25 December 2013

Set Ibu Menyusu

 
Kami tawarkan set penyusuan untuk ibu yang menyusukan anak.
Set ini bukan menjamin susu badan anda bertambah.
Tetapi ia membantu:
+ Tambah tenaga.
+ Menjadikan ibu lebih ceria dan bersemangat
+ Memastikan ibu lebih sihat

  + Menenangkan ibu menyusu
+ Mengenyangkan

Manfaat tambahan,
-> kulit jadi cantik dan tidak kering
-> melawaskan pembuangan
-> menguruskan badan


 Habis itu, macam mana nak buat supaya susu badan bertambah banyak? Boleh PM saya.

MamaNasih
Kedai Vitamin Mama Nasih

011-2701 6822
 

24 December 2013

Testimoni Mealshake: Menambah selera makan dan batuk

Testimoni Meal Shakes dari ibu-ibu yang bahagia kerana anaknya sihat.

Puan Norhazwani ~ Selsema Dah Tiada, Selera Makan Bertambah

Adam dah consume Meal Shakes dalam 2 minggu lebih. Minggu pertama tiada apa-apa progress.
...

Masuk minggu kedua, saya dah mula perasan yang selesema Adam makin lama makin berkurang. Sekarang memang dah tak ada langsung. Batuk pun dah baik, cuma kadang-kadang sahaja dia batuk sikit-sikit.

Yang paling saya suka ketika makan, selera dia makin bertambah. Dulu nak habiskan 90 ml susu pun susah. Umur dah setahun tapi masih minum 90 ml sahaja sedangkan budak-budak lain seusia dia minum aound 180 ml. Sekarang boleh habiskan susu 120 ml, bubur semangkuk habis, then puding 4 ketul. Semalam dah makan bubur habis semangkuk, then continue telur goreng mata 1 biji, tambah lagi susu 120 ml 2 kali sebelum tidur.

My parents and parents in law ada cakap my son badan nampak berisi sedikit berbanding dulu.

Alhamdulillah. Saya akan teruskan lagi sampai dia besar."
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Puan Lia ~ Penawar Asma dan Bronkitis

Kawan-kawan yang baca blog saya ni tentu tahu anak saya Irfan is suffering of bronchitis problem which eventually will leads to asthma. Dah banyak produk saya cuba tapi most of it tak serasi dengan Irfan. So, saya bagi Irfan try Mealshake. Mula-mula tu Irfan nampak ada selera makan balik. Sebab before this dia memang skinny and saya masak ape pun dia taknak makan. After few days trying, nampak dia active, tak cepat letih dan tidur malam pun taklar sharp kol 8mlm dah. If not tak sempat nak main2 dengan Irfan dah dia nak tidur.

Then, after that, Irfan demam 2 hari, tapi saya tanya Cery sebab ape dia demam after consume Mealshake, Cery kata, body dia tengah create antibodi tu pasal dia demam tapi teruskan bg Mealshake. 2 hari demam plus dengan batuk asthma Irfan, cukup merisaukan saya. Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau..! Sekarang ni, Irfan makan pun dah start with those contain cow’s milk. AlhamduLILLAH. Mealshake ni senang je nak bagi Irfan sbb boleh bancuh dalam susu dia. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu dia.
 

Penapis Air

Anda guna elektrik kah untuk tapis air?
Saya tidak!
Jimat elektrik.

Anda guna penapis air yang besar, berat dan tidak mudah dialih?
Saya tidak!...

Penapis air saya kecil ringan dan boleh di bawa ke mana saja

Penapis air anda berharga RMXXXX?
Penapis air saya tidak.
Hanya RMXXX sahaja. Hanya beberapa sen bagi seliter air. Jimat sangat.

Anda perlu masak air untuk diminum?
Saya tidak perlu.
Hanya turas dan minum.

Anda perlu panggil pakar untuk tukar penapis air?
Saya tidak perlu.
Tukar sendiri dan ia sangat mudah.

Saya memilih Shaklee Water Pitcher untuk dapatkan air yang enak, segar dan jimat.
 
Saya sedia bercerita lanjut tentang Water Pitcher ini, hubungi saya:
 
Natrah Mohamed: 011-27016822 (SMS/Whats App.
FB Page: Kedai Vitamin Mama Nasih
 

Demam



 Dulu, jika saya demam, ambil masa 3 hari untuk kembali sembuh. Pernah sampai 2 minggu.

Sekarang, mula demam petang, pagi esoknya sudah kembali sembuh.

Tiada panadol, hanya Nutriferon + Vitamin C.

Alhamdulillah.
 
 
 
 
 

21 December 2013

Hujung

InsyaAllah, seminggu lebih saja lagi Disember 2013 akan berakhir.
Mula menyusun jadual dan senarai azam untuk Januari 2014?

Saya biasanya tidak menetapkan azam dan cita-cita mengikut tahun.
Mungkin juga ini kali pertama saya akan berbuat demikian, insyaAllah.

Ok, selamat berhujung minggu.

P/s: Tajuk post sesaja letak perkataan hujung. :)


Posted via Blogaway

18 December 2013

Migrain

Tanda-tanda migrain - Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata .
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Cara elak migrain :HINDARKAN :

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Sumber daripada:
http://arnamee.blogspot.com/2012/01/tanda-tanda-migrain-cara-elak-cara.html#ixzz2nhyabzja
 
 

12 December 2013

Vivix Untuk Tekanan Darah Tinggi

VIVIX vs. HIGH BLOOD PRESSURE:

I have high blood pressure that is controlled by a diuretic and beta blocker combination medication. Usually even with medication my systolic ranges between 129-138 and my diastolic between 75-83 and my pulse would range anywhere from 80-91 (rarely dropping below 80). After five days on Vivix™ my blood pressure was 111/69 and pulse 59. The only thing different that I have been doing prior to this low reading is Vivix™. The past few days, my bp seems to be consistently around 122/73 and pulse 70. That’s pretty pleasing to me. I hope to eventually be able to come off all medications. I do supplement with magnesium and CoQ10 to counteract what my bp medication causes in nutrient deficiencies, but I’d rather not have the stuff going through my system.


I have not been on any other medications, not changed my diet any and my exercise level is still around 7500 steps a day. Overall, I seem to have more energy and am better able to concentrate. I would recommend that you take Vivix™ in the morning so you can get the benefit of more energy throughout the day.

Genia Powell




Herbal Blend







Herbal Blend
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara
klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang
kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit
kaki.
 Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang
menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow
dan rosemary. 

Antara kegunaan Herbal Blend atau Multipurpose Cream ini adalah:

  -Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
-Menyelesaikan masalah kulit gatal
-Menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox
-Menghilangkan ruam pada bayi
-Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
-Sebagai losyen untuk kegunaan harian

Saya gunakan herbal blend untuk apa?

1. Menghilangkan gatal-gatal akibat digigit nyamuk. Anak saya sering terjaga malam akibat digigit nyamuk. Alhamdulillah, selepas sapukan sedikit herbal blend, dia tidur lena.
2. Mengelakkan kulit melecur. Kemalangan kecil sering berlaku di dapur terutamanya terkena minyak dan kuali panas. Apabila terkena kuali panas, saya cepat-cepat sapukan krim ini di bahagian tersebut dan ia membantu untuk mengelakkan kulit daripada melecur/menggelembung.
3. Menghilangkan parut-parut luka dan melecur.
4. Krim untuk keselesaan perut bayi. Saya sapukan di perut dan dada anak kecil selepas mandi. Ianya menyamankan perut dan sekaligus losyen yang menyegarkan.
 
Mahu mencuba krim hebat ini? Ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Pastikan ia sentiasa berada di sisi anda.
Harga sangat berpatutan untuk pelbagai kegunaan.
 
Boleh hubungi saya: Natrah Mohamed
No telefon: 011-27016822 (SMS/Whats App)
 
Terima kasih :)

 

28 November 2013

Cegah Penyakit Darah Tinggi

Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi . Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur darah yang disebabkan oleh kolesterol.
 
Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.
 
Adakah produk Shaklee dapat merawat darah tinggi? Merawat 100% mungkin tidak, tapi mengawalnya dari menjadi lebih teruk, mengurangkan simptom, serta mengelakkan darah tinggi dari berlaku.
 
Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-
  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.

  • Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.

  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.

  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
 
Kedai Vitamin Mama Nasih menawarkan set ini kepada anda.
Hubungi Natrah Mohamed - 011-27016822 untuk mencegah darah tinggi dari terus menghantui hidup anda.
 

12 November 2013

Water Pitcher

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER PITCHER
 
 
 
 Get Clean® Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dan sihat.

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
 


SELAMAT:
“Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK:
Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL:
Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM:
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
 
Water Pitcher ini wajar berada di samping anda. Samada di rumah, sekolah, asrama, pejabat, dibawa ke mana-mana. Ia menuras air dengan cepat dan sangat berbaloi untuk dimiliki.
 
Hubungi saya untuk mendapatkan Water Pitcher yang istimewa ini.
Page FB: Kedai Vitamin Mama Nasih
Natrah Mohamed: 011-27016822 (SMS/WhatsApp).
 

Sabun Basuh Baju Shaklee (Fresh Laundry)

Jangan ingat Shaklee hanya keluarkan produk-produk makanan sahaja. Set kebersihan rumah juga ada.
Ini sabun basuh baju Shaklee, atau nama glamernya: Fresh Laundry Concentrate.
Saya mula menggunakannya pada Julai tahun ini. Saya telah jatuh cinta dan sangat suka dengan ini sabun. ;)
Sebabnya?
Bulan Julai saya bersalin, saya membasuh baju 2 sesi. 1 sesi untuk basuhan baju baby. Baju, sarung tangan, stoking, barut, lampin, dan semua yang berkaitan baby dibasuh berasingan. Baju-baju saya, suami dan Ahmad Nasih dibasuh dalam sesi ke 2. Pakaian baby Nafiz dibasuh hampir setiap hari. Ini menjadikan jumlah basuhan kami banyak. Namun, sehingga bulan November ini, masih ada lagi baki sabun ini yang boleh digunakan. Jimatkan?
 
Satu lagi sebab saya jatuh cinta dengan ini sabun adalah: Pakaian-pakaian Nasih yang sudah lama digunakan, disimpan dan kembali dipakai oleh Nafiz menjadi lebih CERIA, kelihatan semakin BARU dan BERSIH. Setiap kali basuhan, saya dapati baju-baju Nasih yang sudah luntur dan nampak lusuh kembali BERSERI. Ia mungkin mengambil masa  beberapa basuhan. Tetapi ia BERBALOI. JIMAT!
 
Ok, alasan terakhir kenapa saya sangat suka ini sabun. Ada beberapa kesan kotoran 'kekal' pada baju suami, semakin pudar dan sudah hilang. Ia mengambil masa beberapa kali cucian juga untuk hilang. Namun, ia BERKESAN. Tidak perlukan peluntur. Suka kan?
 
Ok, ayuh berkenalan dengan sabun ini :)
 
 

Get Clean - Fresh Laundry Concentrate

 
Antara faedah menggunakan Fresh Laundry ini:

  * Pekat -5.5lb (Sekotak membasuh 88 basuhan)
* Prestasi tinggi - pembersih enzim diaktifkan mengekalkan basuhan yang putih dan berwarna cerah.
* Selamat pada semua jenis kain - berkesan dalam air keras/lembut.

  * Dirumus untuk membantu mencegah warna pada pakaian berwarna luntur dan berpindah dari satu pakaian kepada lain.

TAHUKAH ANDA?

Banyak serbuk dobi mungkin mengandungi perengsa yang boleh diserap melalui kulit atau sedutan iaitu penyebab biasa alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate adalah seperti merengsa dan senaraikan bahan berbahaya oleh EPA dan DOT. Sentuhan boleh merengsa dan membakar kulit dan mata, bauan boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk. lelah dan/ atau sesak nafas.Kerengsaan pada kulit berulang kali boleh menyebabkan kekeringan, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam.

Get Clean adalah SELAMAT untuk anda, rumah anda dan planet anda. BERKUASA, HIJAU dan BIJAK

p/s: Ia sangat jimat. Tidak percaya? Hanya 1 sudu boleh mencuci bersih 1 basuhan dengan berat 13kg. Boleh digunakan sehingga 4 bulan.
 
 Get Clean juga terdapat Dish Wash Concentrate, Soft Fabric Concentrate, Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate dan juga Get Clean Water Pitcher.- Sumber Buku Panduan Nutrisi Shaklee


 
Hubungi saya, Puan Natrah Mohamed: SMS/WhatsApp 011-27016822
Like page kami: Kedai Vitamin Mama Nasih.
Dapatkan konsultasi percuma dan harga istimewa untuk orang istimewa :)
 
Jumpa lagi.
 

08 November 2013

Kelebihan Lechitin

13 Kelebihan Lecithin yang anda perlu tahu.
 
Ramai yang sangka, Lecithin hanya untuk membakar lemak. Untuk kuruskan badan.
Dengan pengambilan Lecithin, banyak manfaat lain yang bakal dinikmati.
 
Ok, jom kita tengok:

 1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, masalah jantung, arteri
yang mengeras.
Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yg sebegini.

2. Mengelmulsi (memecahkan) lemak. Tahukah anda, Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

 3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecitin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, perisa tambahan makanan, pestisid, san sebagainya. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat.
4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

 5.Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.

 6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

 7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
8.Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

 9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,high fever, asma, bronkitis dan emphysema.

 10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.

 11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

 13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. Bile berfungsi mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

*Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg Lecithin.
 
Ok, maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
Puan Natrah Mohamed: 011-27016822 (SMS/WhatsApp)
 
 
Harga MENARIK, konsultasi PERCUMA disediakan.
 

03 November 2013

Omega Guard

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 



Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

SUMBER OMEGA 3


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia

- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Boleh hubungi saya seperti di bawah:
FB page: Kedai Mama Nasih
SMS/WhatsApp/Line: 0122-27016822






24 October 2013

Kenali VIVIX



Vivix bertindak dalam 4 mekanisma utama penuaan sellular.

1. Kerosakan DNA


Setiap hari, setiap sel dalam badan anda dihujani oleh sehingga satu juta “penyerang hendap” yang boleh merosakkan DNA. Serangan ini boleh merosakkan pangkalan data genetik sel, mewujudkan “typo” yang boleh menjejaskan fungsi sel dan panjang umur.
(Vivix mempunyai bahan-bahan yang membantu melindungi dan membaiki DNA sellular)


2. Pengawalan Genetik


Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan sellular yang berkaitan dengan usia.
(Dalam satu kejayaan utama, satu kajian klinikal baru-baru ini menunjukkan bahawa bahan-bahan vivix mengaktifkan pengatur utama genetik yang membantu menolak penuaan selular)



3. Penurunan Pengeluaran Tenaga Sellular

Mithochondria (penjana tenaga) di dalam sel mencipta tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mithochondrial menurun, fungsi sel turut menurun.
(Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis / pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel)



 4. Pengumpulan Protein AGE

Pengumpulan lebihan “Advanced Glycation End” produk (AGE) boleh menyebabkan kerosakan selular yang boleh berkompromi Intergriti dan panjang umur sel.
(Bahan-bahan Vivix adalah 10x lebih berkuasa daripada resveratrol pada AGE yang membantu memperlahankan pembentukan protein AGE)

Bahan2 dalam vivix seperti resveratrol bertindak memperbaiki seawal peringkat DNA lagi

Sebab itulah, VIVIX mampu membantu pesakit2 diabetes, jantung dan banyak lagi.


 VIVIX juga membantu memelihara:

  • Kesihatan otak
  •  Kesihatan jantung
  • Kesihatan sistem imun
  • Kesihatan sendi
  • Perlindungan antioksidan
  • Peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • Kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hidup, InsyaAllah


12 October 2013

Kenali Vita C

Vitamin C.
Bakal muncul kembali di pasaran pada penghujung Oktober ini.
Mari kita berkenalan dan serbu beramai-ramai.


Manfaat Utama :
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C boleh menjadi sebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • Kurang berat badan (bukan kurus sihat tapi kurus yang tidak sihat, lemah dan kusam)

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan. Dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Siapa yang Perlukan Vita C?
  •  Perokok. 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.
  •  Orang yang mudah stress/tertekan. Kerana stress akan memusnahkan Vita C dalam badan.
  •  Orang yang makan pil perancang kerana pil perancang akan serap Vita C dan akibatnya Vita C akan cepat musnah dalam badan.
  • Orang yang mahu cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit.
  • Semua yang inginkan kesihatan yang lebih baik sebab vit C menyokong sistem imun  badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan

Tempah Vitamin C Shaklee anda sekarang. Hubungi saya Natrah Mohamed aka Mama Nasih dan dapatkan harga istimewa, konsultasi percuma.
Sebelum terlambat, sebelum menyesal, hubungi saya segera : 011-27016822.


Assalamualaikum, jumpa lagi :)