Di PICC.
Rombongan dari Kuala Krai datang ke rumah kami.
Sambil melawat pak cik di Bandar Seri Putra yang agak kurang sihat.
Tengahari sabtu, kami berjalan-jalan melawat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi.
Sangat besar.
Antara ahli rombongan ;) |
Masjid ni dirasmikan pada 11 Jun 2010. 2 hari selepas kelahiran Ahmad. |
Ruang solat di bahagian atas. Tapi katanya, boleh solat di mana-mana pun sebab ada terlalu banyak ruang. |
Mereka nak sangat bergambar di taman ni. Taman ni searas dengan dewan solat utama. |
Selepas solat zohor di masjid Putra, kami bergegas ke PICC. Adik saya, Salmi sudah masuk ke dewan. Mama saya dan Bazilah, anak saudara saya masuk untuk menyaksikan upacara konvo. |
Jam 5 petang, majlis selesai. Kami sudah kepenatan menunggu. |
Udo dan 2 anak saudara yang 'comel'. |
Tapi jalannya macet bangat sih. Ramai berpusu-pusu ke sana. Tempat parking pun hampir penuh.
Salmi bersemangat untuk bergambar. Siap bawa bunga dan jubah konvo lagi. |
Rombongan kami. Ahmad baru bangun tidur. |
Ini juga ahli rombongan. Diangkut dari Puchong. |
Ahli rombongan yang lain teruja menaiki roller coaster. Maka beraturlah mereka berjam-jam untuk membeli tiket dan menunggu giliran.
Saya, suami dan Ahmad berjalan-jalan ke kawasan sekitar. Sebelum ini, hanya tengok gambar dan mendengar cerita sahaja. Kami ke tapak KFC Chicky Carnival. Orang sangat ramai.
Akhirnya kami melepak di tepi booth-booth mereka. Sempat bersembang dengan seorang mak cik yang juga kepenatan berjalan-jalan di situ. Rupanya, dia jiran kepada keluarga kakak ipar yang kami singgah di Puchong tadi ;)
Antara haiwan yang dipamer di KFC Chicky Carnival. |
Kami sangat penat. Tapi layankan sahaja kanak-kanak riang itu.
Sebenarnya kami juga menunggu abang dan keluarganya dari Klang. Jalan untuk masuk sesak teruk.
Hampir jam 11 malam mereka sampai. Tapi sebenarnya mereka sudah biasa datang ke sini.
Ahmad yang sangat teruja dengan sekitarnya. Kami biarkan dia bebas di kalangan orang ramai. |
"Ok lah tu. Kita dah ke I-City. Orang lain tak boleh kelentong kita lepas ni." Suami menyimpulkan hasil lawatan ke I-City ;)
No comments:
Post a Comment