Cerita ini saya dapat dalam satu forum.
Jom layan...
Pada suatu ketika, hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Uda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.
Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu sangat cerewet.
Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Uda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Uda supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya Uda pun termakan oleh kata-kata tetangganya. Dia memikirkan cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.
Suatu hari Uda mengajak isterinya berjalan-jalan ke dalam hutan. Ketika melalui bahagian belakang sebuah kuil tua, Uda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka dia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar berdekatan perigi itu. Lantas dengan pantas Uda menolak isterinya itu masuk ke perigi.
Isterinya jatuh ke dalam perigi tersebut.
Sepuluh minit pertama Uda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini dia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.
Sepuluh minit kedua, Uda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Uda kembali menuju perigi buta tersebut. Dia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.
Begitu terkejutnya Uda kerana yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.
Uda lantas bertanya, "kenapa kamu yang naik?"
Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."
p/s: Uda adalah nama rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa yang digelar Uda ;-)
No comments:
Post a Comment