Alhamdulillah... Hari ke hari Ahmad semakin pandai.
10/11/2011
Ahmad angkat dan terbalikkan semua sofa dan sambil sebut "uh, uh."
Adoiii!!
Sebenarnya banyak perkembangan Ahmad yang sangat berguna untuk kami semua dan bakal menjadi berguna untuk bangsa dan agama ;)
Apabila dengar azan, Ahmad cepat-cepat hampar sejadah kecik hijau dia. Angkat takbir "Allahuakbar"
Kemudian terus sujud. Gaya sujudnya -->berbaring meniarap, tapak tangan atas sejadah, sebelah pipi letak atas sejadah, sebelah kaki digoyang-goyang. Kemudian Ahmad bangun. Siap. Azan belum habis, dia dah siap solat.
Jika rajin, diulang-ulang 2, 3 kali gaya yang sama.
Tetapi, kadang-kadang Ahmad tunggu azan selesai dulu. Sambil mengikut suara azan tersebut. Kemudian ikut mama solat. Mama baru nak rukuk, Ahmad dah selesai solat.
Mama bagi salam, Ahmad cepat-cepat ambil Quran mama di rak. Hulurkan kepada mama. Sebelum ni waktu lepas solat Maghrib sahaja Ahmad hulur, tetapi sekarang ni, waktu lain pun hulur juga. "Terima kasih Ahmad, ingatkan mama baca Quran." T_T
Sebenarnya 2,3 minggu sebelum ni Ahmad memang selalu ambil Quran dari rak. Belek-belek sambil menunggu kami selesai solat. Akibat terlalu lama menunggu, Ahmad berdiri atas Quran tersebut. Kami bertindak mengalihkan kedudukan Quran ke tempat tinggi.
Suatu hari suami berkata, "rupanya Ahmad bukan nak main Quran, tapi nak bagi supaya kita baca."
Insaf. huhu.. Terima kasih anakku..
Ahmad dah tahu, warna purple mama punya, warna hijau papa punya.
Selepas baca, Ahmad tolong simpan kat rak. Ahmad dengan rela hati juga tolong lipat sejadah. Terutama sejadah papa. Sejadah Ahmad, memang Ahmad lipat dan simpan sendiri.
No comments:
Post a Comment