"Berjaya Hills Resort tu apa?" Tanya suami saya sewaktu memandu pulang ke Kelantan.Sebuah signboard di sebelah kiri memaparkan nama resort tersebut sewaktu melalui Lebuhraya Karak.
"Resort yang dimiliki oleh Kumpulan Berjaya. Syarikat judi Berjaya Sports tu la." Jawab saya.
"Uish, ada resort sendiri ye mereka ni." Ujar suami saya dengan penuh kekaguman.
"Iya, mereka juga mempunyai syarikat insuran, Berjaya Sompo." Saya menambahkan rasa kekaguman suami terhadap syarikat itu.
"Itulah kelebihan nama yang mereka pilih. Nama syarikat mereka BERJAYA. Setiap orang yang lalu lalang jalan ini akan membaca nama syarikat mereka. Sekaligus mendoakan mereka. Walaupun mereka syarikat judi, tapi jutaan orang menyebut nama syarikat mereka. Akhirnya mereka betul-betul berjaya." Ulas saya panjang lebar.
"Itulah kuasa nama. Jadi kita perlu menamakan syarikat kita dengan nama-nama yang sekaligus mendoakan."
"Yup, contoh lain, Teguh Tawakal, Syarikat hardware dekat kampung saya. Contoh lain, al Faiz Agensi. Encik Zul sudah jadi jutawan dah." Balas saya.
"Jadi apa nama syarikat kita?" Soal suami saya.
"Er, Natrah Comel Jutawan SDN BHD. Ok tak?"
10 June 2011
Ada apa dengan nama? Part 2
Label:
cerita saya
Hanya seorang HAMBA ALLAH yang lemah, ISTERI yang mendamba redha suami, IBU yang berusaha terbaik buat anak, ANAK yang sering alpa, SAHABAT yang amat kekurangan nilai diri. Mengharap teguran dari anda semua...
09 June 2011
1 Tahun
Alhamdulillah, genap setahun usia si kecil kami, Ustaz Ahmad Nasih. Syukur kepada Allah atas rezeki ini. Semoga al Ustaz Nasih terus membesar dengan sihat, kuat dan menyenangkan hati semua.
Berikut dilampirkan gambar-gambar aktiviti al Ustaz Nasih yang terbaru. (gambar low quality- menggunakan telefon bimbit cokia aje).
Berikut dilampirkan gambar-gambar aktiviti al Ustaz Nasih yang terbaru. (gambar low quality- menggunakan telefon bimbit cokia aje).
Ahmad Nasih bangun tidur... Assalamualaikum... |
Beliau sedang menangis |
Acara paling disukai sejak pandai berjalan. Joging di taman. |
Bermain tak ingat dunia. |
Tak nak balik. Jenuh tarik tangan dia, siap main sembunyi balik tiang lagi. |
Memantau situasi luar tingkap. Teruja nak main kat luar rumah. |
Memantau pergerakan orang ramai dan kereta di kawasan parking |
Belajar menggunakan cermin. |
Pantang lepas dari Mama, terus menuju ke arah motor-motor yang tersusun. |
Oh, ini gambar membuktikan Ahmad Nasih ada gigi. Hanya nampak 2 batang bahagian bawah sahaja. |
Label:
Nasih
Hanya seorang HAMBA ALLAH yang lemah, ISTERI yang mendamba redha suami, IBU yang berusaha terbaik buat anak, ANAK yang sering alpa, SAHABAT yang amat kekurangan nilai diri. Mengharap teguran dari anda semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)