15 August 2013

40 atau 44 atau 60 atau 100?

Bismillahhirrahmanirrahim...
Tajuk yang pelik kan? Hehehe...
Kamu pilih sendiri bilangan hari untuk berpantang.
Ada yang berpantang 40 hari, ada yang 44 hari, ada yang 60 hari. Malah, ada yang 100 hari.
Pilihan di tangan masing-masing. Mengikut kudrat, keyakinan dan kerajinan diri sendiri.
Jika mahu sihat, cergas, kurus slim macam pelakon Didie Alias tu, berpantanglah sehingga 100 hari.
Jika mahu kekal sihat dan bertenaga boleh menoreh dalam 2 kebun yang berbukit bukau seperti ma saya pada usia 65 tahun, berpantanglah 60 hari.
Jika mahu biasa-biasa saja, berpantanglah ikut rejim yang kita mampu. Tapi di usia tua, kita yang tanggung sendiri.

Ini pengalaman Mama saya.
Anak 10 orang. Sebenarnya 13, tapi 3 orang meninggal sewaktu dalam kandungan dan semasa kecil. Beliau berpantang 60 hari. Maksud berpantang beliau adalah setiap hari bertungku pagi dan malam, memakai bengkung atau berbarut perut siang dan malam, berdiang di tepi api setiap hari.
Jika tidak berbengkung pun, perut sentiasa disapu minyak angin. Itu rejim pantangnya sehingga 60 hari. Selepas 60 hari, beliau segar dan bersiap untuk keluar menoreh.
Cerita-cerita pengalaman berpantang ini hanya keluar dari mulut Mama sewaktu saya tidak mengikut rutin berpantang sepertinya. Saya ini, selalu tidak berbengkung, lupa untuk memanaskan tungku, kadang-kadang tungku sudah dipanaskan, tapi lupa pula untuk bertungku kerana asyik dengan gajet-gajet di tangan. Saya ini kadang-kadang lupa letak minyak angin di perut. Saya ini, malas berstoking. Dan pelbagai lagi rutin berpantang yang saya langgar. Aduhai!!!

Tujuan Berpantang:
Berpantang ini tujuannya untuk memulih dan mencegah. Memulih kembali tenaga yang digunakan untuk bersalin. Mencegah dari badan kita sakit-sakit di masa hadapan.

Berbengkung untuk mengembalikan perut, pinggul ke keadaan asal sebelum mengandung.

Bertungku untuk memanaskan badan, mencairkan darah nifas supaya keluar semuanya. Jika darah nifas tak keluar semuanya, risiko untuk pelbagai penyakit kewanitaan tinggi. Contohnya kanser pangkal rahim.
Jika darah nifas yang keluar tidak lancar, boleh minum air kopi. Kopi O pekat diminum panas. Ia boleh melancarkan pengaliran darah nifas. Ini petua dari makcik tukang urut. Kopi tidak elok untuk diminum atau diamalkan selalu. Tetapi kadang-kadang ia boleh jadi ubat. Contohnya untuk melancarkan darah nifas atau haid. Jika untuk melancarkan darah haid, minum sekali sebulan sewaktu haid.

Gambar tungku yang diambil dari google. Beginilah tungku yang saya guna. Mak mertua saya punya :)

Berstoking dan berbaju lengan panjang atau baju sejuk bagi memanaskan badan. Bila badan panas, peluh keluar. Sekaligus toksin- toksin dalam badan turut keluar. Jika toksin tidak keluar, badan kita berisiko sakit-sakit atau demam.

Ok, ini serba sedikit pengetahuan saya tentang berpantang.

Hari ini sudah 40 hari. Pilihan di tangan saya!
 

2 comments:

NabilaHasyim said...

Takda tungku, nak amek mana?
mak mertua pun takdak.
Jawa la katakan...

ada jual kt kedai ka nak cari zaman ni?
kt umah mak, ada la kot, tungku turun temurun. tp bpantang kat selangor la nanti, emmm

Natrah Mohamed said...

Nabilah, kat Mum Dreams ada. Hari tu kami tengok ada. yg besi macam kami punya ni. Harga xtau. Hang google je.keluaq gambaq tungku yg Mum Dreams jual tu la...