25 February 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Subhanallah..hebatnya Islam.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com


18 February 2011

Cinta Sufi

Minggu lepas, hampir seminggu saya memperuntukkan masa membaca novel ini. Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid. Sekuel Bagaikan Puteri. Sejak ada anak, ini adalah novel pertama yang saya baca. Ops, maksud saya novel yang mempunyai unsur cinta manusia dan ketebalan melebihi 300 mukasurat. Al maklumlah, tidak sempat. Buku ini pun hampir seminggu baru selesai. Sambil berebut dengan Amad.


Novel ini sambungan dari novel Hijab Sang Pencinta. Buku ke empat. Semuanya telah saya baca. Tapi buku cinta sufi ini agak terlewat baca. Kekangannya? hehe... Ongkos untuk membeli bahan bacaan telah dicatu. Hanya yang bermanfaat untuk kami bertiga sahaja dibenarkan. Tapi sungguh. Jika anda membaca buku ini. Anda rasa tidak rugi. Hampir setiap muka surat diingatkan untuk mengingati Allah. 


Buku ini sangat mengujakan bagi saya. Gabungan elemen sejarah sewaktu kejatuhan empayar Melaka diselitkan dalam plot-plot yang begitu menarik. Seolah-olah peristiwa itu betul-betul wujud dan berlaku. Tabik hormat kepada Tuan RAM.


 Namun, apa yang saya tidak suka adalah, demi mengislamkan seorang, ramai nyawa yang terkorban. Bagi saya, biarlah mereka yang lain itu terus hidup, sempat menikmati  keindahan Islam dan dapat menyebarkan Islam ke seantero dunia. Itu pendapat saya sahaja. Yelah, yelah. Ini hanya cerita. teremosi pula. hehehe..


Bagi yang belum mendapatkan novel ini, jom dapatkan. Boleh berjumpa dengan Hang Tuah, Hang Kesturi, Panglima Awang Bagan dan ramai lagi selain dari Yang Mulia Catalina dan Laksamana Sunan. Eh, macam promoter pula. ;)


09 February 2011

Penyusuan yang Sempurna: Antara Sains dan Alquran

Baru-baru ini, para ilmuwan menemukan bahwa makanan sempurna untuk bayi adalah air susu ibu, dan bahwa memberi makan tidak akan lengkap tanpa ibu menyusui bayinya selama dua tahun. Itulah yang dilaporkan Organisasi Kesehatan Dunia di awal abad 20. Sesuatu yang telah dikatakan Al-Qur’an empat belas abad yang lalu.






Para doktor berfikir menyusui bayi hanya hanya memberi kesan psikologis hubungan dengan ibunya dan tidak ada manfaat lebih jauh. Tetapi setelah melakukan kajian selama setengah abad, manfaat besar lainnya untuk menyusui mula diketahui. 


Kekebalan tubuh yang disebut imunoglobulin ditemui dalam susu ibu pada awalnya. Ia memberikan kekebalan tubuh terhadap berbagai bakteria dan virus. Bahkan para ilmuwan menemui bahawa jumlah bakteria dalam usus bayi yang diberi susu lembu adalah sepuluh kali ganda lebih banyak daripada yang ada dalam usus bayi yang diberi susu ibu.
Keuntungan Bagi Anak:
Kekebalan tubuh "imunoglobulin" membantu bayi selama tiga bulan pertama untuk melindungi tubuh dari serangan kuman terus-menerus, bahkan membantunya untuk membentuk dan memperkuat sistem kekebalan sendiri. Beberapa penelitian menunjukkan bahwa sistem kekebalan bayi tumbuh lebih cepat ketika ia diberi susu ibu. Susu ibu juga mengandung unsur kekebalan yang disebut "mucins" yang mengandung banyak protein dan karbohidrat. Zat ini mengikuti bakteria dan virus dan sepenuhnya menghilangkan mereka dari tubuh tanpa kesan sampingan, berbeda dengan ubat-ubatan kimia.
Susu ibu juga memberikan kestabilan psikologi bayi, membantu tidur dan tenang, ia bekerja sebagai analgesik semulajadi terbaik bagi bayi. ASI melindungi bayi dari alergi. Bahaya gizi pada susu lembu, misalnya, hal itu meningkatkan kemungkinan serangan kanser lapan kali ganda.
Keuntungan Bagi Ibu:
Banyak kajian yang dilakukan di tiga puluh negara menunjukkan ibu yang menyusui bayinya kurang terkena kanser payudara.
Rahim melebar dua puluh kali selama kehamilan dan melahirkan. Penelitian menunjukkan menyusui bermanfaat untuk membantu rahim kembali ke ukuran normal. Sebaliknya ibu yang tidak menyusui bayinya ukuran rahimnya tetap lebih dari batas normal. Selain itu, menyusui juga melindungi dari kanser rahim.
Penyusuan semulajadi membantu ibu untuk mengurangkan berat badannya dan melindungi dirinya dari kegemukan. Bahkan ia juga bekerja sebagai analgesik alami rasa sakit bagi ibu juga. Penyusuan susu ibu juga membantu ibu dan anak untuk tidur nyenyak.
Manfaat Bagi Masyarakat
Penyusuan susu ibu tidak mahal berbanding susu botol. Kita mungkin terkejut ketika kita tahu bahawa American Academy for Pediatric menekankan jika Amerika Syarikat mengikuti cara menyusu susu ibu itu akan menjimatkan 3600 juta dolar per tahun.
Penyusuan susu ibu juga memberi impak positif pada alam sekitar, kerana pencemaran terjadi akibat proses pengilangan, pengeringan susu botol/susu lembu, dan sampah yang dihasilkan dari penggunaan susu dan botol.
Tempoh Ideal Untuk Menyusui
Organisasi Kesihatan Dunia dan Organisasi (UNISAF) melakukan banyak penelitian pada bayi, dan mendapat hasilnya mendapati tempoh yang ideal adalah dua tahun. Karena selama dua tahun pertama bayi memiliki keperluan mendesak terhadap susu steril seperti susu ibu, sebagai sistem kekebalan agar ia dapat menghadapi setiap kemungkinan penyakit sebelum dua tahun usianya.
Organisasi Kesehatan Dunia menganjurkan persidangan bertajuk "Makanan Pendamping ASI" pada tahun 2001 dengan kesimpulan sebagai berikut:

  • Dua tahun pertama dari kehidupan bayi adalah jendela kritikal di mana fondasi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat dibangun. Menyusui bayi merupakan kaedah perawatan dalam tempoh ini.
  • Ada keperluan mendesak bagi bayi terhadap kekebalan tubuh untuk mengembangkan sistem kekebalan selama tempoh ini. Tidak dapat ditemui selain dalam susu ibu.
Doktor menekankan bahawa semua jenis makanan tidak cukup bagi bayi selama dua tahun pertama usia bayi, karena bayi menghalami banyak faktor yang mengakibatkan banyak penyakit. Sehingga dua tahun pertama merupakan masa kritis dan sensitif untuk bayi di mana kita harus bergantung pada susu ibu untuk menghindari bahaya ini.
Artikel : www.eramuslim.com