24 February 2014

Cara tamatkan Call Me Tone

Sebelum ini, saya menggunakan no telefon atas nama suami. Saya langgan Call Me Tone Celcom. Lagu Erti Al- Fatihah oleh kumpulan Voice Of Ummi. Lagu kegemaran Nasih. Tapi setelah suami kembali menggunakan no tersebut, kerana bilnya boleh claim dari majikan, suami dah beberapa kali minta untuk berhentikan Call Me Tone tersebut. Maklumlah, lagu kanak-kanak. Sangat tak sesuai dengan dia dan telefon itu untuk urusan kerja. 

Ok, hari ini baru saya tergerak hati mencari solusi. Sudah lama saya berniat nak cari cara berhentikan CMT tersebut. Hari ini baru jumpa. Hehehe..

Ok, di bawah ini caranya. Saya belum cuba. Tunggu suami balik kerja dulu, baru buat. :)

1. Taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 3. The Cube
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 4.CMT4.
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.

Bila sistem balas kata betul ke nak unsubscribe jawab "Yes"...

Tunggu sampai 22990 hantar message: RM1.50 Langganan CMT anda telah ditamatkan


Ok, semoga bermanfaat.


1 comment:

Unknown said...

Nak tanya fungsi call me tones ni apa dia ye?