10 June 2011

Ada apa dengan nama? Part 2

"Berjaya Hills Resort tu apa?" Tanya suami saya sewaktu memandu pulang ke Kelantan.Sebuah signboard di sebelah kiri memaparkan nama resort tersebut sewaktu melalui Lebuhraya Karak.

"Resort yang dimiliki oleh Kumpulan Berjaya. Syarikat judi Berjaya Sports tu la." Jawab saya.

"Uish, ada resort sendiri ye mereka ni." Ujar suami saya dengan penuh kekaguman.

"Iya, mereka juga mempunyai syarikat insuran, Berjaya Sompo." Saya menambahkan rasa kekaguman suami terhadap syarikat itu.

"Itulah kelebihan nama yang mereka pilih. Nama syarikat mereka BERJAYA. Setiap orang yang lalu lalang jalan ini akan membaca nama syarikat mereka. Sekaligus mendoakan mereka. Walaupun mereka syarikat judi, tapi jutaan orang menyebut nama syarikat mereka. Akhirnya mereka betul-betul berjaya." Ulas saya panjang lebar.

"Itulah kuasa nama. Jadi kita perlu menamakan syarikat kita dengan nama-nama yang sekaligus mendoakan."

"Yup, contoh lain, Teguh Tawakal, Syarikat hardware dekat kampung saya. Contoh lain, al Faiz Agensi. Encik Zul sudah jadi jutawan dah." Balas saya.

"Jadi apa nama syarikat kita?" Soal suami saya.

"Er, Natrah Comel Jutawan SDN BHD. Ok tak?"


No comments: