Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

04 October 2010

Hentikan segera jualan susu Similac

Sumber: Malaysiakini

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut membaca laporan Reuters bahawa susu rumusan bayi Similac yang dikeluarkan oleh Abbott Laboratories Inc, telah menarik balik berjuta tin susu rumusan bayi yang dipercayai tercemar dengan kumbang di Amerika Syarikat. Susu rumusan bayi Similac juga turut dijual di Malaysia.

Keputusan secara sukarela untuk menarik balik produk itu dibuat apabila dua laporan pengguna dibuat berhubung pencemaran itu.

Pihak pengeluar juga secara sukarela menarik balik susu rumusan bayi itu di Guam, Puerto Rico dan pasaran Caribbean.

Hingga kini, pihak syarikat dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia tidak membuat sebarang langkah untuk menarik balik produk itu daripada pasaran Malaysia. Dalam kes seperti ini langkah berhati-hati perlu diutamakan.

Demi untuk kepentingan keselamatan pengguna, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menangani perkara itu dan mengambil tindakan menarik balik dengan segera terhadap produk itu sehingga keselamatannya boleh dipastikan.

CAP juga menasihatkan ibu-ibu supaya menyusui bayi mereka dengan susu ibu kerana “susu ibu adalah yang terbaik”.


Penulis adalah Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi pada talian 04-8299511 begin_of_the_skype_highlighting              04-8299511      end_of_the_skype_highlighting, faks - 04 8298109 dan emel - idrismd@tm.net.my 

 

Kita hanya hambaNya...

01 October 2010

Kebaikan susu ibu


*terjemahan

Penyelidik di Greek, menggalakkan ibu-ibu untuk memberikan susu badan secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kehidupan bayi tersebut berdasarkan beberapa penemuan baru penyelidikan mereka.

Berdasarkan kajian tersebut, bayi-bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan mengalami kurang masalah peradangan berbanding dengan mereka yang menyusu kurang daripada 6 bulan atau diberikan susu formula sebagai tambahan.

Professor Emmanouil Galanakis dan pasukan penyelidiknya mengesan hampir 1000 bayi setahun yang mengekalkan rekod kesihatan mereka.

Mereka kemudiannya menilai bagaimana pertumbuhan bayi yang menyusu pada bulan2 awal mereka dan membandingkan keputusan. Mereka menemui bahawa kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mempunyai masalah peradangan yang signifikan berbanding kanak-kanak lain.

“Ibu-ibu perlu dinasihatkan oleh pakar kesihatan, sebagai tambahan kepada kelebihan lain, penyusuan badan secara eksklusif membantu melindungi bayi dari radang dan mengurangkan kekerapan berlakunya keradangan,” kata pengkaji. 

Susu ibu mengandungi antibodi, nutrien, vitamin dan faktor keimunan yang diperlukan bayi untuk membina sistem keimunan semulajadi kepada penyakit. Dengan kata lain, penyusuan badan adalah cara optima dan semulajadi untuk mengekalkan keimunan kanak-kanak, mengelakkan penggunaan vaksin bahan kimia yang menyebabkan lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Penyelidikan ini juga menyeru ibu-ibu di mana sahaja tentang kebaikan susu badan bukan sahaja kepada bayi, tetapi untuk kebaikan mereka juga.

Kami tahu, menyusu badan adalah kaedah biasa untuk penyusuan bayi, baik untuk ibu dan baik untuk kesihatan,” Janet Fyle dari Royal College of Midwives, U.K dipetik sebagai berkata dalam artikel terkini BBC.

"Inilah sebab kami menyambung usaha kami bagi memastikan kadar penyusuan badan yang tinggi."


Kita hanya hambaNya...