15 August 2013

Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder. 1 kotak mengandungi 15 sachet.

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton


Sumber: http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=11000


40 atau 44 atau 60 atau 100?

Bismillahhirrahmanirrahim...
Tajuk yang pelik kan? Hehehe...
Kamu pilih sendiri bilangan hari untuk berpantang.
Ada yang berpantang 40 hari, ada yang 44 hari, ada yang 60 hari. Malah, ada yang 100 hari.
Pilihan di tangan masing-masing. Mengikut kudrat, keyakinan dan kerajinan diri sendiri.
Jika mahu sihat, cergas, kurus slim macam pelakon Didie Alias tu, berpantanglah sehingga 100 hari.
Jika mahu kekal sihat dan bertenaga boleh menoreh dalam 2 kebun yang berbukit bukau seperti ma saya pada usia 65 tahun, berpantanglah 60 hari.
Jika mahu biasa-biasa saja, berpantanglah ikut rejim yang kita mampu. Tapi di usia tua, kita yang tanggung sendiri.

Ini pengalaman Mama saya.
Anak 10 orang. Sebenarnya 13, tapi 3 orang meninggal sewaktu dalam kandungan dan semasa kecil. Beliau berpantang 60 hari. Maksud berpantang beliau adalah setiap hari bertungku pagi dan malam, memakai bengkung atau berbarut perut siang dan malam, berdiang di tepi api setiap hari.
Jika tidak berbengkung pun, perut sentiasa disapu minyak angin. Itu rejim pantangnya sehingga 60 hari. Selepas 60 hari, beliau segar dan bersiap untuk keluar menoreh.
Cerita-cerita pengalaman berpantang ini hanya keluar dari mulut Mama sewaktu saya tidak mengikut rutin berpantang sepertinya. Saya ini, selalu tidak berbengkung, lupa untuk memanaskan tungku, kadang-kadang tungku sudah dipanaskan, tapi lupa pula untuk bertungku kerana asyik dengan gajet-gajet di tangan. Saya ini kadang-kadang lupa letak minyak angin di perut. Saya ini, malas berstoking. Dan pelbagai lagi rutin berpantang yang saya langgar. Aduhai!!!

Tujuan Berpantang:
Berpantang ini tujuannya untuk memulih dan mencegah. Memulih kembali tenaga yang digunakan untuk bersalin. Mencegah dari badan kita sakit-sakit di masa hadapan.

Berbengkung untuk mengembalikan perut, pinggul ke keadaan asal sebelum mengandung.

Bertungku untuk memanaskan badan, mencairkan darah nifas supaya keluar semuanya. Jika darah nifas tak keluar semuanya, risiko untuk pelbagai penyakit kewanitaan tinggi. Contohnya kanser pangkal rahim.
Jika darah nifas yang keluar tidak lancar, boleh minum air kopi. Kopi O pekat diminum panas. Ia boleh melancarkan pengaliran darah nifas. Ini petua dari makcik tukang urut. Kopi tidak elok untuk diminum atau diamalkan selalu. Tetapi kadang-kadang ia boleh jadi ubat. Contohnya untuk melancarkan darah nifas atau haid. Jika untuk melancarkan darah haid, minum sekali sebulan sewaktu haid.

Gambar tungku yang diambil dari google. Beginilah tungku yang saya guna. Mak mertua saya punya :)

Berstoking dan berbaju lengan panjang atau baju sejuk bagi memanaskan badan. Bila badan panas, peluh keluar. Sekaligus toksin- toksin dalam badan turut keluar. Jika toksin tidak keluar, badan kita berisiko sakit-sakit atau demam.

Ok, ini serba sedikit pengetahuan saya tentang berpantang.

Hari ini sudah 40 hari. Pilihan di tangan saya!
 

40 hari

Alhamdulillah...
Ahmad Nafiz genap 40 hari hari ini.
Mama doakan anak mama ini terus cemerlang di dunia dan di akhirat sebagai ahli syurga.

14 August 2013

Salam Syawal ke 7

Alhamdulillah...
Seminggu dah di bulan Syawal.
Kami sekeluarga sudah kembali ke Bangi setelah seminggu balik beraya di dua kampung. Kampung saya di Kelantan dan kampung suami di Kedah.
Ramdhan sudah berlalu. Namun hati kecil saya rindu suasana Ramadan.
Rindu bangun awal-awal pagi dan sahur, walaupun saya tidak berpuasa. Masih dalam pantang :)
Rindu berbuka bersama Papa Nasih, si Nasih yang kecoh dan Along Bazilah (anak saudara saya yang duduk di rumah kami). Sesekali adik Nafiz menyertai bulatan kecil iftar kami. Sambil merengek-rengek manja. hehehe...
Rindu dengar bacaan al Quran dari radio kecil kami waktu malam, bacaan sewaktu solat terawih. Waktu malam, abang Nasih ikut papanya bersolat Tarawih.

Doakan berjumpa lagi Ramadhan akan datang...

Di pagi 1 Syawal bersama Tok Ma



02 August 2013

Shaklee Collagen Powder


1. Apa kandungan collagen shaklee? 
Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.
 Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu:
 Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, 
Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal, 
Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, 
Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata, 
Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, 
Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk atau pil? 
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg. 

4. Tahan berapa lama collagen shaklee
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana aturan makan collagen shaklee
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sacet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
 - jus twister tropicana + collagen 
 - Milo/Serbuk Coklat Cadbury  +collagen
- any fruit juice  + collagen
Pengguna bebas nak campurkan collagen dengan mana2 minuman. Mengikut selera masing-masing.  

6. Berapa harga collagen shaklee
Retail price RM298. Boleh hubungi saya untuk berbincang harga yang terbaik :) 
Jangan terkejut, kenapa ia mahal?Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rasa itu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

11. Macam mana nk beli collagen powder?
Boleh hubungi saya seperti di bawah:
FB page: Kedai Mama Nasih
SMS/WhatsApp/Line: 0122-27016822