08 November 2013

Kelebihan Lechitin

13 Kelebihan Lecithin yang anda perlu tahu.
 
Ramai yang sangka, Lecithin hanya untuk membakar lemak. Untuk kuruskan badan.
Dengan pengambilan Lecithin, banyak manfaat lain yang bakal dinikmati.
 
Ok, jom kita tengok:

 1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, masalah jantung, arteri
yang mengeras.
Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yg sebegini.

2. Mengelmulsi (memecahkan) lemak. Tahukah anda, Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

 3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecitin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, perisa tambahan makanan, pestisid, san sebagainya. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat.
4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

 5.Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.

 6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

 7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
8.Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

 9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,high fever, asma, bronkitis dan emphysema.

 10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.

 11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

 13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. Bile berfungsi mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

*Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg Lecithin.
 
Ok, maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
Puan Natrah Mohamed: 011-27016822 (SMS/WhatsApp)
 
 
Harga MENARIK, konsultasi PERCUMA disediakan.
 

No comments: