25 February 2014

Saya sebotol Zink Kompleks

Rupa saya tak la hensem sangat tapi saya ada baaaannyakkk manfaat..
Saya ni kecil2 cili padi. Badan saya kecik je tapi saya boleh berbakti untuk 120 hari. Lama tu...




Ramai orang suka saya kerana:

Saya merangsang 100 enzim dlm badan manusia.
Saya memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Bagus untuk orang yang nak turun berat badan tau.
Saya ada kalsium untuk jaga kesihatan tulang manusia. Jangan main2! 
Saya boleh bantu selesaikan masalah rambut gugur.
Untuk kaum lelaki saya bantu pelihara fungsi optimum anggota reproduktif mereka
Untuk orang diabetes saya bantu cepatkan proses penyembuhan luka. 
Untuk orang buat pembedahan meeeemang sangat bagus.
Saya juga saaaangat bagus untuk tingkat sistem imun.

Nak pinang saya?? 
Mari2..hantaran murah-murah je. Murah-murah cili api tau!


Ulang sekali lagi, saya ZINK, bukan ZAIN!
 

Diraikan

Upline saya, Master Farihah diraikan oleh Shaklee Malaysia atas kejayaan sebagai Master Coordinator.

Alhamdulillah, berkesempatan sekeluarga ke Hotel IOI Marriot, Putrajaya untuk sama-sama meraikan mereka. Pada 15 Februari 2014.

Kami sekeluarga. 



Saya dan downline saya. Saya (Mama Nasih) di tengah. Puan Yaqeen dan Puan Fatihah (dukung anaknya) (yang pegang belon adalah Ahmad Nasih, 4 Tahun. ngeh, ngeh ;)


Suasana dalam dewan yang penuh aura.

Master Farihah dan Master Raja Mutalib serta anak. (maafkan gambar ye. Memang blurr)

Sebelum melangkah ke red carpet.
InsyaAllah, tunggu turn saya pula diraikan. Oktober 2014 bergelar Master Coordinator. Yearghhhh.

24 February 2014

Cara tamatkan Call Me Tone

Sebelum ini, saya menggunakan no telefon atas nama suami. Saya langgan Call Me Tone Celcom. Lagu Erti Al- Fatihah oleh kumpulan Voice Of Ummi. Lagu kegemaran Nasih. Tapi setelah suami kembali menggunakan no tersebut, kerana bilnya boleh claim dari majikan, suami dah beberapa kali minta untuk berhentikan Call Me Tone tersebut. Maklumlah, lagu kanak-kanak. Sangat tak sesuai dengan dia dan telefon itu untuk urusan kerja. 

Ok, hari ini baru saya tergerak hati mencari solusi. Sudah lama saya berniat nak cari cara berhentikan CMT tersebut. Hari ini baru jumpa. Hehehe..

Ok, di bawah ini caranya. Saya belum cuba. Tunggu suami balik kerja dulu, baru buat. :)

1. Taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 3. The Cube
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 4.CMT4.
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.

Bila sistem balas kata betul ke nak unsubscribe jawab "Yes"...

Tunggu sampai 22990 hantar message: RM1.50 Langganan CMT anda telah ditamatkan


Ok, semoga bermanfaat.


Kulit Cantik Berseri

Vitamin untuk kulit cantik

Ada apa dengan set kecantikan kulit Shaklee? 
Jom kita tengok.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
Menjaga kelembapan kulit
Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel.

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit.

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
Sebagai pelembap
Mencegah pigmentasi
Melambatkan tanda penuaan
Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C:
Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri.

Boleh dapatkan daripada Kedai Vitamin Mama Nasih.
Natrah Mohamed: 013-3425278.


Testimoni Set kulit cantik Shaklee.





21 February 2014

Tips dan Petua Melicinkan Kulit Muka


Ini adalah petua tradisional untuk cantikkan kulit. Saya sendiri pernah buat masa zaman remaja dulu. Masa tu, jerawat halus tumbuh dengan subur. :)


Jom baca tips murah dan jimat di bawah.

1. Ambil tepung pulut dan campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka  dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.




3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka bertambah licin.

4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan boleh lihat hasilnya.

5. Ambil sedikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka setiap hari dan lihat hasilnya.


Selamat mencuba :)

Kedai Vitamin Mama Nasih





18 February 2014

Multivitamin pertama dunia.

Vitalea adalah multivitamin pertama yang dicipta. Pada 2015, Vitalea berusia 100 tahun. Oh, sudah tua Vitalea ini. ;)

Multivitamin pertama dunia dijumpai oleh Dr Shaklee.

Sebiji Vitalea mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Wah, banyaknya! Lengkapkan Vitalea ini? Sebab itu dipanggil multivitamin.
Kandungan dalam sebotol Vitalea
 Kami kongsikan Testimoni dari Puan Piza Arissa Faqihah yang mengambil Vitalea untuk menambahkan berat badan dan menambah tenaga.




 Ini pengalaman customer Puan EnNa RuSti yang mengambil Vitalea untuk masalah tekanan darah rendah semasa hamil. 


Mahu dapatkan produk Vitalea ini?
Hubungi kami, Natrah Mohamed 011-27016822 atau Din 019-3875790.
Kedai Vitamin Mama Nasih
COD di Bandar Baru Bangi.



12 February 2014

Naik Pangkat

Plak diterima daripada Shaklee2u. 
 Alhamdulillah, semalam 11 Februari selamat menerima plak penghargaan dan cek berjumlah RM300 daripada Master Iffah Anuar dari empayar Shaklee2u. Master Iffah berpangkat 'nenek' Shaklee kami.

Plak ucapan tahniah di atas kejayaan naik pangkat sebagai Supervisor dalam Shaklee. Kami naik pangkat pada Oktober 2013 dan kekal effektif sebagai Supervisor bulan berikutnya.

Supervisor adalah pangkat pertama selepas distributor atau ahli biasa dalam Shaklee. Apabila membuat jualan kumpulan sebanyak 3000GUV dalam 1 bulan, ia menunjukkan kita serius dengan bisnes Shaklee.

Ya, kami serius. Misi kami  melahirkan seramai mungkin leader dalam kumpulan kami, iaitu Nasihat.

Jom sertai kumpulan kami.

Natrah Mohamed: 011-27016822
Kedai Vitamin Mama Nasih
Pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi, Selangor.

\0_o/




07 February 2014

Tips untuk anak makan sayur

Bagi anak-anak, mungkin sayuran adalah makanan yang sangat dibenci. Padahal dalam sayuran mengandung berbagai vitamin maupun gizi yang mampu menutrisi tubuh. Anak-anak pada umumnya lebih menyukai makanan yang manis ataupun masin. Bagi orang tua, perlu melatih buah hatinya untuk makan sayur sejak bayi demi memenuhi nutrisi dalam tubuh bayi yang masih pada tahap berkembang fizikal mahupun psikologi.

Ibu bapa kadang-kadang kurang memberi perhatian pentingnya sayur bagi anak, dan hanya menuruti kemahuan anak meski tak suka dengan sayur dengan alasan terlalu sayang kepada buah hatinya. Dengan kurangnya pengambilan sayuran pada anak maka akan membuat kesihatan anak sering terjejas. Makanan segera mahupun daging juga makanan berprotein tinggi lainnya akan membuat kesihatan anak tidak optimum. Pengambilan lemak yang berlebihan tanpa diimbangi sayuran dan buah-buahan juga akan membuat anak mengalami obesiti/kegemukan.


Beberapa tips agar anak suka dengan sayur:
a.  Biasakan untuk ikut makan sayur bersama anak
Agar anak mahu makan sayur, sebagai orang tua anda juga harus suka dengan sayuran. Berikan contoh dan terapkan kebiasaan meyukai sayuran kepada buah hati anda. Makan sayuran bersamanya. Ciptakan aktiviti makan sayur yang menyenangkan dan mengasyikkan sehingga buah hati anda tertarik untuk ikut makan sayur.
b.  Hindarkan menghukum anak yang tidak mahu makan sayur
Untuk buah hati Anda yang tidak suka dengan sayur, meski telah dipaksa. Jangan sekali-kali menghukumnya kerana hal ini menjadi trauma baginya dan boleh juga menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya. Jika buah hati Anda makan sayuran, puji dan tunjukan sikap positif. Jadikannya suatu kebiasaan bukan paksaan, hukuman, ataupun hal lainnya.
c.  Kreatifkan olahan sayur
Dalam mengolah sayuran, anda harus kreatif dalam menciptakan rasa sayur yang enak, lazat dan  lebih sedap dari daging ataupun makan berprotein lainnya. Jika Anda memasak sayuran untuk buah hati anda, usahakan mengganti menu sayuran setiap hari sehingga anak tidak bosan dengan sayur. Usahakan pula untuk memberikan makanan atau lauk sampingan selain sayur sehingga anak merasa suka, tenang serta menikmati ketika harus makan sayuran.
d.  Gantikan menu sayur dengan buah-buahan
Sayuran bukan hanya sumber nutrisi saja, tetapi buah-buahan adalah makanan dari tumbuhan yang memiliki nutrisi penting seperti sayuran. Bagi anak yang sama sekali tidak suka dengan sayur, Anda boleh memberikannya buah-buahan.
e.  Berikan anak suplemen
Suplemen biasa menjadi langkah terakhir yang dilakukan orang tua agar buah hati suka dengan sayuran. Jika semua cara telah dilakukan anak tetap tidak suka dengan sayur, suplemen boleh diberikan untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam tubuh. Perlu ingat, suplemen yang berlebihan dan berkepanjangan juga akan berakibat buruk bagi kesihatan anak. Usahakan sebisa mungkin mengajak anak untuk makan sayur secara langsung tanpa suplemen.
Sumber: http://bayi.info/tips-agar-anak-suka-makan-sayuran#more

Kedai Vitamin Mama Nasih dan Vitamin Untuk Anak menawarkan suplemen untuk membantu ibu bapa menangani anak-anak tidak suka makan sayur.

Hubungi Natrah Mohamed: 011-27016822 (SMS/WhatsApp) untuk maklumat lanjut.

06 February 2014

Vita-Lea® Iron Formula



Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Bagi mendapatkan produk hebat ini, boleh hubungi saya:
 Natrah Mohamed:011-27016822.
FB:Kedai Vitamin Mama Nasih.

04 February 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki


Alhamdulillah.
Buku mini: Mudahnya Menjemput Rezeki.
Sangat comel.
Harganya hanya RM1.80 sebuah. Beli banyak, dapat lagi murah.
Sesuai untuk diberikan kepada pelanggan, saudara mara, jiran-jiran, tetamu atau sesiapa sahaja.
Mereka baca, kita dapat pahala. 
Mereka amal, kita dapat pahala.
Mereka sebarkan kepada orang lain, kita dapat pahala.

:)
Ini cerita untuk dikongsi.
Dari buku kecil ini.
Amalan mudahnya menjemput rezeki (duit):
Rezeki (duit) yang diperoleh dalam tempoh sebulan (gaji), dapat diraih dalam masa sehari saja. Beliau seorang peniaga kecil-kecilan.
Apakah amalannya?
Pada setiap hari Jumaat, beliau bersedekah duit. Dimulai dengan RM100. Jumaat berikutnya RM200. dan ia seterusnya sehingga minggu ke 4 menjadi RM400.
Hasilnya?
Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan pernah mencapai keuntungan RM4000 sehari.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan buku comel ini.
Natrah Mohamed: 011-27016822
:)