21 September 2012

Raise Your Child's Self Esteem!

 
 
Buku ini, termasuk dalam pakej pembelian set Grolier. 99 perkara yang senang untuk dilakukan bersama atau terhadap anak.
Antara tipsnya:
1. Bagitahu anak yang kita sayangkan dia sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Yang ni saya sentiasa lakukan. Tapi tak pasti berapa kali sehari. Kadang2 Ahmad sendiri yang mengajuk saya "saaayang Amad". Ha, kan.
 
2. Bagitahu anak, tidak mengapa lakukan kesilapan, tapi mengakulah kesilapan kita sendiri.
-
.....

 

19 September 2012

Ahmad Nasih melawat Zoo Taiping

16 September 2012.
Jam 8.30 pagi kami bertiga sudah terpacak di hadapan Zoo Taiping.
Ahmad ni masih belum mandi sebenarnya. Tukar baju dalam kereta!
Kami orang pertama. Zoo buka 8.30 pagi rupanya. Waktu di tiket 08.30.01.
Kami berjalan dan memperkenalkan haiwan-haiwan kepada Ahmad. Tapi, kebanyakkannya masih belum bangun atau memang tidur siang. Sebenarnya kami bercadang mahu ke Night Safary, tapi sampai ke Taiping lambat, tidak sempat untuk masuk pada malamnya. Sebab itu, pagi-pagi lagi sudah berada di sini.
Ahmad Nasih sedang perkenalkan nama2 haiwan kepada papanya.

B untuk Buaya

K untuk Kijang

A untuk Arnab
Z untuk Zirafah. Ahmad excited sangat.
Setelah 2 jam meronda berjalan kaki merangkap bersenam di sekeliling zoo, akhirnya kami naik tram. Sekali pusing, lebih kurang 15 minit sahaja. Kami bergegas balik ke hotel untuk check out sebelum 12 tengahari. Kemudian kami ke bertolak ke Simpang Pulai.
Selamat tinggal Zoo Taiping, insyaAllah kami datang lagi untuk sesi pembelajaran Ahmad Nasih seterusnya.


Sudah Besar

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog ni.
Ahmad Nasih pun dah besar.
Kalau ikut ticker di atas, Ahmad sudah berusia 2 tahun 3 bulan 1 minggu dan 2 hari.
Dia masih lagi menyusu badan.



20 January 2012

Home School di Malaysia

Bismillahhirrahmanirrahim....

Di tengah-tengah kesibukan menyiapkan tugasan, fikiran menerawang memikirkan mengenai Home School (HS) yang semakin hari semakin diperkatakan dan semakin diterima di Malaysia. Saya sempat meng'google' beberapa website yang berkaitan HS terutama di Malaysia. Perkara ini telah lama saya sedari berlaku. Namun, apabila sudah mendapat cahayamata ini, semangat inkuiri itu semakin membara. Walaupun hanya sempat menjenguk dan meneroka seketika sahaja laman-laman yang bercerita tentang HS ini, hati ini semakin tertarik.

Web yang saya jenguk adalah di sini http://homeschoolmalaysia.wordpress.com/ , http://homeschoolhomefrontier.com/ dan di sini http://mamafiza.com/. Masih belum sempat mengkaji dengan mendalam lagi.
Namun saya utarakan juga post ini bagi mendapatkan pandangan anda...
Saya sangat tertarik untuk melaksanakan HS ini. Namun, pasti banyak halangan dan respon yang bakal saya hadapi nanti. Salah satunya respon dari ahli keluarga terdekat.
Saya sudah utarakan hasrat ini kepada suami beberapa hari lepas.
(p/s:saya sudah ceritakan hal HS ini kepada beliau sewaktu bayi dalam kandungan lagi).
Responnya:
Tidak salahkah dari segi undang-undang?
Mampukah?
Saya menjelaskan dengan panjang lebar dan menceritakan kejayaan-kejayaan yang diterima oleh mereka yang mengamalkan HS ini. (p/s: mendapat tempat di dada-dada akhbar, menjadi tetamu di WHI, TV1 dan rancangan bual bicara lain).
Seterusnya,
Beliau meneruskan pembacaan di skrin komputer. Menyelak-nyelak laman blog-blog yang diminati. Ok, saya akan mencari satu masa yang sesuai untuk membicarakan tentang ini. Dengan lebih serius. Lagipun bayi kami baru berusia 4 bulan. Saya akan tunjukkan bukti-bukti kejayaan orang lain dan respon mereka.
Namun, itu baru respon seorang correspondent (boleh panggil correspondent ke?). Belum lagi respon famili, saudara mara dan masyarakat sekitar. Terutama masyarakat yang terlalu tipikal.
Apabila dah habis belajar di Universiti, perlu kerja. 
Belajar tinggi-tinggi, bertahun-tahun, kena la kerja.
Kalau berada di rumah, menjaga anak, bukan kerja namanya.

