium pipinya. Lekat sedikit gincu di pipi montelnya. Mungkin gincu murah yang dikenakan ibunya hari ini.

    “Baik mama,” Ujar Daniel sambil cepat-cepat menutup pintu biliknya. Dia risau. Terpengaruh untuk mengikut ibunya. Bunyi kereta ibunya menderu keluar Dari garaj rumah banglo Dua tingkat itu. Pagar automatik tertutup dengan perlahan. Daniel melihat ke arah kereta itu sehingga ia hilang di hujung simpang taman perumahan itu.
    Daniel merebahkan badan di atas katil bujangnya. Bukan sebab penat, tetapi kelegaan. Satu kelegaan dapat mengelakkan diri dari mengikut ibunya menjalankan perniagaan. 

    Ibunya seorang usahawan yang gigih. Pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Semuanya secara kecil-kecilan. Secara online atau offline. Ibunya berhenti kerja kerana sudah jemu mengikut rutin harian. Menempuh kesesakan jalan raya setiap hari ke tempat kerja. Sekarang semuanya boleh dilakukan dengan bebas. Tidak perlu menghadap muka bos yang sentiasa meminta laporan setiap akhir bulan. 

    “Kruuk,kruuk,”

    Daniel mendengar satu bunyi yang begitu dekat dengan dirinya. Tangannya segera diletakkan pada perutnya. Ya. Bunyi perutnya. Daniel sangat lapar. 

    Dia melompat turun dari katil. Melangkah ke ruang bawah. Masuk ke dapur. Membuka tudung saji di atas meja. 

    Wah, sangat menyelerakan.

    Lauk ayam masak sambal.
    Sup ayam dan sayur.
    Begedil goreng.

    Dia cepat-cepat membasuh tangan di sinki. Dicapai pinggan di rak tepi sinki itu dan menyenduk nasi dalam periuk. Perbuatan itu sudah biasa dilakukan. Ibunya melatih mereka adik beradik berdikari mengambil nasi sendiri dalam periuk. Sedikit nasi tumpah ke lantai sewaktu dia mencedukny. Dibiarkan. Tidak mengapa. 
    Ibunya tidak akan marah. Lagipun, dari senarai pesanan ibunya tadi, tiada menyebut agar jangan menumpahkan nasi. Hanya jangan sepah-sepahkan. Daniel bukan sengaja sepah-sepahkan nasi itu. Nasi itu tertumpah. Itu pemahaman Daniel, seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. Seorang pelajar PASTI.

    Daniel mengunyah nasi sambil menggoyang-goyangkan kakinya. Dia tahu perbuatan itu kurang beradap. Tapi dia makan berseorangan. Tiada siapa memerhatikannya.  Dia bebas melakukan apa sahaja. 

    Tiba-tiba loceng rumah itu berbunyi. Daniel membiarkan sahaja. Mungkin ada ahli keluarganya yang balik. Tetapi mereka semua ada kunci rumah. Mustahil pula mereka mengetahui Daniel keseorangan di rumah. 

    Ya, Home Alone. Melainkan ibunya mencanangkan kepada mereka. Daniel mendongak memandang jam dinding di dapur itu. Tapi Daniel tidak mengetahui waktu sekarang pukul berapa. Pembelajaran di sekolahnya masih belum masuk bab itu. Belum belajar membaca jam.

    Dia cepat-cepat membasuh tangan di sinki. Meninggalkan pinggan nasinya. Yang masih belum habis dimakan.

    Pesanan ibunya,

    Jangan lupa tutup saji lepas makan.

    Tapi Daniel masih belum habis makan. Jadi, tidak perlu menutup saji.

    Daniel mengintai dari sebalik langsir tingkap bersebelahan pintu rumah. Seorang lelaki bertopi memegang sebuah kotak berdiri terhendap-hendap depan pagar rumahnya. Orang yang tidak dikenali. Sebuah kotak berbalut kertas coklat dipegang lelaki itu.

    Mungkin ada bom di dalam kotak itu! 

    Fikiran Daniel mula menerawang. Bom itu dihantar oleh Hasif yang marah dengannya. Masih terbayang muka Hasif tadi. Sewaktu dia melambai dari dalam kereta sewaktu diambil ibunya. Muka penuh dendam. 

    Kerana? 
    Daniel menumpahkan air milo, bekalan Hasif. Daniel bukan sengaja menumpahkan air itu. Dia tersepak air itu. Dia sudah bersalam dan meminta maaf dengan Hasif yang menangis tersedu-sedu. Walaupun tangannya sudah bersambut, namun Hasif masih marah. Ungkapan maaf diungkap tanpa keikhlasan. 

    Ya, lelaki itu dihantar oleh Hasif. Sangat bahaya. Lelaki itu mahu meletupkan rumahnya. 

    Daniel semakin cemas. Orang itu masih tidak berganjak dari depan rumahnya. Mundar-mandir. Mungkin sedang memikirkan lokasi untuk meletakkan kotak berisi bom itu. Lokasi yang sesuai supaya rumah itu hancur lebur. 

    Nyawa Daniel dalam bahaya!

    *****bersambung*****