07 October 2010

U.F.O

UFO. Satu istilah yang biasa di dengari. Bunyi pelik dan sentiasa menarik minat. Maksud UFO itu ialah Unidentified flying object. Atau dalam Melayunya, objek terbang yang tidak dikenalpasti. UFO adalah terma yang digunakan kepada suatu benda yang muncul di ruang udara dan tidak dapat dikenalpasti dengan segera oleh pemerhati.Mengikut cerita yang saya baca dan tengok, UFO ini bentuk seperti piring terbang dan cembung kat tengahnya. Macam gambar kat bawah ni kot.


Berita BERNAMA semalam melaporkan kehadiran UFO di ruang udara negara China dan menyebabkan beberapa lapangan terbang di negara itu terpaksa membatalkan penerbangan mereka. Ini bagi mengelakkan kapal terbang terlanggar UFO itu.


Awal tahun ini juga, beberapa penduduk di daerah Klang mendakwa melihat objek yang digelar mereka UFO. Objek itu dilihat di sekitar Sri Andalas selama 3 malam berturut-turut. Suatu waktu dulu, pernah juga mendengar UFO mendarat di Malaysia. Di Banting. Kampung kawan saya.


Apa yang peliknya dengan UFO ini? UFO dikatakan membawa makhluk alien yang berbentuk pelik dari planet lain. Dari luar bumi ini. Ia menimbulkan kepelikan dan inkuiri orang ramai kerana makhluk alien ni tidak seperti manusia.


Walau apapun cerita tentang UFO, alien atau makhluk-makhluk seumpamanya, ia tidak mustahil.

Allah berupaya mencipta semua makhluknya. Dari makhluk secomel dan  sekecil langau yang berupaya mengganggu fokus kita sehingga ke makhluk sebesar raksasa yang selalu dikalahkan oleh Ultraman. Alam ini terlalu luas, pelbagai jenis penghuninya, samada yang dapat dilihat dengan sepasang biji mata kita, yang tidak dapat dilihat walaupun disangkutkan dua kanta di depan mata melalui bantuan telinga, yang dapat dilihat menggunakan teleskop, stetoskop, dan semua skop-skop yang lain.


Jom layan video di bawah.



Hayati kebesaran Tuhan yang maha Agung. Siapalah kita...
Hanya makhluk berkaki dua yang cepat lenguh apabila berjalan jauh.
Hanya makhluk bermata dua yang kadang-kadang rabun.
Hanya makhluk yang mempunyai hidung yang kadang-kadang tersumbat dek hingus.
Hanya makhluk yang berpipi tersorong-sorong yang ditumbuhi jerawat...
dan
macam-macam lagi.
jadi, usah sombong....

Kita hanya hambaNya...

No comments: