26 May 2011

Ada apa dengan nama?

"Baby tu akan dinamakan Thaqif" Lapor suami saya sejurus balik dari melawat sahabat baiknya merangkap jiran kami yang baru sahaja menyambut cahaya mata pada awal pagi Selasa. Suami saya ke hospital sendirian kerana kereta kami rosak. Sudah berkali-kali saya menyatakan hasrat untuk ikut melawat, tetapi beliau tetap pergi sendirian. Singgah sekejap sebelum ke pasar malam katanya.

Apabila saya dan suami membincangkan tentang nama-nama anak sahabat kami yang hampir sama, saya teringat sebuah artikel dalam Solusi edisi 31. Artikel yang bertajuk Nama: Identiti Dunia Akhirat. Penulis mengulas mengenai orang Arab Makkah yang dikenalinya di sana. Pemuda arab itu memberi nama anak yang tiada maksud. Bagi mereka, nama hanya sekadar panggilan dan tidak kisah dengan maksudnya.

Jika orang Malaysia pula, sangat prihatin dengan nama anak yang bakal diberikan kepada anak atau bakal anak. Ada yang bergaduh dan tangguh berminggu-minggu sebelum nama anak ditetapkan ;). Sebenarnya, sunat menamakan anak pada hari ke tujuh. Jadi, anak saya, Ahmad Nasih dinamakan pada hari ke 7. InsyaAllah dapat pahala. Namun ada yang sudah mengannouce nama awal-awal lagi. Sebelum bersalin lagi sudah diberitahu kepada semua orang dalam FB ;)

Ada yang telah menetapkan nama anaknya dengan cantik, bermaksud baik, namun dipanggil dengan panggilan yang tiada maksud. Jadi, apa gunanya nama itu? Dengan bangganya mencanangkan nama anaknya itu yang kadang-kadang sampai 4 patah perkataan. Tetapi akhirnya dipanggil dengan satu patah perkataan yang mempunyai 3 huruf.

Nama yang baik adalah doa. Dan doa yang terbaik untuk anak adalah doa ibunya. Jadi, ibu-ibu, berilah nama yang baik buat anakmu dan panggillah dengan nama itu. Moga-moga ia menjadi doa.

Err, untuk ulasan artikel dalam majalah Solusi itu, masih belum terlambat untuk dapatkannya di pasaran.

22 May 2011

Bang, bangun bang!

Sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga sering bermasam muka akibat perbalahan kecil atau selisih faham antara mereka. Pada suatu hari, mereka telah bertelingkah. Si suami membuat cold treatment sebagai reaksi marahnya. Dia tidak menyapa, berbual atau menegur isterinya sejak pulang dari pejabat. Malam itu, si suami tidur awal. Namun, sebelum melelapkan mata, dia teringat, pagi esok dia perlu ke mesyuarat di Johor Bharu. Dia perlu ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan pertama.
Si suami berfikir sejenak, 'bagaimana untuk memberitahu isteriku  supaya mengejutku awal pagi?'

Dia menulis sebuah nota dan meletak di atas bantal isterinya.
Nota itu tertulis: "Tolong kejut saya pukul 5 pagi. Saya nak ke JB first flight esok."
Dia yakin isterinya akan membaca nota itu dan mengejutkannya. Dia tidur dengan aman.
Apabila tersedar esoknya, hari sudah meninggi. Isterinya tidak mengejutkannya pagi itu.
Semasa dia bingkas bangun untuk mengamuk, dia ternampak satu nota di atas bantalnya.
Nota itu tertulis:
"Bang, bangun bang! Dah pukul 5 pagi, nanti terlepas first flight."

p/s: Jangan sombong dengan orang yang selalu menolong kita.

20 May 2011

Petua anak taat

Lama betul tidak menulis di sini. Entah apa yang disibukkan. ;)
Sebenarnya macam tiada idea untuk menulis di sini. Ok, di sini, saya sertakan tips kepada ibu bapa yang berusaha mendidik anak.

Tips supaya anak taat kepada ibu bapa ( Tips dari kelas Darus Syifa)
Ambil wuduk dan tadah airnya dalam besen atau bekas mandian anak. Tambah air lain supaya cukup untuk memandikan anak. Kemudian, mandikan anak dengan air tadahan wuduk tadi. Mulakan dari kaki ke bahagian atas badan. 


InsyaAllah, semoga anak kita taat kepada Allah, Rasulullah dan ibu bapanya.


Tips membentuk dan mendidik anak2 yang degil atau sukar ditangani (Tips dari Dr Tg Hasmadi):


Sewaktu anak tidur atau baru hendak tidur (separa sedar), usap kepalanya dan bisikkan kata-kata positif dan harapan kita terhadapnya.
Contoh: "Ahmad, Mama harap Ahmad akan jadi anak yang soleh, dengar kata Mama dan Papa, taat perintah Allah, suka menolong, etc..." (Contoh je ni)


Lakukan setiap kali dengan harapan kepada Allah yang maha mengabulkan segala doa. Jika anak degil atau agak keras, bacalah Ya Latif (yang Maha Lembut) sebanyak-banyaknya... 


hehehe... banyak lagi tips, nanti saya kongsikan. InsyaAllah.


Tips supaya kita jadi baik, banyakkan membaca bahan bacaan yang baik, agar kita cenderung berfikir perkara yang baik dan melakukan perkara baik. 

09 May 2011

Pengalaman Ke Pesta Buku

Hehe, tajuk karangan sekolah..

Alhamdulillah... dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku di PWTC minggu lepas. Ahad, 24 April 2011. Pada awalnya saya cadang nak pergi bersama En Suami. Tapi En Suami sangatlah sibuk nak kejar date line assignment dan exam pada 30hb pula. Jadi saya menghubungi Cik Puan Put. Put sangatlah setuju untuk pergi bersama-sama. Hooreyyy!

Jam 8.30 pagi, kami berjumpa di stesen minyak Shell. oh ya, lawatan ini juga disertai oleh Ain AR. Dia akan bertugas di booth Pelima Media (harap-harap betul nama ini) dan juga En Ahmad Nasih (sebagai pemantau mama bagi pihak papa). Setelah memenuhkan dompet masing-masing dan mengurangkan kuantiti
simpanan di bank berhampiran, kami bertolak ke PWTC.

Lebih kurang jam 9.15pagi, kami sampai ke destinasi dituju. Kawasan parking agak penuh. Kalau ikutkan jadual, booth2 akan mula dibuka pada jam 10pagi. Tapi kebayaKkan booth sudah mula dibuka dan orang sudah mula ramai. Tapi masih agak senang menyorong stroller Ahmad. Ahmad begitu teruja sekali. haha..

Kami berlegar-legar di ruang legar. Menjenguk-jenguk buku-buku yang diminati. Oleh kerana orang masih tidak ramai, senanglah memilih dan membelek buku. Saya tertarik dengan majalah Anis di booth Galeri Ilmu. RM10 dapat 3 buah dan beberapa merchandise mereka. Majalah yang lama ok. Hajat di hati ingin mendapatkan buku resepi mereka, tapi apabila melihat buku itu terlalu tebal dan berkulit tebal pula, hajat terpaksa dibatalkan. Saya fikir, kalau berubah fikiran, boleh datang sekali lagi ke gerai ini. Put begitu teruja di booth Telaga Biru. Mencari buku yang dihajat. Tapi misinya gagal. Sesekali Amad berdiri di atas stroller. Tolong kemas buku di meja booth yang kami lawati! Haish, hobinya di rumah diteruskan juga di sini walaupun ramai orang ;)
Ahmad di booth Telaga Biru. Letak dekat area kitab tebal-tebal agar dia tak larat angkat buku itu.

Stroller Amad bertukar menjadi troli kami.

Sewaktu merayau-rayau di ruang legar tersebut, seorang petugas Grolier Sdn Bhd menggamit saya. Saya pun terpaksalah mendengar. Sejam juga saya mendengar. Hehe... Dalam hati memang berminat, dah siap isi borang, tapi kena tanya bos kat rumah dulu. Bahan untuk pendidikan anak.

Langkah diteruskan ke tingkat atas. Mencari buku-buku yang berkenan di hati. Tapi kebanyakan booth-booth yang kurang berkaitan.

Kami ke booth PTS dan Ana Muslim di Dewan Tun Hussin Onn. Huish, sangat sesak dan padat. Amad sangat rimas dengan keadaan tersebut. Saya pun tak dapat buku yang dihajati. Buku Khalifah-khalifah yang Benar berjaya saya dapat. Barisan untuk bayar pun ramai orang. Put tolong bayarkan. Saya mencelah keluar dengan Amad. Berehat di luar dewan sambil makan. Bagus juga bawa bekalan.

 Semasa berehat, saya menegur seorang adik yang khusyuk membaca Komik Ana Muslim. Ibunya menjelaskan, harganya RM1 senaskah. Saya dengan nekadnya mencelah ke dalam dewan sekali lagi. Menggunakan pintu keluar yang agak kurang sesak. 11 buah komik Ana Muslim saya capai cepat-cepat. Khusus untuk anak-anak buah di kampung.

Hampir jam 12 tengahari, kami mula menyorong troli buku dan Amad keluar ;)

Jam 1 tengahari selamat sampai di Bangi. Alhamdulillah...
Terima kasih Put,. Tahun depan kita p lagi ek?

P/s: laporan ini sudah lama ditulis. Baru berkesempatan mengpostkan ia. Harap maklum.