12 October 2010

Negeri 5 Menara: Dari kaca mata tebal saya

Bismillahirrahmnairrahim...

Alhamdullillah...
Selesai sudah membaca novel Negeri 5 Negara. Sangat mengujakan. Tapi terpaksa mengambil masa hampir 2 minggu untuk menghabiskan bacaan. Sibuk dengan urusan rumah tangga. Maklumat, review dan komen2 yang lain boleh jenguk di sini.

Saya cuma nak mengulas dari sudut saya, seorang ibu, seorang pelajar (dari dalam buaian hingga liang lahad), seorang anak dan dari seorang yang berkaca mata tebal.

Buku ini sangat mengesankan, menyentuh hati (touching) dan boleh dijadikan sumber rujukan. Oleh siapa? Semua orang layak membacanya... Cerita dari pihak pertama iaitu seorang pelajar pondok yang menempuh susah senang mendapatkan ilmu. Menginsafkan.

Banyak part yang menyentuh hati, kalbu dan boleh menyebabkan menitis air mata tanpa dipinta (cewah).
Part yang paling terkesan bagi saya adalah apabila Baso, salah seorang ahli Sahibul Menara memecahkan rahsianya yang begitu beria menghafal al-Quran. Sebabnya: beliau ingin memberikan 'jubah kemuliaan' kepada kedua arwah orang tuanya yang tidak pernah ditemui. Beliau hanya berbekalkan sekeping gambar hitam putih.
'Jubah Kemuliaan'? Ya, itulah niat hati seorang anak yatim. Memberi syafaat kepada kedua orang tuanya di hari akhirat kelak. Sudah tiada peluang untuk berbakti, katanya. Hanya dengan menghafal al-Quran akan membantu ibu bapanya nanti.

Erm, di mana tahap kita untuk membantu ibu bapa kita kelak? Di hari tiada apa yang dapat menolong. Hanya amal bakti.

Dalam buku ini, cukup banyak kata-kata, perlakuan, teknik belajar dan pedoman yang boleh dijadikan inspirasi.
Antara patah-patah perkataan yang dijadikan pegangan mereka:

Ikhlaskan ya, Akhi
Man Jadda Wajada
Innallah Maa'na

Setiap bait-bait kata yang mengesankan dari Kias Rais terasa menusuk kalbu.
Kaedah-kaedah belajar yang mementingkan praktikal. Akan saya praktikkan dalam mendidik pewaris kami. InsyaAllah...

Mungkin sukar mencari pondok sebaik yang diceritakan dalam novel ini...
Hanya bahasa Arab dan Inggeris sahaja digunakan dalam perbualan harian.
Setiap kesalahan terus dihukum.
Sangat membudayakan ilmu.
Mempraktikkan apa yang dipelajari terus dalam kehidupan di sekolah.
Guru-guru mengajar tanpa gaji! Hanya pahala yang diharap!

Memang sukar membina sistem pendidikan seperti ini di zaman sekarang. Ya, amat mustahil di Malaysia ini.
Namun, tidak salah kita mencari dan membina pondok seperti ini di rumah kita sendiri. Mulakan dengan mendidik anak-anak kita, mad'u kita, insan-insan terdekat dengan kita dan yang paling penting dan utama, DIRI sendiri.

p/s: Dapatkan naskah anda dan komen di sini. Berkongsi pandangan dengan saya. Nak pinjam dengan saya pun boleh.


Kita hanya hambaNya...

2 comments:

sis_aflah said...

salam cik puan,

kisah baso tu memang sangat menyentuh hati...tapi kan tu bukan cerita sebenar..hehe

apa pun, fuadi memang berbakat menulis cerita yang buat air mata menitis..huhu

nm_mn said...

k dilah, harap dapat menulis seperti dia...