Alkisahnya Nafiz demam. 3 hari monyok dan merenhek saja. Saya makan Nutriferon, vitamin C, dan Omega Guard untuk kurangkan demamnya. Mandikan dengan basic H untuk kurangkan suhu badan. Alhamdulillah, nafiz kembali sihat.
Tapi ruam-ruam mula muncul di badannya. Saya pun pelik. Sebelum ini memang badannya selamat dari ruam. Saya sentiasa mandikan dengan basic H.
Apabila tunjuk gambarnya kepada kawan-kawan, mereka nasihatkan untuk cari daun semambu untuk kurangkan gatal atau rasa tak selesa. Kesian betul si Nafiz ni. Tidur tak lena.
Puan Halijah tolong ambilkan daun semambu di rumah jirannya. Cara guna daun semambu:
1. Ramas dan ambil lendirnya untuk ditambah ke dalam air mandian.
2. Rebus dan guna air rebusan untuk mandi.
3. Letakkan daun di atas tilam/ tempat tidur dan lapik dengan kain sebagai alas. Letakkan anak tidur di atas tersebut. Ia bantu kurangkan gatal.
Ok, setakat ini saya sudah mandikan dengan basic H dan sapu seluruh badannya dengan herbal blend. Ok, itu sahaja. Doakan Nafiz cepat sembuh.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment