14 January 2011

Walaupun namamu 'dustbin'

Walaupun namamu dustbin, namun ia bukan bermaksud untuk mengumpul habuk (dust).
Maksud saya, mengumpul habuk di atas penutupnya.
Gambar contoh
Amad suka merangkak bilik air, jika mendengar bunyi air dugunakan atau jika ada orang di dalamnya. Jika gagal masuk ke bilik air, kerana pintu tertutup, perhatiannya beralih ke tong sampah di tepi pintu bilik air. Amad akan menekan-nekan pedal tong sampah pijak itu. Penutupnya akan terbuka. Itu satu hiburan kepadanya. Namun, saya akan cepat-cepat mengangkatnya dan membasuh tangannya.

Jadi hari ini, saya basuh dan sental tong sampah itu. Selama ini, saya abaikan tong sampah itu. Sedangkan dari hari ke hari ia mengumpul habuk dan pelbagai jenis kuman bakteria. Yang pastinya ia bakal memudaratkan Amad. Lebih-lebih lagi, setiap hari mendengar khabar anak-anak sahabat yang mendapat penyakit berpunca dari habuk.
So, suri-suri rumah, bersihkan tong sampahmu...;-).
Dan seluruh rumahmu...


No comments: