Showing posts with label cerita saya. Show all posts
Showing posts with label cerita saya. Show all posts

12 February 2014

Naik Pangkat

Plak diterima daripada Shaklee2u. 
 Alhamdulillah, semalam 11 Februari selamat menerima plak penghargaan dan cek berjumlah RM300 daripada Master Iffah Anuar dari empayar Shaklee2u. Master Iffah berpangkat 'nenek' Shaklee kami.

Plak ucapan tahniah di atas kejayaan naik pangkat sebagai Supervisor dalam Shaklee. Kami naik pangkat pada Oktober 2013 dan kekal effektif sebagai Supervisor bulan berikutnya.

Supervisor adalah pangkat pertama selepas distributor atau ahli biasa dalam Shaklee. Apabila membuat jualan kumpulan sebanyak 3000GUV dalam 1 bulan, ia menunjukkan kita serius dengan bisnes Shaklee.

Ya, kami serius. Misi kami  melahirkan seramai mungkin leader dalam kumpulan kami, iaitu Nasihat.

Jom sertai kumpulan kami.

Natrah Mohamed: 011-27016822
Kedai Vitamin Mama Nasih
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi, Selangor.

\0_o/




14 August 2013

Salam Syawal ke 7

Alhamdulillah...
Seminggu dah di bulan Syawal.
Kami sekeluarga sudah kembali ke Bangi setelah seminggu balik beraya di dua kampung. Kampung saya di Kelantan dan kampung suami di Kedah.
Ramdhan sudah berlalu. Namun hati kecil saya rindu suasana Ramadan.
Rindu bangun awal-awal pagi dan sahur, walaupun saya tidak berpuasa. Masih dalam pantang :)
Rindu berbuka bersama Papa Nasih, si Nasih yang kecoh dan Along Bazilah (anak saudara saya yang duduk di rumah kami). Sesekali adik Nafiz menyertai bulatan kecil iftar kami. Sambil merengek-rengek manja. hehehe...
Rindu dengar bacaan al Quran dari radio kecil kami waktu malam, bacaan sewaktu solat terawih. Waktu malam, abang Nasih ikut papanya bersolat Tarawih.

Doakan berjumpa lagi Ramadhan akan datang...

Di pagi 1 Syawal bersama Tok Ma



06 December 2011

Masjid Besi, PICC dan I-City

Alhamdulillah, adik saya yang ke 2 bongsu dah bergraduasi pada sabtu lepas.
Di PICC.
Rombongan dari Kuala Krai datang ke rumah kami.
Sambil melawat pak cik di Bandar Seri Putra yang agak kurang sihat.
Tengahari sabtu, kami berjalan-jalan melawat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi.
Sangat besar.
Antara ahli rombongan ;)

Masjid ni dirasmikan pada 11 Jun 2010. 2 hari selepas kelahiran Ahmad.

Ruang solat di bahagian atas. Tapi katanya, boleh solat di mana-mana pun sebab ada terlalu banyak ruang.

Mereka nak sangat bergambar di taman ni. Taman ni searas dengan dewan solat utama.

Selepas solat zohor di masjid Putra, kami bergegas ke PICC. Adik saya, Salmi sudah masuk ke dewan. Mama saya dan Bazilah, anak saudara saya masuk untuk menyaksikan upacara konvo.  

Jam 5 petang, majlis selesai. Kami sudah kepenatan menunggu.

Udo dan 2 anak saudara yang 'comel'.
Selepas itu, kami ke Puchong. Rumah besan Mama. Mama kepada kakak ipar. Makan rambutan dan hidangan gulai yang enak. Selepas maghrib, kami bergerak ke Shah Alam. I-City sasaran kami.
Tapi jalannya macet bangat sih. Ramai berpusu-pusu ke sana. Tempat parking pun hampir penuh.
Salmi bersemangat untuk bergambar. Siap bawa bunga dan jubah konvo lagi.

Rombongan kami. Ahmad baru bangun tidur. 

Ini juga ahli rombongan. Diangkut dari Puchong.
Mama kami tidur dalam kereta. Tidak larat melayan orang-orang muda yang suka berjalan.
Ahli rombongan yang lain teruja menaiki roller coaster. Maka beraturlah mereka berjam-jam untuk membeli tiket dan menunggu giliran.
Saya, suami dan Ahmad berjalan-jalan ke kawasan sekitar. Sebelum ini, hanya tengok gambar dan mendengar cerita sahaja. Kami ke tapak KFC Chicky Carnival. Orang sangat ramai.
Akhirnya kami melepak di tepi booth-booth mereka. Sempat bersembang dengan seorang mak cik yang juga kepenatan berjalan-jalan di situ. Rupanya, dia jiran kepada keluarga kakak ipar yang kami singgah di Puchong tadi ;)
Antara haiwan yang dipamer di KFC Chicky Carnival.
Kami kembali ke tempat roller coaster. Mereka masih beratur menunggu giliran. Adoiii.
Kami sangat penat. Tapi layankan sahaja kanak-kanak riang itu.
Sebenarnya kami juga menunggu abang dan keluarganya dari Klang. Jalan untuk masuk sesak teruk.
Hampir jam 11 malam mereka sampai. Tapi sebenarnya mereka sudah biasa datang ke sini.
Ahmad yang sangat teruja dengan sekitarnya. Kami biarkan dia bebas di kalangan orang ramai.
Kami bertolak balik hampir jam 12 malam. Mama dan rombongan dari Kelantan ke rumah abang di Klang.
"Ok lah tu. Kita dah ke I-City. Orang lain tak boleh kelentong kita lepas ni." Suami menyimpulkan hasil lawatan ke I-City ;)


30 November 2011

Banjir

Minggu lepas, seminggu saya berada di kampung. Kakak saya kahwin. Alhamdulillah, selesai...
21hb majlis kenduri dalam hujan renyai-renyai.
22hb kami bertungkus lumus membasuh dan mengemas dalam hujan lebat.
23hb kami keluar ke bandar Kuala Krai. Menyelesaikan urusan tanah. Mama saya sakit kaki, ke klinik juga untuk rawatan kakinya.
Kami balik ke rumah hampir jam 3 petang. Sampai di Bukit Arang, air dah naik. Kenderaan tak boleh lalu. 
Selepas solat Zohor di surau berdekatan, kami menelefon jiran yang ada lori untuk datang angkut kami.


Ok, jom layan gambar...
Air sampai paras paha. Tapi ada yang berani mengharung.

Sementara tunggu lori sampai, kami main air. Ahmad terpaksa dipakaikan tuala di kepala, tapi tak lekat juga. ;)

Bersama adik bongsu. Masih bujang. Masih belum konvo. Tapi dah kerja.

Ini sungainya. Memang tempat ni banjir setiap tahun. Longkang pun dah buat, tapi macam tak boleh tampung juga.

Ahmad dan Udo. Main banjir tak ingat dunia akhirat.

Geng penonton air banjir. 2 anak muda ini ingin mengharung air dengan motor mereka.

Akhirnya berjaya mengharung dengan enjin dihidupkan. Sampai seberang sana, motor masih hidup.

Ahmad sebenarnya mencuba kasut baru. Baru je beli di Kuala Krai tadi.

Ada yang ambil kesempatan basuh motor.

Air yang bakal kami harung. Gerun juga. Sebenarnya paras air semakin meningkat. 

Pok Su Din. Datang jemput saya pula. Dia dah berjaya hantar mama kami menyeberang ke sebelah sana.

Saya di tengah-tengah kawasan banjir. Maksud saya, tengah kawasan dinaiki air.

Paras air.

Ahmad dah selamat menyeberang dengan abang ipar saya. Muka mengantuk dan penat.

Motor seorang pak cik yang rosak akibat mengharung air. Seorang anak muda sedang betulkan.

Kami naik lori berpagar. Masa ni hujan lebat. Ada 1 keluarga dan 2,3 orang lain yang tumpang lori ni.  Yang tudung kuning tu K Long saya ok. ;)




17 October 2011

Melaka~ bahagian 2

Ayat sedang mengkaji. Kami jadi pengiring dan pemerhati ;)

Seramik jepun yang dipamerkan.
Amad juga sibuk mengkaji ;)

Peluru daripada besi.
Meja zaman Belanda... Masih ok lagi.

Duit syiling.

Dompet siapa ini?

Akhirnya ayah menemui apa yang dicari. Batu nisan Sultan Mansur Syah.

Ayah sedang memberikan kuliah sejarah ;) Ada kekeliruan tarikh pemerintahan sultan-sultan Melaka. 
Bersambung lagi...

Hanya itu yang kumampu...

"Adik, boleh minta tolong sikit tak?"
Saya segera menoleh. Seorang wanita mungkin berbangsa India atau Kemboja merenung sayu.
"Ya, minta tolong apa?" Saya menepuk-nepuk badan Ahmad. Mata saya memerhati matanya. Tadi saya nampak wanita ini menjenguk dari luar pintu.
"Saya hendak ke Sepang. Saya tidak cukup duit untuk tambang teksi." Wanita itu membalas sambil tangannya sibuk mencabut kasut pada kaki anaknya yang sedang dikelek di pinggang. Kanak-kanak itu berusia 2 tahun saya kira.
Saya serba salah. Situasi ini pernah saya baca atau dengar sebelum ini. Seorang lelaki atau wanita meminta simpati jemaah masjid untuk mencukupkan tambang bas atau teksi.
"Berapa ringgit yang perlu?" Saya menyoal lagi. Saya melunakkan suara agar dia tidak berkecil hati. Dalam pada itu, saya sedang memikirkan, berapa nilai duit yang saya ada. Sebenarnya saya masih ragu-ragu. Samada ada duit atau tidak dalam dompet.
"Tambang 25 ringgit. Saya ada 10 ringgit sahaja, Saya perlukan 15 ringgit." Wanita itu menjawab pantas.
Saya merenung perutnya yang memboyot. Mungkin usia kandungan 7 atau 8 bulan.
Zip bahagian tepi beg saya buka. Beberapa keping RM1 saya ambil. Tidak tahu berapa nilainya. Saya hulurkan kepadanya sambil berkata, "minta maaf. Hanya ini yang saya ada. Minta maaf ye."
Itu duit yang saya ambil dari laci atas meja sebelum keluar rumah tadi. Saya terlupa meminta duit dari suami.
Wanita itu menyambut huluran dari saya lalu mengucapkan terima kasih. Dia berlalu ke muka pintu.
Saya merenung dari tempat duduk sambil berdoa, "Ya Allah, jika dia betul-betul memerlukan, Kau hantarlah seseorang yang dapat membantunya. Jika dia menipu, Kau berilah kesempatan untuk dia bertaubat."

Peristiwa ini berlaku di Masjid Teras Jernang. Sewaktu saya menunggu majlis akad nikah Huda Sakinah.
Di celah-celah kesibukan kami bergambar dan bersembang setelah Huda selamat dinikahkan, seseorang
datang menegur saya.
"Kak Natrah, saya ingin membayar duit claim hari itu. Minta maaf lambat selesaikan."
Alhamdulillah, saya dapat kembali duit yang telah diberi kepada wanita tadi.
Namun, saya masih tidak mampu menjadi seperti Saidina Ali. Yang begitu yakin dengan dermanya. huhu...
InsyaAllah akan dikisahkan nanti.

Melaka ~bahagian 1

16 Oktober. Kami peruntukkan sehari untuk menghantar ayahanda dan bonda ke Melaka. Ayah ada seminar yang perlu dihadiri. Ayah sampai di LCCT jam 9.15 pagi, tapi kami jemput jam 10 pagi. Hehe... Sesat. Kemudian ke Nilai, jumpa Mak Cik Mursyida. Jom pi Melaka Mak cik. Jom.

Jom layan gambar.
Tiba di Ayer Keroh jam 12.45 tengahari. Lepak-lepak sat.

Gambar  diambil dari dalam kereta.

Bersedia memulakan lawatan

Tadaa... Kami melawat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera. Ayah ada sedikit maklumat perlu dicari.

Tiket. RM5 sahaja. 

Oktober. Bulan Bahasa Kebangsaan.
Ahmad dan papa juga mengkaji sejarah ;)

Bersambung...