03 July 2013

Tekanan Darah

Tekanan darah ialah ukuran daya pada dinding arteri apabila jantung mengepam untuk mengedarkan darah ke seluruh badan. Saluran darah akan menjadi keras selaras peningkatan umur. Jesteru itu orang tua – tua berpontensi mengalami tekanan darah tinggi.

Tekanan darah ideal ialah 120/80mg. Nombor diatas mewakili tekanan darah sistolik (tekanan dalam arteri apabila jantung memecut) manakala nombor dibawah pula tekanan darah diastolic (tekanan dalam arteri apabila jantung berehat antara denyutan)

Ideal 120/80 mmHg
Hipertensi >140/90 mmHg
Pra-hipertensi 120/80 – 139/89 mmHg



Hipertensi ialah istilah yang digunakan apabila tekanan darah menjadi terlalu tinggi. Ia merupakan factor risiko utama bagi penyakit kondiovaskular seperti risiko strok, sakit jantung, penyakit ginjal serta kematian awal.





Fahamilah Paras Kolestrol Kita

Kolestrol dan trigliserida adalah lipid (lemak) penting untuk pembinaan struktur sel. Lipid ini yang memainkan peranan penting dalam penghasilan hormone & penjanaan tenaga. Paras kolestrol darah kita boleh dipengaruhi oleh diet dan tahap fungsi hati kita dalam penghasilan kolestrol. Paras kolestrol darah yang tinggi mengakibatkan ateroklerosis bermaksud pengerasan arteri.

Kita boleh mengukur tahap kolestrol dengan ujian mudah yang dikenali sebagai ‘blood lipid panel atau ‘profil lipoprotein’. Jumlah kolestrol dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) dengan agak tepat tepat tanpa puasa, manakala paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida hanya boleh diukur selepas berpuasa 9-12jam.
 
Artikel ini disalin dari sini.
 

No comments: