22 August 2013

Kenapa perlukan suplemen?

7 Sebab Badan Kita Perlukan Vitamin:

1) Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh di perolehi daripada makanan.
Contohnya vitamin C & E yang kita perolehi daripada makanan sahaja sebenarnya TIDAK mencukupi untuk beri kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur.
Sebab? Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah & sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
Jadi, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif (julap, pelawas), ubat ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.

Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh kita.

5) Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6) Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.


7) Bagi yang bekerja, makan tengah hari selalunya mesti di luar dan malam pulak memasak seringkas yang mungkin sebab penat bekerja siang harinya.
Maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Jadi, badan kita sangat perlu kepada suplemen atau vitamin bagi mengatasi kekurangan dalam diet harian kita.
Hubungi Puan Natrah: 011-27016822 atau ke PM ke inbox Kedai Mama Nasih 


No comments: