22 May 2011

Bang, bangun bang!

Sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga sering bermasam muka akibat perbalahan kecil atau selisih faham antara mereka. Pada suatu hari, mereka telah bertelingkah. Si suami membuat cold treatment sebagai reaksi marahnya. Dia tidak menyapa, berbual atau menegur isterinya sejak pulang dari pejabat. Malam itu, si suami tidur awal. Namun, sebelum melelapkan mata, dia teringat, pagi esok dia perlu ke mesyuarat di Johor Bharu. Dia perlu ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan pertama.
Si suami berfikir sejenak, 'bagaimana untuk memberitahu isteriku  supaya mengejutku awal pagi?'

Dia menulis sebuah nota dan meletak di atas bantal isterinya.
Nota itu tertulis: "Tolong kejut saya pukul 5 pagi. Saya nak ke JB first flight esok."
Dia yakin isterinya akan membaca nota itu dan mengejutkannya. Dia tidur dengan aman.
Apabila tersedar esoknya, hari sudah meninggi. Isterinya tidak mengejutkannya pagi itu.
Semasa dia bingkas bangun untuk mengamuk, dia ternampak satu nota di atas bantalnya.
Nota itu tertulis:
"Bang, bangun bang! Dah pukul 5 pagi, nanti terlepas first flight."

p/s: Jangan sombong dengan orang yang selalu menolong kita.

No comments: