Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

28 September 2011

Akhirnya konvo juga ~Part 2~

9.00 pagi:
Saya melangkah masuk ke Dectar sewaktu perarakan masuk Canselor, NC dan semua VIP. Saya menyelit meminta laluan daripada pegawai-pegawai dan graduan untuk menuju ke kerusi. Sampai di kerusi, lagu Negaraku dan lagu Negeri Sembilan dinyanyikan. Tidak sempat memakai jubah. Saya meminta Fiza berdiri di depan saya, melindungi baju biru saya. Lagipun kami berada di barisan paling hadapan graduan. Saya menyanyikan lagu Negaraku yang sudah bertahun-tahunn tidak dinyanyikan dengan semangat dan 1 perasaan -->lega.
"Fiza, fuh, lega dapat tukar kasut. Tapi peristiwa depan pintu tadi akan aku kenang sampai bila-bila." Saya berbisik kepada Fiza sambil menunjukkan sandal kesayangan.
"Hahaha... Kalau aku ada kat situ, aku akan gelakkan sahaja." Fiza ketawa besar selepas mendengar cerita panjang saya.
"Nanti aku tulis dalam blog, baca ye." Balas saya.

Pengisytiharan sambungan Majlis Konvokesyen oleh Canselor, ucapan NC, dan penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana (Kebudayaan) kepada Mrs Te Ripowai Higgins, dari suku kaum Maori, New Zealand.
Kemudian, barulah majlis penganugerahan Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda kepada graduan FST.
Kami antara orang terawal naik ke pentas.
Naik pentas, langkah mengikut nombor 1,2,3,4 dan 5. tunduk hormat dan ambil skroll.
"Jangan lupa pandang kamera dan senyum." Itu pesan suami. Tapi saya lupa pandang kamera. Senyum sahaja.
Turun dari pentas dan kembali ke kerusi.
"Ok, dah setel. Haha..." SMS kepada suami.
"Ya, Abang nampak kat TV. Hehe..." Balas suami dari Panggung Seni.


Seterusnya kami duk melangut sambil melihat skrin. Seorang demi seorang melangkah ke pentas mengambil skroll. Jika ada orang yang dikenali, bisinglah Fiza mengomel dan mengomen tentang orang itu. Fiza, Fiza..

"Adoi, aku faham perasaan Canselor." Saya mengeluh bagi pihak Canselor ;). Setelah 4 lagu dinyanyikan bagi memberi peluang kepada Canselor berehat.
"Ya, nasib baik aku jadi RO. Kalau aku jadi Canselor, jenuh aku nak bagi skroll kepada beribu-ribu orang ni." Balas Fiza. Graduan sebelah kanan kami pun tergelak sama.

Hampir jam 12 tengahari, selesai penganugerahan ijazah. Kami menarik nafas lega dan bahagia.
Kemudian majlis Anugerah Pelajaran Diraja kepada pelajar terbaik keseluruhan UKM. Menitis air mata apabila biodata beliau dibacakan. Bahagianya ibu bapa beliau mendapat seorang anak yang cemerlang akademik, aktif berpersatuan dan disenangi ramai. Beliau satu satunya anak yang dapat menjejak kaki ke universiti dari keluarga peneroka felda yang susah dan miskin itu. Semoga adik Ainul Basirah terus cemerlang dunia dan akhirat.

Akhirnya jam 12.35 tengahari, kami melangkah keluar dari Dectar. Cepat-cepat saya mencari Ahmad. Dalam dewan tadi, entah berapa SMS saya bertanyakan keadaan Ahmad. Risauu betul. Ini kali pertama saya meninggalkan Ahmad lebih dari 2 jam.

Ahmad ok sahaja. Gembira dapat pusing-pusing Dectar dan bermain dengan papanya.
"Ok, Amad, jom pulang." Melihat kesesakan yang teruk dan ditambah dengan faktor utama--> perut yang lapar, kami terus melangkah pulang. Membatalkan hasrat untuk bergambar.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya selamat menjadi graduan UKM buat kali ke 2. Namun graduan ini masih menganggur! Ops, suri rumah ;)


27 September 2011

Akhirnya konvo juga ~Part 1~


Alhamdulillah... Akhirnya selesai juga majlis konvokesyen semalam. 26 September 2011. Saya coretkan sedikit pengalaman (kronologi) untuk tatapan masa depan.

7.00 pagi.
Kami sekeluarga siap sedia untuk bergerak ke Majlis Konvokesyen UKM sidang 5. Ahmad siap dimandikan walaupun cadangan asal hendak bawa dia yang masih mamai tanpa dimandikan. Suami boleh mandikan Ahmad di masjid UKM.
Tapi Ahmad bangun awal, jadi saya mandikan terus. Bekalan Ahmad siap dibungkus.Harap-harap dia ok di bawah pantauan papanya. ;)

Fiza telefon sewaktu kami melangkah ke kereta.
iv>
"Aku belum bertolak lagi. Mak aku seorang sahaja yang ikut. Suami, mak mertua dan ayah aku tak jadi masuk Dectar. Jadi, tak perlu ambil kad engkau." Fiza melaporkan dari Dengkil.
"Ok, tak apa. Kita jumpa nanti."
Kad jemputan ke Sidang 5. Tiada ahli keluarga saya yang dapat masuk. Jadi, saya hadiahkan kepada Fiza. (Kira hadiah kahwin la kot.)

"Engkau ada kasut lebih tak? Kasut aku ni, tak tahu mana aku letaknya." Suara Fiza cemas.
"Aku ada sepasang sahaja kasut. Itu pun aku tak tahu ok or tak." Saya menjawab sambil memikirkan kasut dalam beg kertas yang saya keluarkan dari stor 2,3 hari lepas. Itu sahaja kasut tertutup bahagian depan yang saya miliki. Kali pertama dan terakhir digunakan sewaktu Majlis Konvokesyen 2007. Selepas itu, ia selamat berada dalam kotak di dalam stor.


7.50 pagi:
Kami sampai di UKM. Setelah menempuh jem yang agak teruk. Itupun setelah mengikut jalan pintas. Suami sempat singgah membeli kuih dan nasi lemak untuk sarapan. Sempatlah saya makan 2 biji kuih dalam kereta sambil menyusu Ahmad. Kami parking kereta berhampiran padang Pavillion UKM. Jauh juga menapak ke Dectar.

8.00 pagi:
Graduan berkumpul di bahagian tepi pintu B Dectar. Saya masih menunggu Fiza dan Fafa. Sementara itu suami ke tandas. Seorang penyambut tetamu memanggil graduan-graduan Sarjana untuk bersiap sedia untuk masuk ke dewan. Fiza sampai dalam kelelahan. Saya menyuruh Fiza masuk terlebih dahulu. Beratur bagi pihak saya. Waktu itu, saya baru mengenakan jubah, topi dan terkial-kial mengeluarkan kasut dari beg kertas. Selepas memakai kasut, mencium Ahmad yang masih terkebil-kebil melihat orang ramai, saya berlari ke pintu. Mengekori Fiza dan Rina. Semua graduan Sarjana FST sedang beratur di bahagian foyer Dectar. Kami terus masuk ke barisan paling hujung. Mungkin itu barisan paling belakang.

8.15 pagi:
Kami diarahkan bergerak untuk perarakan masuk melalui pintu depan. Rupanya barisan yang kami masuk itu adalah barisan pertama. Sementara menunggu untuk pengumuman perarakan masuk, NC UKM datang berbual-bual dengan graduan. Kami bertiga antara yang ditemuramah =). Tapi saya agak malas melayan soalan-soalan NC tersebut, jadi saya membelakangi beliau sambil menelefon Fafa dan SMS suami. Saya tidak bersedia memberitahu: "I am a housewife."

Gambar dari laman web UKM. NC, Rina dan Fiza. Saya berdiri di sebelah Fiza. Nampak tak? ;)
8.30 pagi:
Kami berarak masuk ke Dectar. Fuh, sangat teruja. Rasa sangat bangga. Haha...
Sewaktu melangkah menuruni tangga, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kasut yang dipakai. Tapi langkah tetap diteruskan juga. Apabila mendapat tempat duduk, barisan pertama graduan, saya membelek kasut. Ya Allah, kasut ini sudah terbuka bahagian depannya. Tapak kasut kanan sudah hampir tercabut. Kasut kiri pun mengalami nasib yang sama, cuma ia tidak seteruk yang kanan. Saya mula gelisah. Saya menunjukkan keadaan kasut tersebut kepada Fiza. Tiada solusi dapat dibuat.

Saya SMS suami. Dia mencadangkan saya menukar kasut. Memakai sandal Bata yang selalu saya pakai. Saya berkeras untuk keluar dari Dectar dan meninggalkan majlis. Jika naik ke pentas, kemungkinan kasut itu akan tercabut. Malu besar nanti. Suami saya pula tetap berkeras supaya saya naik mengambil skroll. Mengenangkan suami yang sudah bersusah payah sepanjang minggu ini melayan saya -> mengambil jubah, membeli tudung baru, mengambil cuti untuk menjaga Ahmad dan terpaksa ke pejabat pada hari Ahad untuk menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan hari Isnin. Saya akhirnya setuju untuk naik ke pentas juga.
Saya tertoleh ke belakang tempat duduk. Seorang graduan di barisan belakang saya juga memakai sandal biasa. Ok, ia menguatkan semangat saya untuk menukar kepada sandal.

Suami saya akan hantar sandal Bata kesayangan ke pintu tepi untuk saya tukar. Saya meminta izin dari seorang petugas untuk ke tandas.
"Jubah perlu ditanggalkan, tapi topi perlu dipakai." Oh, peluang untuk saya lari meninggalkan majlis ini agak nipis.

Sewaktu menaiki tangga tepi untuk ke tandas, seorang petugas memberitahu arah ke tandas, "Jalan terus, belok kiri."
Saya mengangguk sambil tersenyum.
Namun seorang lagi petugas/ pegawai UKM nampak langkah kaki saya yang kekok dan tapak kasut yang hampir tertanggal. Beliau bertanya, "Mahu menukar kasut ye? Ada orang yang akan hantar kasut lain?"

"Ya, ada, suami saya." jawab saya dengan kelegaan. Rupanya semua pintu telah ditutup, tiada orang yang boleh masuk atau keluar lagi.
"Ok, awak telefon dia, suruh datang sini. Apabila dia sudah datang, minta pengawal bukakan pintu."
Saya segera mengangguk dan menelefon suami. Meminta suami ke pintu lobi A. Di bahagian luar, orang ramai yang tidak sempat masuk kerana terlewat, mengetuk-ngetuk pintu dan melambai ke arah saya. Minta untuk dibukakan pintu. Patutlah pegawai-pegawai itu menjauh dari pintu, rupanya supaya tidak rasa bersalah.
Ya Allah, serba salah dibuatnya. Mereka marah-marah kerana tidak dapat masuk.
Akhirnya suami muncul sambil mengelek Ahmad dan membimbit 2 buah beg. Kesian sungguh dia.
Saya memanggil pengawal, meminta untuk dibukakan pintu. Pengawal ingin membuka pintu pertama, orang ramai terus menyerbu ke arah pintu tersebut sambil menunjukkan kad jemputan masing-masing. Pegawai-pegawai yang berdiri berhampiran saya menggelengkan kepala.
"Tidak boleh buka pintu ini. Minta suami awak ke Panggung Seni. Tukar kasut di sana."
"Saya keluar boleh tak?" Soal saya.
"Tak boleh, nanti orang luar menyerbu masuk."
Pengawal bergerak pintu ke 2. Pintu itu dibuka. Orang ramai bersedia untuk masuk.
"Siapa yang hendak hantar kasut? Dia sahaja dibenarkan masuk." Pengawal menjerit dengan tegas.
Suami saya terselit di tengah-tengah orang ramai. Tidak dapat bergerak ke depan. Dia hanya mampu menghulurkan kasut saya kepada orang-orang di depan pintu, akhirnya, sandal Bata saya yang berusia 1 tahun 4 bulan itu (usia ia dibeli) selamat saya pakai. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan pengawal yang membantu, saya melangkah ke dalam dewan.

Kasut yang tercabut tapak itu? Saya campakkan ke dalam tong sampah tepi pintu.

23 September 2011

Pesta Konvokesyen UKM ke 39

Malam tadi ke perasmian Pesta Konvokesyen UKM...

Kami keluar dari rumah lepas Isyak, ke Hentian Kajang untuk beli tiket balik kampung dulu. Kemudian terus ke UKM. Kami sampai di tapak pesta sewaktu Canselor sedang melawat booth pameran dan kemudian santap. Sambil diiringi persembahan tarian oleh artisukma. Jadi terlepas acara sebelum itu. Oleh kerana Canselor sedang santap, kami pun berjalan-jalan untuk mencari bahan santapan juga. ;) (Sebenarnya malas nak menyaksikan tarian yang bernama SATU itu.

Berjalan-jalan 'melawat  dan menilai' booth-booth bersama Cik Hazwani dan Sis Aflah. 'Melawat dan menilai' --> sebab poket kosong.
Ahmad Nasih pula tertinggal dengan papanya dekat pentas utama. Teruja dengan tarian dan lampu yang lip lap itu. Tidak mahu berganjak pun.  Adoii, boleh rosak bakal ustaz dan al-hafiz ni.

Saya terbeli 2 helai busha untuk Ahmad Nasih. Hendak beli baju untuk diri sendiri, tapi poket nipis ;)
Kami melangkah pulang sewaktu lagu Negaraku dinyanyikan. Kami tetap melangkah walaupun orang lain berhenti berjalan dan aktiviti mereka.
Dalam hati berkata sinis, "Alangkah bagus jika semua menghormati bacaan al Quran dan azan sepertimana mereka menghormati lagu Negaraku."

Tentatif Pesta Konvokesyen UKM ke 39



22 September 2011

Konvokesyen

Setelah yuran dijelaskan dan jubah telah diambil, saya masih berkira-kira.
RM135 dan jubah ungu itu.

Setelah 4 tahun lebih mengharungi susah payah bagi menyelesaikannya.
2007-2010.

Saya masih belum menetapkan keputusan.
Untuk masuk mengambil sekeping ijazah di atas pentas Dectar.

Tapi hari ini saya menitipkan pesan kepada suami supaya mengambil cuti.
Andai terbuka hati untuk bersama-sama sahabat yang lain bergraduasi Isnin nanti.

Walauapapun, jemput hadir ke Pesta Konvokesyen UKM yang ke 39.
Tahniah kepada semua graduan UKM...