09 September 2014
Pindah Rumah Baru
27 May 2014
3 Punca Akaun FB Diblocked
2. Mengadd friends dalam kuantiti yang ramai dalam masa 1 hari. Lebih daripada 10 request.
3. Membuat applikasi dalam FB.
26 May 2014
Hantaran Berbaloi
14 May 2014
Nasihat's Famili berkumpul
Nasihat adalah nama group Shaklee saya. Alhamdulillah, 13 Mei saya anjurkan coaching offline. Selalunya kami coaching via inbox fb, whatsapp dan dalam group fb saja.
Kebetulan semalam 13 Mei cuti, saya dan suami rancangkan kelas ini. Agak tergesa2. Alhamdulillah, ada 5 orang downline saya yang boleh hadir.
Oleh kerana kami tinggal di Bangi, masjid kegemaran kamilah port pilihan. Masjid Hasanah. Minta keizinan dari masjid untuk guna bilik kelas amt senang. 2,3 ajk masjid adalah junior saya di UKM. Hihi.
Ok, misi ini akan diteruskan. InsyaAllah.
Selamat berjaya kepada semua down line yang cukup bersemangat.
Posted via Blogaway
11 May 2014
Kenali Punca Diabetes
*individu yang obesiti adalah sangat berisiko untuk dijangkiti diabetes,jadi hati2 dengan berat badan anda,pastikan ianya ideal.
~keturunan
*jika ibu bapa anda menghidap penyakit ini,anda haruslah lebih menjaga kesihatan anda supaya sukar dijangkiti pnyakit ini.
~corak pemakanan tidak terkawal
*pengambilan makanan atau minuman yang tinggi gula adalah sangat tidak digalakkan
~kurang bersenam
*individu yang tidak aktif akan menyebabkan berat badan bertambah dan semakin besar risiko mendapat diabetes
~umur dan jantina
*diabetes lebih banyak berlaku dalam kalangan kaum lelaki dan berusia pertengahan.
08 May 2014
Perbezaan Meal shakes, ESP dan CInch Shake
Perbezaan Meal shakes, ESP dan Cinch Shake. |
03 April 2014
Kenali Osteoporosis
Cara Mengurangkan Risiko Osteoposis
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
- Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*
- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
- Sajian harian hanyalah sebanyak empat biji. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji, dua kali sehari berserta makanan.
30 March 2014
9 Individu yang Perlukan Nutriferon
12 Kegunaan Basic H.
19 March 2014
Tips Anak Soleh
Baca Al Quran setiap hari di rumah. Berdekatan anak. Baca untuk didengari oleh telinga anak juga.
Jika tidak mampu membaca sendiri, pasang bacaan Al Quran di radio atau laptop.
Saya belikan Nasih Apple Learning Quran. Kadang-kadang saya pasangkan sewaktu Nasih dan Nafiz tidur.
InsyaAllah, rumah dirahmati dan anak- anak terpelihara dan dalam lindungan Allah sentiasa.
Posted via Blogaway
08 March 2014
Faktor yang mempengaruhi metabolism dan berat badan
- FAKTOR KETURUNAN - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.
- JANTINA - Lelaki dikurniakan dengan kadar metabislme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.
- UMUR - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
- JENIS BENTUK BADAN - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk badan epal: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser. Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.
- JISIM OTOT - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.
- JISIM LEMAK - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.
- TABIAT BERSENAM - Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.
- TABIAT MAKAN - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.
- TEORI SET POINT - Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru.
Cara mengajar anak menggunakan flash card
Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).
Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.
Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).
Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.
Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya dengan jelas.
Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat membuat perbezaan tersebut.
Kualiti Gambar
Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekali gus? Seperti yang disebutkan sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik sahaja.
Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun, saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.( Untuk memahami kepentingan saiz perkataan untuk anak belajar membaca , tunggukan artikel tentang bacaan di siri-siri akan datang.)
Apa yang berlaku dengan membekalkan maklumat melalui kad imbasan atau flashcard adalah sistem penglihatan dan pendengarannya akan dikembangkan malah kedua-dua otak kiri dan kanannya akan dibangunkan. Tidakkah dengan memberi terlampau banyak rangsangan kepada anak, otaknya akan “rosak” atau “terbakar’ atau mengalami “overstimulation”seperti yang didakwa sesetengah pihak? Tidakkah kita takut bahawa anak tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya jika dia disogokkan dengan maklumat melalui flashcard sedangkan peringkat usianya (4 hingga 6 tahun) adalah peringkat bermain. Pada siri akan datang saya akan cuba mengupas persoalan ini dan berkongsi keseronokan mengajar anak dengan menggunakan flashcard atau kad imbasan.
07 March 2014
Cara rawat demam campak
Alkisahnya Nafiz demam. 3 hari monyok dan merenhek saja. Saya makan Nutriferon, vitamin C, dan Omega Guard untuk kurangkan demamnya. Mandikan dengan basic H untuk kurangkan suhu badan. Alhamdulillah, nafiz kembali sihat.
Tapi ruam-ruam mula muncul di badannya. Saya pun pelik. Sebelum ini memang badannya selamat dari ruam. Saya sentiasa mandikan dengan basic H.
Apabila tunjuk gambarnya kepada kawan-kawan, mereka nasihatkan untuk cari daun semambu untuk kurangkan gatal atau rasa tak selesa. Kesian betul si Nafiz ni. Tidur tak lena.
Puan Halijah tolong ambilkan daun semambu di rumah jirannya. Cara guna daun semambu:
1. Ramas dan ambil lendirnya untuk ditambah ke dalam air mandian.
2. Rebus dan guna air rebusan untuk mandi.
3. Letakkan daun di atas tilam/ tempat tidur dan lapik dengan kain sebagai alas. Letakkan anak tidur di atas tersebut. Ia bantu kurangkan gatal.
Ok, setakat ini saya sudah mandikan dengan basic H dan sapu seluruh badannya dengan herbal blend. Ok, itu sahaja. Doakan Nafiz cepat sembuh.
Posted via Blogaway
05 March 2014
Cara buat kad imbas jimat
Oleh kerana di rumah kami ini terlalu banyak kotak, nak lupuskan terlalu sayang, kot- kot ada gunanya masa depan. Kotak apa? Kotak Shaklee. :) ;)
Jadi hari ini saya gunting kotak tersebut dan jadikan saiz yang sesuai sebagai kad imbas atau flashcard.
Nasih seronok membantu.
Tulis perkataan yang senang-senang saja. Anggota badan.
Hand
Leg
Nose
Eye
Mouth
Hair
Dan pelbagai lagi.
Mana dapat idea ini?
Malam kami membeli set Learning English with Noody. Salesman yang bagi idea. Mulakan dengan flashcard part of body.
Sebenarnya di rumah kami memang banyak flashcard, tapi part of body masih tiada lagi.
Selamat mencuba ibu-ibu.
Cara menggunakan flashcard sudah tahukah?
Saya akan kongsikan dalam entry yang akan datang.
Stay tuned.
MamaNasih
Posted via Blogaway
03 March 2014
Cara Atasi Masalah Gastrik
Jam 8 pagi semalam saya sempat minum segelas koko + ESP saja. Tiada makanan lain masuk perut.
Tergesa-gesa keluar ke Tasik Cempaka.
Suami joging (baca: jalan santai bersama Nasih), dan saya edar flyers Shaklee di sekeliling kawasan tasik. Berdiri dan berjalan ke merata tempat.
Hampir jam 11 pagi kami meninggalkan tasik Cempaka dan ke PKNS Bangi. Baru makan untuk breakfast + lunch (Orang Kelate sebut BRUNCH).
Alhamdulillah, tiada gastrik menyerang, badan kekal bertenaga hingga tengah malam.
Selalunya, kalau tidak makan, hanya minum air saja, erm, memang gastrik sampai siang esoknya lah.
Atasi gastrik dengan ESP |
25 February 2014
Saya sebotol Zink Kompleks
Diraikan
Alhamdulillah, berkesempatan sekeluarga ke Hotel IOI Marriot, Putrajaya untuk sama-sama meraikan mereka. Pada 15 Februari 2014.
Kami sekeluarga. |
Saya dan downline saya. Saya (Mama Nasih) di tengah. Puan Yaqeen dan Puan Fatihah (dukung anaknya) (yang pegang belon adalah Ahmad Nasih, 4 Tahun. ngeh, ngeh ;) |
Suasana dalam dewan yang penuh aura. |
Master Farihah dan Master Raja Mutalib serta anak. (maafkan gambar ye. Memang blurr) |
Sebelum melangkah ke red carpet. |
24 February 2014
Cara tamatkan Call Me Tone
1. Taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 3. The Cube
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 4.CMT4.
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
Bila sistem balas kata betul ke nak unsubscribe jawab "Yes"...
Tunggu sampai 22990 hantar message: RM1.50 Langganan CMT anda telah ditamatkan