15 July 2013

Memperkenalkan....

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Segala puji bagi yang selayaknya, Tuhan pencipta sekalian alam atas nikmat ini.

Saya selamat melahirkan anak kedua, 10 hari lepas. Pada 5 Julai, Jumaat, jam 1.50petang. Waktu itu papanya keluar solat Jumaat di masjid berdekatan.

Papa Ahmad sedang azankan baby.
2 jam selepas dilahirkan.
 
Setelah berbincang panjang, kami namakan ahli syurga ini Ahmad Nafiz yang bermaksud Yang Melaksanakan.
Doakan anak ini dikurniakan kesihatan, kelapangan rezeki dan dipanjangkan umur kami sekeluarga untuk mendidiknya. InsyaAllah, akan diusahakan untuk mendidik ahli syurga ini dengan sebaik-baiknya. Ya Allah, mudahkan dan bantulah kami. Ameen..




03 July 2013

Tekanan Darah

Tekanan darah ialah ukuran daya pada dinding arteri apabila jantung mengepam untuk mengedarkan darah ke seluruh badan. Saluran darah akan menjadi keras selaras peningkatan umur. Jesteru itu orang tua – tua berpontensi mengalami tekanan darah tinggi.

Tekanan darah ideal ialah 120/80mg. Nombor diatas mewakili tekanan darah sistolik (tekanan dalam arteri apabila jantung memecut) manakala nombor dibawah pula tekanan darah diastolic (tekanan dalam arteri apabila jantung berehat antara denyutan)

Ideal 120/80 mmHg
Hipertensi >140/90 mmHg
Pra-hipertensi 120/80 – 139/89 mmHg



Hipertensi ialah istilah yang digunakan apabila tekanan darah menjadi terlalu tinggi. Ia merupakan factor risiko utama bagi penyakit kondiovaskular seperti risiko strok, sakit jantung, penyakit ginjal serta kematian awal.





Fahamilah Paras Kolestrol Kita

Kolestrol dan trigliserida adalah lipid (lemak) penting untuk pembinaan struktur sel. Lipid ini yang memainkan peranan penting dalam penghasilan hormone & penjanaan tenaga. Paras kolestrol darah kita boleh dipengaruhi oleh diet dan tahap fungsi hati kita dalam penghasilan kolestrol. Paras kolestrol darah yang tinggi mengakibatkan ateroklerosis bermaksud pengerasan arteri.

Kita boleh mengukur tahap kolestrol dengan ujian mudah yang dikenali sebagai ‘blood lipid panel atau ‘profil lipoprotein’. Jumlah kolestrol dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) dengan agak tepat tepat tanpa puasa, manakala paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida hanya boleh diukur selepas berpuasa 9-12jam.
 
Artikel ini disalin dari sini.
 

Berpantang dengan vitamin Shaklee

Bismillahhirrahmirrahim...
Jika Allah izinkan, 2,3 hari lagi kami akan menyambut ahli baru dalam keluarga. Orang yang paling berdebar dan ternanti nanti tentulah saya, tuan punya badan :) Sembilan bulan mengandung membawa ke hulu ke hilir anak dalam kandungan, sangat mengujakan. EDD saya 5 julai, 2 hari lagi, namun masih tiada tanda nak bersalin. Si kecil pun masih aktif di dalam perut :)

InsyaAllah, kali ini saya akan berpantang di Bangi. Persiapan tempat dah sedia. hehe... Teruja betul menyambut orang baru. Rumah baru, bilik baru, katil baru, air cooler baru. InsyaAllah, moga Allah mudahkan urusan bersalin nanti...

Ha, saya dah sedia set berpantang. Tentunya dari Shaklee. Set berpantang Shaklee ada 4 jenis vitamin sahaja. Kalau nak tambah vitamin lain pun ok.

Ok, mari kita kaji setiap vitamin dalam set berpantang Shaklee ini. Maklumat saya ambil dari sini:

Set Berpantang Shaklee


1. Vitalea/Multivitamin

Memandangkan kita kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka  perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.


2. B Complex

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


3.  Vitamin C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
(Disebabkan sekarang stok vitamin C biasa tiada, saya ambil yang Chewable Vitamin C. Kemam atau kunyah sahaja)
4. Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi


Jadual Pengambilan vitamin Set Berpantang:

1. Vita-C (1 biji) selepas sarapan
2. B-Complex (1 biji) selepas sarapan
3.  Zinc (1 biji) selepas sarapan
4.Vitalea (1 biji ) selepas makan tengahari

Kelebihan Set Berpantang Shaklee
- Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
- Boleh terus diambil walaupun anak ada juandis (kuning)
- Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan
- Dapat membantu ibu mengurangkan stress
- Dapat membantu ibu mendapat tenaga sepanjang tempoh berpantang.


Doakan saya dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang.






01 July 2013

GLA Compleks

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


 
Khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf