29 October 2011

Ahmad dah pandai

Ahmad dah pandai. Serta rajin. Alhamdulillah...
Jika mama jemur kain, Ahmad akan tolong hulurkan kain dari bakul. Sehelai demi sehelai. Terutama baju-bajunya. Mama ucapkan, "Terima kasih Ahmad. Sangat rajin anak mama ini."
Kemudian Ahmad angkat bakul kosong, letakkan di tepi bilik air.

Jika mama hendak hidangkan makanan, Ahmad cepat-cepat ambil kertas surat khabar, hamparkan atas lantai. Dan bersila menunggu makanan dihidangkan depan dia. Mama cakap, "Pandai dan cepat bertindak."

Jika Ahmad sedang menyusu, mama membelek-belek jari-jari Ahmad, "kuku Ahmad ni panjang, kena potong ni."
Ahmad cepat-cepat berhenti menyusu, bangun dan mencapai penyepit kuku di atas rak. Hulurkan kepada mama sambil menyua jari-jari untuk dipotong kukunya. Mama kata, "Alhamdulillah, Ahmad faham apa mama cakap."

Jika Ahmad menunggu mama yang sedang masak di sebalik pagar besi, Ahmad main cak-cak dengan mama. Tapi bila dah lama sangat, Ahmad pun agak bosan, menangis. Mama dukung Ahmad sekejap, tunjukkan apa mama sedang buat di dapur, bagi Ahmad pegang sudip atau senduk sekejap, tolong kacaukan, kemudian Ahmad kembali menunggu di sebalik pagar. Ahmad faham mama sedang masak. "Terima kasih kerana tolong mama."

Jika mama siap mengeringkan kain, Ahmad sedia menunggu untuk membawa bakul atau baldi ke tempat jemur. Walaupun hanya beraksi mengangkat sahaja, tapi itu sangat menolong mama. hehe.

Jika mama siap melipat pakaian, Ahmad sedia membawanya masuk ke bilik, meletak di rak mama atau ke dalam bakul Ahmad. hehe... Ahmad angkat sehelai demi sehelai. Walaupun kadang kala apabila sampai ke rak pakaian itu sudah tidak berlipat lagi. "Thanks anyway."

Banyak perkembangan Ahmad hari demi hari. Itu yang dilaporkan apabila papa balik dari kerja. Bahagia melihat dia membesar depan mata. Semoga Ahmad terus berkembang dengan baik dan sudi menolong mama bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Amin...






4 comments:

NabilaHasyim said...

Bagusnya Ahmad Nasih, sejuk hati mama n papa.

Risau pada diri, takut nak mendidik anak2, sbb diri pun xseberapa, Ya Allah.
=|

Anonymous said...

wah terharunya..moga anak-anak membantu di akhirat sana juga. Berumah tangga pun belum lagi nih :)

-nini

MamaNasih said...

Puan Nabilah, kami pun x pandai didik juga. Tapi usaha mengikut tips2 orang berjaya.

Puan masih ada masih lagi ;) hehe

MamaNasih said...

cikpuan Nini yang beraya di Cameron Highland, cepat2 kawen ;)