Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

18 February 2014

Multivitamin pertama dunia.

Vitalea adalah multivitamin pertama yang dicipta. Pada 2015, Vitalea berusia 100 tahun. Oh, sudah tua Vitalea ini. ;)

Multivitamin pertama dunia dijumpai oleh Dr Shaklee.

Sebiji Vitalea mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Wah, banyaknya! Lengkapkan Vitalea ini? Sebab itu dipanggil multivitamin.
Kandungan dalam sebotol Vitalea
 Kami kongsikan Testimoni dari Puan Piza Arissa Faqihah yang mengambil Vitalea untuk menambahkan berat badan dan menambah tenaga.




 Ini pengalaman customer Puan EnNa RuSti yang mengambil Vitalea untuk masalah tekanan darah rendah semasa hamil. 


Mahu dapatkan produk Vitalea ini?
Hubungi kami, Natrah Mohamed 011-27016822 atau Din 019-3875790.
Kedai Vitamin Mama Nasih
COD di Bandar Baru Bangi.



27 September 2013

Shaklee? Patuh Syariahkah?

Rupanya ramai yang berminat menyertai Shaklee, tapi masih ragu-ragu dengan statusnya.
Saya dulu pun begitu. Tertanya-tanya dan meragui statusnya. Orang yang saya rujuk adalah kak +farihah abu kasim. Orang yang perkenalkan saya dengan Shaklee. Sekarang sudah berpangkat Master Farihah. Fuhh!

K Farihah ajak saya join Shaklee. Setelah berbulan berfikir dan menyelesaikan urusan-urusan lain, saya terus join dan aktif menjual produk-produk Shaklee. Setelah merasai sendiri kebaikannya. Ia wajar dikongsi bersama orang lain. :)

Ok, di bawah ni saya PASte kan sahaja jawapan yang dicopy dari blog Surijunior.com. Hihi, copy PASte semua.

Selamat membaca dan buat keputusan sendiri...

Dulu-dulu... saya amat skeptikal dengan MLM. Dulu-dulu... sekarang? Hehe.. Saya pulak jadi leader MLM. Pelik kan? MLM di Malaysia sebenarnya disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya downline. Itu jugalah pemahaman saya dulu. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Menyertai Shaklee, sebab saya suka produknya. Bila kaji sistem, alhamdulillah.. MLM yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan,kan? pernah tak tahu? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang berbondong-bondong masuk. Jangan! itu salah!

Ok, cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :


1. Harga tinggi dari biasa
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 



3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini

4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.

5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti :)



6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat

7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal


9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung



10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee


11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas

Ok, itu saja, jumpa lagi di lain masa.



29 August 2013

Berpantang dengan Shaklee




Ini set berpantang yang saya makan semasa pantang.
 ESP+Vitalea+B Complex+Chewable vit C+ Zinc Complex. 

Saya mula makan lepas 3 jam bersalin, masih dalam wad. Tak perlu risau baby kuning atau panas.

Alhamdulillah, rasa sihat, luka bersalin cepat sembuh, susu badan sangat banyak, badan tak penat walaupun baby selalu berjaga malam. Berbeza sekali sewaktu berpantang anak pertama dulu. Mungkin juga itu pertama kali. 

Bersalin kali ini, bulan puasa, untuk berbuka, kadang-kadang  saya masak. Tapi suami larang keras saya masak. Rehat, rehat dan rehat katanya. Dia balik dari kerja, beli lauk di Bazar Ramadhan. Yang pastinya setiap hari saya masak nasi.

Esok genap 60 hari.

Set ini boleh mula diambil semasa mengandung, masa berpantang, boleh teruskan sehingga bila-bila pun. Jika mahu kurus lepas bersalin, tambah Lechitin. Jika mahu susu badan banyak, tambah alfalfa.
















03 July 2013

Berpantang dengan vitamin Shaklee

Bismillahhirrahmirrahim...
Jika Allah izinkan, 2,3 hari lagi kami akan menyambut ahli baru dalam keluarga. Orang yang paling berdebar dan ternanti nanti tentulah saya, tuan punya badan :) Sembilan bulan mengandung membawa ke hulu ke hilir anak dalam kandungan, sangat mengujakan. EDD saya 5 julai, 2 hari lagi, namun masih tiada tanda nak bersalin. Si kecil pun masih aktif di dalam perut :)

InsyaAllah, kali ini saya akan berpantang di Bangi. Persiapan tempat dah sedia. hehe... Teruja betul menyambut orang baru. Rumah baru, bilik baru, katil baru, air cooler baru. InsyaAllah, moga Allah mudahkan urusan bersalin nanti...

Ha, saya dah sedia set berpantang. Tentunya dari Shaklee. Set berpantang Shaklee ada 4 jenis vitamin sahaja. Kalau nak tambah vitamin lain pun ok.

