19 July 2011

Ke 3

Alhamdulillah, 15 Julai lepas, genap 28 tahun umur suami. Tahun ke 3 suami menyambut ulang tahun bersama saya. Walaupun kami memang tidak sambut pun. ;)

15 Julai 2009
Suami ke Perak. Ada team building syarikatnya. Saya ke Kelantan. Menyertai sahabat-sahabat 'berdakwah' di sana. Kesibukan menyebabkan kami terlupa hari ulang tahun beliau. Nasib baik, suami seorang sahabat yang juga baru berkahwin, tarikh lahirnya jatuh pada 14hb. Jadi, saya pun baru teringat tarikh lahir suami. haha... zalim juga. Sahabat itu menempah dan mengirim kek secara online ke pejabat suaminya. Saya? hehe... Suami tiada di pejabat, jadi, tidak dapat mengikut jejak sahabat itu.
Saya membelikan sehelai kameja sebagai hadiah.


15 Julai 2010
Saya berpantang di kampung. Suami berada di Bangi. Hanya ucapan dari jauh. hehe...
"Bukan penting pun. Hanya tarikh yang menambahkan angka dalam borang dan perhitungan usia. Tidak perlu disambut dan diraikan." Prinsip kami berdua. Memang sejak kecil kami tidak diajar menyambut hari lahir. Namun, apabila masuk ke sekolah, kawan-kawan sebaya begitu beria-ria menyambut, jadi terikut juga. Saya agak kecewa, tiada apa untuk dihadiahkan kepada suami.
Tapi menghadiahkan seorang anak, kurniaan Allah SWT. Alhamdulillah...

15 Julai 2011
Suami perlu outstation ke Pulau Pinang. Saya sebagai suri rumah bertauliah, mengikut sajalah. Lagipun, memang dah dekat dengan kampung mertua di Sg Petani. Kami tidak meraikan juga. Saya teringat kata-kata suami beberapa minggu lepas.
"Kita sambut hari raya Aidilfitri dan Aidiladha saja lah.Sambutan lain itu bukannya penting pun. Hanya gimik orang berniaga untuk melariskan jualan mereka."

Ya, itu yang saya perhatikan. Apabila tiba tarikh sesuatu sambutan contohnya, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Merdeka, etc, golongan peniaga adalah yang paling bersungguh menggalakkan orang ramai meraikannya. Yang berniaga kek, akan menghasilkan kek khas untuk sambutan itu. Yang menjual pakaian, akan membuat pelbagai promosi. Yang berniaga di kedai makan, akan mengadakan pelbagai diskaun. Kemudian, setelah hari itu berlalu, mereka akan meraikan sambil mengira keuntungan. Ops, bukan menyalahkan peniaga. Kerana saya pun berniaga juga. Cuma, pemerhatian saya sahaja. ;)

Nasihat saya: Bersederhanalah. Ingat masa depan.

No comments: