17 August 2011

17 Ramadhan yang akan dikenang...

Ramadhan semakin berlalu. Hari ini 17 Ramadhan. Bersamaan 17 Ogos. Senang nak ingat tarikh Masihi dan Hijrah serentak ;)
Cuti sempena Nuzul Quran. Walaupun dalam hadis dinyatakan al Quran diturunkan pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramdhan, namun di Malaysia telah ditetapkan 17 Ramadhan sebagai tarikh meraikan penurunan al Quran ini. Saya tidak tahu lah pula apa relevennya disambut pada tarikh ini. huhu... Kena mengkaji sejarahnya nih.

Macam-macam cara orang sambut hari Nuzul Quran ni.
Ada yang bertadarus sepanjang hari, Alhamdulillah...
Ada yang tidur sepanjang pagi, Alhamdulillah, tidur satu ibadat.
Ada yang menziarah sahabat-sahabat atau saudara mara, Alhamdulillah... Itu membawa berkat.
Ada yang menonton TV sepanjang hari. Jika rancangan bermanfaat, baguslah.
Ada yang bershoping, menghabiskan bonus, persiapan raya katanya....
Walau apapun kita lakukan, jika niat ibadah, pahala dapat tau.

Ok, suri rumah macam saya? Tiada apa yang istimewa. Cuma hari ini berjaya menembusi talian radio IKIM.fm. Berjaya menjawab soalan kuiz Ramadhan. Seterusnya berjaya mendapat 2 voucher berbuka puasa di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.
Alhamdulillah... Setelah 2 minggu berusaha mendail... Akhirnya, hari ini rezeki saya...

p/s: Sedang memilih hari untuk berbuka di sana.

No comments: