20 January 2012

Home School di Malaysia

Bismillahhirrahmanirrahim....

Di tengah-tengah kesibukan menyiapkan tugasan, fikiran menerawang memikirkan mengenai Home School (HS) yang semakin hari semakin diperkatakan dan semakin diterima di Malaysia. Saya sempat meng'google' beberapa website yang berkaitan HS terutama di Malaysia. Perkara ini telah lama saya sedari berlaku. Namun, apabila sudah mendapat cahayamata ini, semangat inkuiri itu semakin membara. Walaupun hanya sempat menjenguk dan meneroka seketika sahaja laman-laman yang bercerita tentang HS ini, hati ini semakin tertarik.

Web yang saya jenguk adalah di sini http://homeschoolmalaysia.wordpress.com/ , http://homeschoolhomefrontier.com/ dan di sini http://mamafiza.com/. Masih belum sempat mengkaji dengan mendalam lagi.
Namun saya utarakan juga post ini bagi mendapatkan pandangan anda...
Saya sangat tertarik untuk melaksanakan HS ini. Namun, pasti banyak halangan dan respon yang bakal saya hadapi nanti. Salah satunya respon dari ahli keluarga terdekat.
Saya sudah utarakan hasrat ini kepada suami beberapa hari lepas.
(p/s:saya sudah ceritakan hal HS ini kepada beliau sewaktu bayi dalam kandungan lagi).
Responnya:
Tidak salahkah dari segi undang-undang?
Mampukah?
Saya menjelaskan dengan panjang lebar dan menceritakan kejayaan-kejayaan yang diterima oleh mereka yang mengamalkan HS ini. (p/s: mendapat tempat di dada-dada akhbar, menjadi tetamu di WHI, TV1 dan rancangan bual bicara lain).
Seterusnya,
Beliau meneruskan pembacaan di skrin komputer. Menyelak-nyelak laman blog-blog yang diminati. Ok, saya akan mencari satu masa yang sesuai untuk membicarakan tentang ini. Dengan lebih serius. Lagipun bayi kami baru berusia 4 bulan. Saya akan tunjukkan bukti-bukti kejayaan orang lain dan respon mereka.
Namun, itu baru respon seorang correspondent (boleh panggil correspondent ke?). Belum lagi respon famili, saudara mara dan masyarakat sekitar. Terutama masyarakat yang terlalu tipikal.
Apabila dah habis belajar di Universiti, perlu kerja. 
Belajar tinggi-tinggi, bertahun-tahun, kena la kerja.
Kalau berada di rumah, menjaga anak, bukan kerja namanya.

Bagi saya, kalau mampu apa salahnya mengajar sendiri anak kita di rumah.  Banyak kelebihan yang saya rasa anda boleh fikir sendiri. Hakikatnya, saya ingin mendidik sendiri anak itu.

Kita hanya hambaNya...