Daun stevia digunakan di dalam produk Kopi Radix Diet. Daun stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis.
Daun stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang.
Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam.
Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka.
Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.
Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus.
Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun.
Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.
Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos.
Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Sekian sahaja, artikel ini dipetik dari sini
Hendak dapatkan produk-produk yang menggunakan daun Stevia?
Jom klik di sini
14 December 2010
Khasiat Daun Stevia
Label:
khasiat stevia
Hanya seorang HAMBA ALLAH yang lemah, ISTERI yang mendamba redha suami, IBU yang berusaha terbaik buat anak, ANAK yang sering alpa, SAHABAT yang amat kekurangan nilai diri. Mengharap teguran dari anda semua...
12 December 2010
Uda dan ...
Cerita ini saya dapat dalam satu forum.
Jom layan...
Pada suatu ketika, hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Uda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.
Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu sangat cerewet.
Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Uda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Uda supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya Uda pun termakan oleh kata-kata tetangganya. Dia memikirkan cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.
Suatu hari Uda mengajak isterinya berjalan-jalan ke dalam hutan. Ketika melalui bahagian belakang sebuah kuil tua, Uda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka dia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar berdekatan perigi itu. Lantas dengan pantas Uda menolak isterinya itu masuk ke perigi.
Isterinya jatuh ke dalam perigi tersebut.
Sepuluh minit pertama Uda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini dia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.
Sepuluh minit kedua, Uda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Uda kembali menuju perigi buta tersebut. Dia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.
Begitu terkejutnya Uda kerana yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.
Uda lantas bertanya, "kenapa kamu yang naik?"
Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."
p/s: Uda adalah nama rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa yang digelar Uda ;-)
Label:
Cerpan
Hanya seorang HAMBA ALLAH yang lemah, ISTERI yang mendamba redha suami, IBU yang berusaha terbaik buat anak, ANAK yang sering alpa, SAHABAT yang amat kekurangan nilai diri. Mengharap teguran dari anda semua...
09 December 2010
6 bulan
Alhamdulillah...
Anak bujang saya sudah genap 6 bulan hari ini. Syukur...
Membesar dengan sihat. Rasa macam baru je lahirkan dia.
Jom layan gambar.
Sekarang Amad dah pandai merangkak. Jenuh mama nak mengutip dia. Haha...
Semoga Ahmad sihat sokmo.
Semoga mama tabah dan teguh dengan pendirian.
No solid food yet. Just BF for Ahmad Nasih.
InsyaAllah...
Anak bujang saya sudah genap 6 bulan hari ini. Syukur...
Membesar dengan sihat. Rasa macam baru je lahirkan dia.
Jom layan gambar.
Hari pertama Amad mengenal dunia. Hati mama berbunga riang. |
7 hari. Majlis cukur jambul. Cukup suka tidur. |
Amad dan papa. Amad memang tak suka tengok kamera. Haha.. |
Umur 2 bulan. merenung masa depan. Tengah fikir kerjaya akan datang. |
Amad nak pi jejalan. |
5 bulan. Masa program seminar 3K. Muka boring dengar ceramah yek? |
Semoga Ahmad sihat sokmo.
Semoga mama tabah dan teguh dengan pendirian.
No solid food yet. Just BF for Ahmad Nasih.
InsyaAllah...
Label:
Nasih
Hanya seorang HAMBA ALLAH yang lemah, ISTERI yang mendamba redha suami, IBU yang berusaha terbaik buat anak, ANAK yang sering alpa, SAHABAT yang amat kekurangan nilai diri. Mengharap teguran dari anda semua...
08 December 2010
Bertukar...
Semalam, semua orang cerita pasal hijrah...
Oh, Selamat tahun baru 1432H. Semoga dalam kasih sayang Allah SWT sokmo.
Awal hijrah saya tahun ini dimulakan dengan perubahan nombor telefon dan telefon bimbit. Sebabnya, telefon bimbit saya tercicir ahad lepas. Terpaksa beli telefon baru dan nombor baru. Sebab ada program urgent yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Jadi perlukan satu nombor untuk berhubung. Tapi nombor lama akan digunakan juga. Nanti akan dikhabarkan. Kepada sahabat-sahabat yang masih belum ketahui nombor saya, sila berhubung dengan saya melalui FB. heheh..
Ramai yang bertanya, macam mana boleh hilang atau tercicir, bila hilang etc..
Suami saya suruh jawab, "Ore Kelate ambil."
Sebab yang mengambilnya adalah orang Kelantan. Hakikat. Suami saya telefon berkali-kali selepas didapati telefon itu hilang, yang menjawab adalah suaranya. Pemandu teksi yang membawa kami dari Bukit Jalil ke Bangi. Tapi 'beliau' memutuskan talian. Kemudian, tidak dapat dihubungi lagi.
Bukannya saya sayang sangat dengan telefon itu, tetapi kesal dengan sikap 'beliau'.
Doa saya agar telefon itu digunakan untuk ke arah kebaikan. Bagi pada orang susah yang betul-betul memerlukan pun ok juga. Pahalanya saya dapat.
Cadangan saya, sebelum anda menaiki teksi, tanya dulu dengan soalan,
"Pak cik, pak cik solat tak?"

cerita saya
Hanya seorang HAMBA ALLAH yang lemah, ISTERI yang mendamba redha suami, IBU yang berusaha terbaik buat anak, ANAK yang sering alpa, SAHABAT yang amat kekurangan nilai diri. Mengharap teguran dari anda semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)