Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

23 November 2010

Nasi Belauk

Pagi-pagi macam ni, selapas minum air milo semug, teringat dan teringin pula hendak menjamah nasi belauk. Bagi memenuhi keperluan Sarapan Umpama Raja.
Nasi Belauk?
Ni gambar nya
Nasi dua senduk, gulai ayam seketul dan timun sehiris

Oh, rindunya ingin menikmatinya...
Orang Kelantan panggil nasi belauk. Makan di waktu pagi, sebelum memulakan kerja.
Harganya, sekarang ni dah RM2 se mmecok (sebungkus). 
Dulu, sewaktu saya sedang menjalani LI di Kuala Krai pada tahun 2006, saya sering dapatkan nasi belauk dari kedai kopi berhampiran rumah. Sebelum ke tempat kerja, singgah sekejap di kedai tersebut dan membeli nasi belauk sebungkus. Lauk dan kuah dimasukkan dalam plastik, jadi nasi tak bengkak dan lambat basi.
Oleh sebab sudah bersarapan di rumah, saya akan makan nasi ini pukul 11 pagi, selepas rutin melawat kawasan. Makan separuh sahaja. Separuh lagi disimpan dan akan dihabiskan pukul 3 petang.
Jimatkan? 
Lagipun saya malas hendak pergi makan atau menyertai pekerja lain makan di kedai berhampiran. 
Oh ya, nasi belauk masa tu harganya RM1 sebungkus! Murah dan berbaloi kan?
 
p/s: Berhampiran rumah saya ada kedai makan namanya Belauk... Jemput datang...