24 June 2013

Set Pelangsingan Shaklee






19 June 2013

Vitamin semulajadi: Alfalfa

Alfalfa.
Produk Shaklee pertama yang saya ambil dan guna. Alhamdulillah... Berkesan. Saya ambil alfalfa kerana masalah gastrik dan angin dalam badan. Jadi saya ingin kongsikan dengan semua apa itu alfalfa dan khasiatnya. Maklumat diambil dari Blog Cik Puan Nurul di sini. Semoga bermanfaat.

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat. Ia digunakan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi wanita baru bersalin. Oleh kerana alfalfa mempunyai 1001 kebaikan, Dr.Shaklee merumuskan alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang memberi manfaat kepada jutaan pengguna.
 Alfalfa kaya dengan vitamin & mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.



Alfalfa saiz besar 700 tab dan saiz kecil 330 tab.



Antara khasiat Alfalfa Shaklee ialah:

1. Merawat masalah pencernaan

2. Mengawal kadar kolestrol dalam darah

3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7. Mengurangkan simptom menopous

8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9. Merawat masalah sembelit.

10. Menyahkan toksin dalam tubuh

11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13. Membantu masalah penghadaman

14. Membantu membanyakkan susu (milk booster)

15. Mengurangkan masalah pundi kencing

16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17. Meningkatkan kesihatan prostat

18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19. Menghangatkan hubungan suami isteri

20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

18 June 2013

1001 Khasiat ESP


1 Canister mengandungi 850g

Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)?
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Apa yang menarik tentang ESP adalah:

- ESP ni adalah sumber protein lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol yang juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru.
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa di mana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.





Khasiat ESP adalah:
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.


2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Hubungi saya untuk mendapatkan khasiat ESP ini:

Kisah Saya dan ESP

Assalamualaikum wbt.
Kisah saya dan pengalaman penggunaan ESP dalam web Master Farihah Abu Kasim, orang yang memperkenalkan dengan Shaklee. Boleh baca di Surijunior.com. Terima kasih kak :)


Energizing Soy Protein (ESP)


Sebenarnya saya sudah lama dengar tentang Shaklee ini. baru sekarang terbuka hati mahu menyertai keluarga besar Shaklee. Harap ia memberi manfaat kepada semua :)

Jom sertai saya...







Testimoni ESP

Bismillahirrahmanirrahim...
Testimoni Energizing Soy Protein:
Saya hamil 36 minggu. Kandungan gula dalam darah agak tinggi. Pernah mencecah 8 mol.
Mula ambil ESP minggu lepas. Itupun kadang-kadang lupa bancuh.
Hari Jumaat keluarga datang ke rumah. Saya makan macam-macam.
...
Hari Sabtu ke 2 buah kenduri. Pelbagai makanan dan minuman dimakan.
Hari Ahad ke klinik untuk test kandungan gula dalam darah. BSP test. Test ni kali ke dua selepas test sebelum ini bacaan tinggi. Doc suruh ulang test lagi untuk pantauan.
Jam 8pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 10 malam.
Alhamdulillah....
Bacaan berada dalam paras normal. Bawah 6 mmol/L kecuali bacaan pre-bed (10 malam) iaitu 6.1mmol/L.
Rahsianya, saya bancuh ESP ini dalam minuman sarapan pagi.
Khamis, 13 Jun saya pergi buat repeat test untuk jam 10 malam (pre-bed). Bacaannya, 5.5mmol/L. Syukur sangat.
Maklumat tentang diabetes melitus atau kencing manis semasa mengandung ini boleh dirujuk di blog Dr Zubaidi.



 Ok, ini pengalaman saya minum ESP.
Banyak khasiatnya. Boleh pm saya untuk maklumat lanjut.
InsyaAllah, boleh dapat harga istimewa...
Jom sertai saya mendapat khasiat ESP ;)





17 June 2013

Set Kuruskan Badan

Apabila saya mempromosi produk Shaklee, ramai yang bertanya, ada produk untuk kuruskan badan tak?
Mesti lah ada.

Bila mahu kurus, 3 perkara yang kita kena fokus:
1. Detox ------> guna fiber ikut prioriti terbaik Herblax/Alfafa
2. Pecahkan lemak ---> Lechitin
3. Kekalkan otot ------> protein sama ada Cinch mix/ESP untuk kekalkan otot, sangat disarankan guna Cinch Mix, sebab ada leusine, amino acid yang bantu kekalkan otot agar tidak menggeleber.  Amat disarankan jika boleh ambil 1, 2 & 3 dengan tambahan Vita lea sebagai multivitamin (makan 2 biji sehari).


Gambar dari: norsaritanaini.com
A . DETOX
1. Alfafa Small--3-6 biji/hari --tahan 2-3bulan
2. Alfafa Large- 3-6 biji/hari--tahan 6 bulan

B. PECAHKAN LEMAK / MENINGKATKAN PENGGUNAAN LEMAK
1. lechitin - 6 biji sehari --tahan 1 bulan
2. omega guard --- 3 biji sehari --- tahan 1 bulan

C. KEKALKAN OTOT
1. Cinch Mix -- tahan 0.5 - 1bulan
2. ESP --tahan 1.5-2bulan

D. TENAGA - bekalan mineral, vitamin & tenaga
1. Cinch Energy Tea Mix - 1 sachet sehari -- tahan 1 bulan

 Boleh pilih kombinasi satu dari kumpulan mengikut bajet anda:
A + B + C + D atau
A + B + C atau
A + B

Boleh hubungi saya untuk konsultasi lanjut dan harga terbaik.


PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

13 June 2013

Meal Shake

Kebaikan Meal Shake untuk kanak-kanak.

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
 
 
 





12 June 2013

Ahmad Nasih 3 tahun

Bismillahhirrahmanirrahim...
9 Jun 2013, Ahmad Nasih genap 3 tahun...
Alhamdulillah, praise to Allah because send us a heaven member like him.. :)