Ok, mari kita kaji setiap vitamin dalam set berpantang Shaklee ini. Maklumat saya ambil dari sini:

Set Berpantang Shaklee


1. Vitalea/Multivitamin

Memandangkan kita kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka  perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.


2. B Complex

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


3.  Vitamin C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
(Disebabkan sekarang stok vitamin C biasa tiada, saya ambil yang Chewable Vitamin C. Kemam atau kunyah sahaja)
4. Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi


Jadual Pengambilan vitamin Set Berpantang:

1. Vita-C (1 biji) selepas sarapan
2. B-Complex (1 biji) selepas sarapan
3.  Zinc (1 biji) selepas sarapan
4.Vitalea (1 biji ) selepas makan tengahari

Kelebihan Set Berpantang Shaklee
- Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
- Boleh terus diambil walaupun anak ada juandis (kuning)
- Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
- Dapat membantu ibu mengurangkan stress
- Dapat membantu ibu mendapat tenaga sepanjang tempoh berpantang.


Doakan saya dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang.






19 June 2013

Vitamin semulajadi: Alfalfa

Alfalfa.
Produk Shaklee pertama yang saya ambil dan guna. Alhamdulillah... Berkesan. Saya ambil alfalfa kerana masalah gastrik dan angin dalam badan. Jadi saya ingin kongsikan dengan semua apa itu alfalfa dan khasiatnya. Maklumat diambil dari Blog Cik Puan Nurul di sini. Semoga bermanfaat.

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat. Ia digunakan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi wanita baru bersalin. Oleh kerana alfalfa mempunyai 1001 kebaikan, Dr.Shaklee merumuskan alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang memberi manfaat kepada jutaan pengguna.
 Alfalfa kaya dengan vitamin & mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.



Alfalfa saiz besar 700 tab dan saiz kecil 330 tab.



Antara khasiat Alfalfa Shaklee ialah:

1. Merawat masalah pencernaan

2. Mengawal kadar kolestrol dalam darah

3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7. Mengurangkan simptom menopous

8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9. Merawat masalah sembelit.

10. Menyahkan toksin dalam tubuh

11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13. Membantu masalah penghadaman

14. Membantu membanyakkan susu (milk booster)

15. Mengurangkan masalah pundi kencing

16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17. Meningkatkan kesihatan prostat

18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19. Menghangatkan hubungan suami isteri

20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

18 June 2013

1001 Khasiat ESP


1 Canister mengandungi 850g

Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)?
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Apa yang menarik tentang ESP adalah:

- ESP ni adalah sumber protein lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol yang juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru.
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa di mana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.





Khasiat ESP adalah:
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.


2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Hubungi saya untuk mendapatkan khasiat ESP ini:

Kisah Saya dan ESP

Assalamualaikum wbt.
Kisah saya dan pengalaman penggunaan ESP dalam web Master Farihah Abu Kasim, orang yang memperkenalkan dengan Shaklee. Boleh baca di Surijunior.com. Terima kasih kak :)


Energizing Soy Protein (ESP)


Sebenarnya saya sudah lama dengar tentang Shaklee ini. baru sekarang terbuka hati mahu menyertai keluarga besar Shaklee. Harap ia memberi manfaat kepada semua :)

Jom sertai saya...







Testimoni ESP

Bismillahirrahmanirrahim...
Testimoni Energizing Soy Protein:
Saya hamil 36 minggu. Kandungan gula dalam darah agak tinggi. Pernah mencecah 8 mol.
Mula ambil ESP minggu lepas. Itupun kadang-kadang lupa bancuh.
Hari Jumaat keluarga datang ke rumah. Saya makan macam-macam.
...
Hari Sabtu ke 2 buah kenduri. Pelbagai makanan dan minuman dimakan.
Hari Ahad ke klinik untuk test kandungan gula dalam darah. BSP test. Test ni kali ke dua selepas test sebelum ini bacaan tinggi. Doc suruh ulang test lagi untuk pantauan.
Jam 8pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 10 malam.
Alhamdulillah....
Bacaan berada dalam paras normal. Bawah 6 mmol/L kecuali bacaan pre-bed (10 malam) iaitu 6.1mmol/L.
Rahsianya, saya bancuh ESP ini dalam minuman sarapan pagi.
Khamis, 13 Jun saya pergi buat repeat test untuk jam 10 malam (pre-bed). Bacaannya, 5.5mmol/L. Syukur sangat.
Maklumat tentang diabetes melitus atau kencing manis semasa mengandung ini boleh dirujuk di blog Dr Zubaidi.



 Ok, ini pengalaman saya minum ESP.
Banyak khasiatnya. Boleh pm saya untuk maklumat lanjut.
InsyaAllah, boleh dapat harga istimewa...
Jom sertai saya mendapat khasiat ESP ;)