23 November 2010

Nasi Belauk

Pagi-pagi macam ni, selapas minum air milo semug, teringat dan teringin pula hendak menjamah nasi belauk. Bagi memenuhi keperluan Sarapan Umpama Raja.
Nasi Belauk?
Ni gambar nya
Nasi dua senduk, gulai ayam seketul dan timun sehiris

Oh, rindunya ingin menikmatinya...
Orang Kelantan panggil nasi belauk. Makan di waktu pagi, sebelum memulakan kerja.
Harganya, sekarang ni dah RM2 se mmecok (sebungkus). 
Dulu, sewaktu saya sedang menjalani LI di Kuala Krai pada tahun 2006, saya sering dapatkan nasi belauk dari kedai kopi berhampiran rumah. Sebelum ke tempat kerja, singgah sekejap di kedai tersebut dan membeli nasi belauk sebungkus. Lauk dan kuah dimasukkan dalam plastik, jadi nasi tak bengkak dan lambat basi.
Oleh sebab sudah bersarapan di rumah, saya akan makan nasi ini pukul 11 pagi, selepas rutin melawat kawasan. Makan separuh sahaja. Separuh lagi disimpan dan akan dihabiskan pukul 3 petang.
Jimatkan? 
Lagipun saya malas hendak pergi makan atau menyertai pekerja lain makan di kedai berhampiran. 
Oh ya, nasi belauk masa tu harganya RM1 sebungkus! Murah dan berbaloi kan?
 
p/s: Berhampiran rumah saya ada kedai makan namanya Belauk... Jemput datang...

5 comments:

Nini said...

Teringat kenangan sarapan setiap hari ketika bertugas di PUTIK Jun yang lepas. Boleh gemuk kalau sepanjang tahun amalkannya :)

sis_aflah said...

suka gi kedai nasi belauk tu..
tp nasi kerabunya dh kurang ummpphh.. huhu

MamaNasih said...

Nini: Adakah anda boleh menjadi gemuk? Bukankah anda spesis saya gak? hahahaha..

Sis_aflah:Saya beli lauk kat situ mso pantang. Bukan saya, suami saya... xtau bakpo dio suko beli lauk kat situ... Maybe sebab Kelate kot..huhu..

Naurah Napiha said...

adoi..murah nye..kan best kalau saya pun dapat merasa sedap nye nasi berlauk ni..mau beli 2 bungkus..nak harapkan harga kat sini mcm ni,mimpi je la..

NM-MN said...

Naurah Napiha: dah susah nak cari yg murah n banyak... xpe, nanti saya belikan. Nanti tu, xtau bila... hehe...