Bagi saya, kalau mampu apa salahnya mengajar sendiri anak kita di rumah.  Banyak kelebihan yang saya rasa anda boleh fikir sendiri. Hakikatnya, saya ingin mendidik sendiri anak itu.

Kita hanya hambaNya...

06 December 2011

Masjid Besi, PICC dan I-City

Alhamdulillah, adik saya yang ke 2 bongsu dah bergraduasi pada sabtu lepas.
Di PICC.
Rombongan dari Kuala Krai datang ke rumah kami.
Sambil melawat pak cik di Bandar Seri Putra yang agak kurang sihat.
Tengahari sabtu, kami berjalan-jalan melawat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi.
Sangat besar.
Antara ahli rombongan ;)

Masjid ni dirasmikan pada 11 Jun 2010. 2 hari selepas kelahiran Ahmad.

Ruang solat di bahagian atas. Tapi katanya, boleh solat di mana-mana pun sebab ada terlalu banyak ruang.

Mereka nak sangat bergambar di taman ni. Taman ni searas dengan dewan solat utama.

Selepas solat zohor di masjid Putra, kami bergegas ke PICC. Adik saya, Salmi sudah masuk ke dewan. Mama saya dan Bazilah, anak saudara saya masuk untuk menyaksikan upacara konvo.  

Jam 5 petang, majlis selesai. Kami sudah kepenatan menunggu.

Udo dan 2 anak saudara yang 'comel'.
Selepas itu, kami ke Puchong. Rumah besan Mama. Mama kepada kakak ipar. Makan rambutan dan hidangan gulai yang enak. Selepas maghrib, kami bergerak ke Shah Alam. I-City sasaran kami.
Tapi jalannya macet bangat sih. Ramai berpusu-pusu ke sana. Tempat parking pun hampir penuh.
Salmi bersemangat untuk bergambar. Siap bawa bunga dan jubah konvo lagi.

Rombongan kami. Ahmad baru bangun tidur. 

Ini juga ahli rombongan. Diangkut dari Puchong.
Mama kami tidur dalam kereta. Tidak larat melayan orang-orang muda yang suka berjalan.
Ahli rombongan yang lain teruja menaiki roller coaster. Maka beraturlah mereka berjam-jam untuk membeli tiket dan menunggu giliran.
Saya, suami dan Ahmad berjalan-jalan ke kawasan sekitar. Sebelum ini, hanya tengok gambar dan mendengar cerita sahaja. Kami ke tapak KFC Chicky Carnival. Orang sangat ramai.
Akhirnya kami melepak di tepi booth-booth mereka. Sempat bersembang dengan seorang mak cik yang juga kepenatan berjalan-jalan di situ. Rupanya, dia jiran kepada keluarga kakak ipar yang kami singgah di Puchong tadi ;)
Antara haiwan yang dipamer di KFC Chicky Carnival.
Kami kembali ke tempat roller coaster. Mereka masih beratur menunggu giliran. Adoiii.
Kami sangat penat. Tapi layankan sahaja kanak-kanak riang itu.
Sebenarnya kami juga menunggu abang dan keluarganya dari Klang. Jalan untuk masuk sesak teruk.
Hampir jam 11 malam mereka sampai. Tapi sebenarnya mereka sudah biasa datang ke sini.
Ahmad yang sangat teruja dengan sekitarnya. Kami biarkan dia bebas di kalangan orang ramai.
Kami bertolak balik hampir jam 12 malam. Mama dan rombongan dari Kelantan ke rumah abang di Klang.
"Ok lah tu. Kita dah ke I-City. Orang lain tak boleh kelentong kita lepas ni." Suami menyimpulkan hasil lawatan ke I-City ;)