20 April 2011

Wajah baru...

Hentian Puduraya ialah terminal utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1976 oleh bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn. Setelah ditutup selama hampir setahun untuk kerja-kerja penambahbaikan dan pemodenan, kini Hentian Puduraya akan beroperasi semula mulai Sabtu ini bersamaan 16 April 2011.

Wajah Hentian Puduraya sebelum kerja-kerja penambahbaikan
Wajah baru Hentian Puduraya...

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan:
  • Mempunyai 3 kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu pada April 2010 yang lalu.
  • Selain itu, dua tempat menunggu yang baru di tingkat satu turut disediakan iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin. Dahulunya tingkat satu ini menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
  • Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. (pengurangan). Hal ini kerana syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
  • Terdapat penambahan mobiliti untuk untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan 2 unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
  • Ia kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoren-restoren. 
  • Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
  • Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.

Lagi gambar-gambar menarik (kredit to mstar):

 






 Harapnya dengan wajah yang baru ini, keindahan Hentian Puduraya ini dapat di jaga dengan baik dan sempurna untuk keselesaan semua orang.


Jadual Gaji ;)

Jadual Gaji? Apa kaitan dengan suri rumah seperti saya ini? hehe...
Berikut adalah jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2011:
BulanTarikhHariCatatan
Januari25/01/2011Selasa
Februari*24/02/2011KhamisTahun Baru China, 3 , 4 /02/ 2011
Mac24/03/2011Khamis
April25/04/2011Isnin
Mei24/05/2011SelasaPesta Menuai 30, 31/05/2011
Jun*23/06/2011KhamisHari Gawai, 1, 2/06/2011
Julai25/07/2011Isnin
Ogos24/08/2011RabuHari Raya Puasa 30, 31/08/2011
September22/09/2011Khamis
Oktober20/10/2011KhamisDeepavali 26/10/2011
November*24/11/2011KhamisHari Raya Haji 6/11/2011
Disember19/12/2011IsninKrismas 25/12/2011


Saya sedang merancang untuk ke pesta... En Suami berjanji, tunggu gaji yek. Saya search la jadual gaji tahun ini. Harap-harap menjadi hasrat ini. Sudah 2 tahun tidak berkesempatan ke pesta itu. 


p/s: wish list masih dalam kepala sahaja. Agak malas untuk menulis di kertas. Takut kuciwa jika tidak dapat ke pesta lagi tahun ini.

19 April 2011

40 Masjid Tercantik di Dunia

Masjid Suci Al-Haram, Arab Saudi


Masjid Nabawi, Arab Saudi

Masjid di Brunei

Masjid Putrajaya, Malaysia – dibangun di atas air

Masjid Umayyad, Damascus

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid Faisal, Pakistan

Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei

Masjid Besar Jumeirah, Dubai

Masjid Putra di Putrajaya, Malaysia

Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan, Abu Dhabi UEA

Masjid Sultan Ahmet Camii (The Blue Mosque), Istanbul Turki

The Blue Mosque dilihat dari Hagia Sophia

Masjid Crystal, Malaysia

Masjid Schwetzinger, Jerman

Masjid Suci Golden, Singapura

Masjid Sehzade, Istanbul Turki

Makkah, Arab Saudi

Salah satu Masjid di Jeddah Arab Saudi

Masjid Lao Huasi Sufi di Linxia Cina

The Mezquita, Spanyol

Masjid Sheikh Zayed

Masjid Shahjahan, Pakistan

Masjid dan Menara Kembar, Malaysia

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid Omayad, Syria

Masjid Besar, Bahrain

Masjid Muhammad Ali, Kaherah Mesir

Masjid Badshahi

Masjid Tooting, London

Masjid Zahir, Malaysia

Masjid Ubudiah

Masjid Sultan, Singapura

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid terbesar di India

Masjid Al-Hassan II, Casablanca Moroko

Masjid terbesar di Amerika Utara

Masjid Alnour, Sharjah

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

p/s: Hargai masjid di tempat anda. Imarahkan ia...