Showing posts with label Ulasan novel. Show all posts
Showing posts with label Ulasan novel. Show all posts

30 March 2011

Karipap karipap cinta


Novel ini saya beli ketika sesi lawatan ke Syabab, PKNS Bangi. Masa itu, hendak membeli buku lain, tapi sempat juga sambar novel ini. Sebab pernah baca previu dalam blog sapa ntah. K Suri kot. Kemudian terjumpa pula artikel yang menyatakan novel ini akan diadaptasikan jadi filem. Mesti best kan?

Ini adalah karipap

Owh, saya suka novel ini. Bahasanya santai, ada unsur suspen, kadang-kadang tidak logik dan yang penting kelakar. Watak Sarah (heroin) boleh terbayang-bayang di mata saya. Saya membayangkan orangnya seperti gambar pada kulit depan la. Haha...

Ditulis oleh Nazri M. Anuar. Heronya nama Ali. Seorang jurugambar sebuah syarikat penerbitan yang meminati Sarah. Ali berusaha memikat Sarah sehingga terpaksa menipu pernah belajar di Mesir. Mahasiswa al-Azhar Universiti. Penipuan ini membawa kepada beberapa peristiwa lucu bagi menutup kisah penipuannya. Moral of  the story, setiap orang ada karakter tersendiri, memerlukan teman hidup yang dapat melengkapkan kekurangan diri, Jadi, terimalah diri seadanya dan carilah pasangan yang bukan sahaja membahagiakan kita di dunia, tetapi dapat membimbing kita ke negeri yang kekal abadi.

Ok, itu sahaja komen saya pasal novel ini. Hendak tahu lebih lanjut, dapatkan sendiri. Haha..

Dengar cerita, ia bakal difilemkan. Namun, saya agak kurang senang jika cerita novel itu difilemkan, didramakan atau dijadikan dalam bentuk lakonan. Entah kenapa, watak pelakon itu mesti tidak kena di mata dan hati saya. Saya pernah menyaksikan drama yang diadaptasi dari novel. Watak hero, heroin dan watak-watak lain macam tidak menepati ciri dan personaliti dalam novel.
Yelah, yelah, siapalah saya. Kalau bagi watak itu pada saya, HANCUR!


18 February 2011

Cinta Sufi

Minggu lepas, hampir seminggu saya memperuntukkan masa membaca novel ini. Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid. Sekuel Bagaikan Puteri. Sejak ada anak, ini adalah novel pertama yang saya baca. Ops, maksud saya novel yang mempunyai unsur cinta manusia dan ketebalan melebihi 300 mukasurat. Al maklumlah, tidak sempat. Buku ini pun hampir seminggu baru selesai. Sambil berebut dengan Amad.


Novel ini sambungan dari novel Hijab Sang Pencinta. Buku ke empat. Semuanya telah saya baca. Tapi buku cinta sufi ini agak terlewat baca. Kekangannya? hehe... Ongkos untuk membeli bahan bacaan telah dicatu. Hanya yang bermanfaat untuk kami bertiga sahaja dibenarkan. Tapi sungguh. Jika anda membaca buku ini. Anda rasa tidak rugi. Hampir setiap muka surat diingatkan untuk mengingati Allah. 


Buku ini sangat mengujakan bagi saya. Gabungan elemen sejarah sewaktu kejatuhan empayar Melaka diselitkan dalam plot-plot yang begitu menarik. Seolah-olah peristiwa itu betul-betul wujud dan berlaku. Tabik hormat kepada Tuan RAM.


 Namun, apa yang saya tidak suka adalah, demi mengislamkan seorang, ramai nyawa yang terkorban. Bagi saya, biarlah mereka yang lain itu terus hidup, sempat menikmati  keindahan Islam dan dapat menyebarkan Islam ke seantero dunia. Itu pendapat saya sahaja. Yelah, yelah. Ini hanya cerita. teremosi pula. hehehe..


Bagi yang belum mendapatkan novel ini, jom dapatkan. Boleh berjumpa dengan Hang Tuah, Hang Kesturi, Panglima Awang Bagan dan ramai lagi selain dari Yang Mulia Catalina dan Laksamana Sunan. Eh, macam promoter pula. ;)


12 October 2010

Negeri 5 Menara: Dari kaca mata tebal saya

Bismillahirrahmnairrahim...

Alhamdullillah...
Selesai sudah membaca novel Negeri 5 Negara. Sangat mengujakan. Tapi terpaksa mengambil masa hampir 2 minggu untuk menghabiskan bacaan. Sibuk dengan urusan rumah tangga. Maklumat, review dan komen2 yang lain boleh jenguk di sini.

Saya cuma nak mengulas dari sudut saya, seorang ibu, seorang pelajar (dari dalam buaian hingga liang lahad), seorang anak dan dari seorang yang berkaca mata tebal.

Buku ini sangat mengesankan, menyentuh hati (touching) dan boleh dijadikan sumber rujukan. Oleh siapa? Semua orang layak membacanya... Cerita dari pihak pertama iaitu seorang pelajar pondok yang menempuh susah senang mendapatkan ilmu. Menginsafkan.

Banyak part yang menyentuh hati, kalbu dan boleh menyebabkan menitis air mata tanpa dipinta (cewah).
Part yang paling terkesan bagi saya adalah apabila Baso, salah seorang ahli Sahibul Menara memecahkan rahsianya yang begitu beria menghafal al-Quran. Sebabnya: beliau ingin memberikan 'jubah kemuliaan' kepada kedua arwah orang tuanya yang tidak pernah ditemui. Beliau hanya berbekalkan sekeping gambar hitam putih.
'Jubah Kemuliaan'? Ya, itulah niat hati seorang anak yatim. Memberi syafaat kepada kedua orang tuanya di hari akhirat kelak. Sudah tiada peluang untuk berbakti, katanya. Hanya dengan menghafal al-Quran akan membantu ibu bapanya nanti.

Erm, di mana tahap kita untuk membantu ibu bapa kita kelak? Di hari tiada apa yang dapat menolong. Hanya amal bakti.

Dalam buku ini, cukup banyak kata-kata, perlakuan, teknik belajar dan pedoman yang boleh dijadikan inspirasi.
Antara patah-patah perkataan yang dijadikan pegangan mereka:

Ikhlaskan ya, Akhi
Man Jadda Wajada
Innallah Maa'na

Setiap bait-bait kata yang mengesankan dari Kias Rais terasa menusuk kalbu.
Kaedah-kaedah belajar yang mementingkan praktikal. Akan saya praktikkan dalam mendidik pewaris kami. InsyaAllah...

Mungkin sukar mencari pondok sebaik yang diceritakan dalam novel ini...
Hanya bahasa Arab dan Inggeris sahaja digunakan dalam perbualan harian.
Setiap kesalahan terus dihukum.
Sangat membudayakan ilmu.
Mempraktikkan apa yang dipelajari terus dalam kehidupan di sekolah.
Guru-guru mengajar tanpa gaji! Hanya pahala yang diharap!

Memang sukar membina sistem pendidikan seperti ini di zaman sekarang. Ya, amat mustahil di Malaysia ini.
Namun, tidak salah kita mencari dan membina pondok seperti ini di rumah kita sendiri. Mulakan dengan mendidik anak-anak kita, mad'u kita, insan-insan terdekat dengan kita dan yang paling penting dan utama, DIRI sendiri.

p/s: Dapatkan naskah anda dan komen di sini. Berkongsi pandangan dengan saya. Nak pinjam dengan saya pun boleh.


Kita hanya hambaNya...