Showing posts with label ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label ulasan buku. Show all posts

24 September 2011

Rumahku Ofisku


Buku ini saya beli di Kedai Buku Banggol, sebuah kedai buku kegemaran saya di Kuala Krai. Sewaktu tercari-cari buku yang sesuai untuk dihadiahkan kepada sepupu sempena perkahwinannya, saya terpandang buku ini. Sebenarnya, sudah beberapa kali melihat buku ini sebelum ini. Cuma kali ini saya terus membelinya tanpa berfikir panjang.

Buku nipis dengan 127 halaman ini ditulis oleh seorang suri rumah yang berkerja dari rumah. Sejak 2003. Pelbagai panduan seperti:
Tips bekerja dikelilingi anak-anak.
Tips mengatasi tekanan dan rasa rendah diri.
Tip berhadapan dengan cabaran bekerja dari rumah.
dan banyak lagi....

Membaca buku ini dari bab ke bab, dari halaman ke halaman, seolah-olah membaca pengalaman dan kisah hidup saya sendiri. Namun, banyak tips yang sangat berguna boleh diambil dari buku ini.
Fuhh, semakin bersemangat meneruskan kehidupan sebagai suri rumah di samping kerja-kerja sambilan.

Semoga berjaya dan rajin sokmo MamaNasih!

p/s: Sedang berusaha menjadikan rumah sebagai ofis... huhu

23 September 2011

Celik Mata dan Jiwa

Buku pertama dari Prof. Dr Muhaya Muhammad

Buku ini saya dapat percuma. Dari penulisnya sendiri. Alkisahnya, kami diundang berbuka puasa di rumah beliau pada tanggal 14 Ogos dulu. Dengan sangat teruja saya dan keluarga pergi. Maklumlah, tak pernah bersua muka walaupun setiap hari rabu saya mendengar coletah dalam radio IKIM.
Sewaktu berbuka puasa sempat juga saya berbual mesra dengan Prof. Beliau hanya tergelak apabila saya menyatakan, "Saya pendengar setia slot Islam Itu Indah dalam radio IKIM setiap pagi rabu."

Selepas solat terawih, Prof Muhaya memberikan sedikit perkongsian kepada kami. Tentang tips mendidik anak dan pergaulan dengan orang sekeliling. Beliau menghadiahkan kami, buku Celik Mata dan Jiwa ini sebelum kami melangkah pulang, disamping nasi Arab yang enak ;)
Kami adalah antara yang pertama menatap buku ini kerana ia baru sahaja siap dicetak.

Sebenarnya buku ini adalah kompilasi soal jawab persoalan yang sering ditanya kepada Prof. Persoalan mengenai permasalahan kehidupan, keluarga, perkerjaan, konflik diri dan pelbagai lagi. Sangat bagus dimiliki untuk dijadikan panduan kehidupan.
Bagi yang sentiasa mengikuti slot Prof samada melalui radio, TV atau media lain, pastinya biasa mendengar persoalan dan jawapan dari Prof ini.

18 August 2011

Travelog Ramadhan


Buku ini saya terima pada 29 Julai 2011. Dikirim dari Sarawak oleh penulisnya, Tuan Shahrul Nizam Junaini.
Kosnya? Percuma.
"Hadiah daripada penulis kepada editor."
Hehe... Ini buku pertama saya edit. Diterbitkan oleh PTS.
Setelah buku berada di tangan, saya membelek dan memperhati setiap baris dan ayat.
Aduh, ada kesalahan ejaan di beberapa tempat. Ada ejaan yang salah, saya tidak nampak sewaktu mengedit. huhu... Sangat sedih juga. Pohon maaf kepada penulis, pembaca dan PTS.

Buku ini mengisahkan pengalaman peribadi Tuan Shahrul Nizam sepanjang Ramadhan yang telah berlalu. Bahasa sangat santai dan banyak kisah yang boleh dijadikan panduan. Dapatkannya segera ye. Masih belum terlambat. ;)
Semoga ramadhan tahun ini yang terbaik.

04 July 2011

Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Julai. Separuh tahun sudah berlalu. Bagaimana? 
Masih tenang dengan situasi kewangan anda? 
Simpanan semakin bertambah atau berkurang?
Pinjaman semakin berganda atau menyusut?
Perbelanjaan bulanan makin menghimpit?

Beberapa minggu ini, saya dan suami kerap berbincang tentang situasi kewangan kami. Merancang dan berkira-kira. Ingin menambah aset, namun situasi masih belum memberi ruang. 
Apabila ke kedai buku Sabtu lepas, suami saya mencapai buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Karya Tuan Shamsuddin Kadir. Membelek isinya dan terus membeli. Kali pertama saya melihat suami saya membeli buku dengan penuh yakin. Selalunya, saya yang suka mencapai buku dan terus beli.

Sewaktu singgah di surau berhampiran, sementara menunggu waktu Maghrib, suami saya sudah tidak sabar-sabar membaca buku ini. Sambil tergelak-gelak dan tersengih-sengih dia membelek-belek  bab demi bab.


"Kenapa tergelak?" Soal saya sambil membelek Solusi isu 33.
"Hehe... Kisah ini. Sama dengan situasi Abang. Mula-mula tidak mahu kad kredit, kemudian ambil sebab ia percuma. Simpan lama sebelum digunakan. Tapi sekarang dah guna dengan kerap."
"Terkena batang hidung yek?"

Jika anda pun mengalami situasi ini, elok sangatlah dapatkan buku ini. Semoga hidup kita tenang sentiasa. 

Antara bab dalam buku ini?
-Tidak Banyak Hutang
- Kenapa Kita Berhutang?
- Jenis2 Pinjaman
- Kenapa Hutang Tidak Habis?
- dan pelbagai tips untuk mengelak dari hutang-hutang.