Tiba-tiba rasa ingin berkongsi di sini tentang amalan sunat, Solat DHUHA.
Ia adalah solat sunat yang dilakukan seorang muslim ketika waktu dhuha. Waktu dhuha adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya matahari (waktu syuruk) hingga sebelum wakt Zuhur. Senang cerita, saya selalu lakukan antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Jumlah rakaat solat dhuha biasanya 2, 4, 8 atau 12 raka'at. Dan dilakukan dengan 2 raka'at sekali salam.
Masjid Negeri P Pinang. (Gambar hiasan semata-mata) |
Sebenarnya, selepas solat, atau dalam sujud terakhir, boleh baca doa apapun, dalam bahasa Melayu lagi baik. Sebab kita faham kan?Doa yang biasa dilafazkan oleh Rasulullah selepas solat Dhuha adalah:
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, dan perlindungan itu, perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."
AL WAHHAABU: Ertinya Yang Sangat Memberi.
Khasiatnya: Barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang Dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AL WAHHAABU: Ertinya Yang Sangat Memberi.
Khasiatnya: Barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang Dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AL BAASITHU: Ertinya Maha Melapangkan.
"
No comments:
Post a Comment