Huda Sakinah Ibrahim dengan pasangan, Suffian (maaf, nama penuhnya saya tidak tahu). Di Masjid Teras Jernang. Jam 3.45 petang, hari Jumaat.
Huda, suami dan ibu serta ayahnya. |
Orang yang saya nampak paling gembira pada majlis itu adalah ayah Huda. Riak wajahnya sangat bahagia. Gembira anak kesayangan telah selamat menjadi isteri orang.
Ini kali pertama saya hadiri akad nikah sahabat yang berpurdah.
Ini kali pertama saya lihat bakal pengantinnya begitu diraikan oleh pihak masjid.
Saya ke sana seawal 2.50 petang. Tapi tiada sesiapa dari pihak lelaki atau perempuan yang telah sampai. Pihak masjid sibuk membuat persiapan. Dengan penuh senyuman. Ustaz Solah, yang bakal menikahkan mereka kehulu kehilir dengan senyuman. Gembira bakal menikahkan seorang saudara baru dan seorang ahli kariah yang sangat disenangi. Huda adalah AJK remaja masjid tersebut. Juga membimbing remaja kawasan Teras Jernang sebagai naqibah usrah.
Barakallah hulakuma wabaroka alaikuma...
Next? Sahabat seterusnya yang bakal dinikahkan oleh Ustaz Solah?
No comments:
Post a Comment